Friday, April 11, 2014

Bandaraya Rimba Tropika Taman Negara Perlukan Airport Sg Tiang Memacu Pembangunan



Padang Terbang Sg Tiang berhampiran Kuala Tahan Taman Negara.

Kepada Kementerian Pengangkutan Airport Sungai Tiang bukan airport tapi airfield atau airstrip.

WZWH tetap mahu panggil Airport Sg Tiang.

Lebih jelas lagi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kata...

Apakah perbezaan di antara lapangan terbang dengan padang terbang?

Perbezaan yang paling ketara ialah lapangan terbang mempunyai Menara Kawalan Trafik Udara manakala padang terbang tidak. Selain dari itu, lapangan terbang mampu mengendalikan pesawat lebih besar daripada jenis Fokker50 manakala padang terbang hanya mampu mengendalikan pesawat kecil.

Kenapa WZWH tetap kata Airport Sg Tiang bukan Padang Terbang Sg Tiang?

Pada persepsi orang putih atau orang luar negara ramai yang beranggapan itu ialah Airport Sg Tiang kerana brand Taman Negara!

Faktanya 'Airport Sg Tiang' itu yang sebenarnya tiada menara kawalan trafik udara lantas tidak mampu mengendalikan pesawat lebih besar.

WZWH  telah menulis banyak posting mengenai Airport Sg Tiang sila klik sini, sila klik sinidan sila klik sini.

Dengan pembangunan yang robust dimana pembangunan Taman Negara Kuala Tahan dan Tembeling Tengah dibawah ECER beberapa projek-projek baik yang sedang dicadang dan dibuat antaranya Projek Bandaraya Rimba , Taman Safari, Caviar Park dll sangat memerlukan:

Padang Terbang (airfield @ airstrip) Sg Tiang dinaiktaraf menjadi Lapangan Terbang Sg Tiang. 


Ini kapal terbang kecil bolehlah landing dan takeoff kat Padang Terbang  Sg Tiang sekarang. Ada sebuah bangunan seperti terminal tapi sudah rosak teruk.


Kini hanya kawanan kerbau menjadi peminat setia melihat kapal terbang takeoff...

Apa yang WZWH mahu kerajaan atau melalui DCA serahkan Padang Terbang Sg Tiang ini kepada sebuah badan umpama Bandaraya Rimba Taman Negara Holding menaiktaraf menjadi sebuah Airport Sg Tiang yang betul-betul real seperti...

Parked in front Mulu Airport Terminal 2

Sebuah terminal...

Parked in front Mulu Airport Terminal 1

Sebuah terminal yang suka dikunjungi kapal terbang...

Control Tower at Mulu Airport

Sebuah menara kawalan lengkap dengan staf sekali...


Airport Sg Tiang yang meriah dan ceria dengan banyak kapal terbang landing...


Yang menarik minat ramai pelancong-pelancong berpurchasing power tinggi melawat Bandaraya Rimba Taman Negara, Safari Park dsb...

Kelab atau Akademi penerbangan pun boleh ditubuhkan...Royal Tembeling Flying Club...

Bandaraya Rimba Tropika Taman Negara perlukan Airport Sg Tiang memacu pembangunan.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah WZ,

Perlu diusahakan, dah lama dah.
Jangan terpengaruh sangat dengan pembangkang tu. Dulu masa nak buat jambatan Pulau Pinang pun pembangkan membangkan dan kata membazir dan macam macam lagi dan sekarang tengok dah ada 2 jambatan di Pulau Pinang. Sama juga masa nak buat Putrajaya dulu dan sekarang mereka yang tergila gilan nak ke Putrajaya.
Teruskan usaha WZ , jangan pedulikan mereka tu bila dah maju baru la mereka sibuk nanti...

Anonymous said...

Yerla bangkang,contoh projek 1 billion claim projek 3 biliion,orang bukan bangkang taknak kemajuan,kadang2 kenapala bercakap tak fikir,tula umno suka pengikut dia main ikut je,bagi duit seratus 2 suka hati

Anonymous said...

Selagi boleh takah takahlag selagi boleh tarah tarahlah.Pru ke 14 kome bagi peluang ke puak gon lagi,,, sebab gone memang kaki tarah dan takah...

Anonymous said...

Bukan bangkang.Tapi tak nampak progress pun.Cadangan berlambak,tapi sekadar cadangan je la.Jalan Ulu Tembeling 22km pun tak siap lagi.

Anonymous said...

jalan tak siap janji balak siap kena balun.dah togel balak kena tarah..

Anonymous said...

balak,bijih kene perabeh cepat..deme kire senang je,dunia nak kiamat..sbelum kiamat deme perabeh dulu..'cerdik' puak nie..

Anonymous said...

Geng umno mana ada fikir dosa pahala,dema fikir duit je,yang kuat ampu boleh la ke duitnya,yang tau cacai kt kampung buta buta je puak ni kena tipu,tengokla sendiri kuala tahan tu,rumah pun takde,merempat pun ramai sebab dompok janji buat rumah,rumahtangga dia pun tak kukuh,nak fikir hal orang kampung,rabanla gon kena tipu sukmo di umno ni

Anonymous said...

Geng pas pun macam lah fikir sangat dosa pahala, ada yang tiap-tiap hujung minggu main mesin judi kat bandar jerantek tu macam la orang tak tau, balik kampung buat-buat baik bela anak kucing

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...