Thursday, June 21, 2012

Jerantut Aviation Flying Academy Boleh Direalisasikan!


Menarik pandangan Blog Parlimen 81 mengenai Jerantut Aviation Training Academy (JATA) sila baca sini.

Sebelum ini WZWH telah posting berkenaan Cadangan Airport Temin dan upgrade Airport Sungai Tiang dalam Daerah Jerantut sila klik sini.

Sebenarnya UMNO Bahagian Jerantut telah mencadangkan sebuat Airport di Temin dengan tanah direzab seluas 700 ekar pada awal 1970an.

Cadangan ini hanya tinggal atas kertas kerana tiada ahli politik Jerantut yang serious dan cerdik untuk merealisasikan cadangan ini.

Ketika sewaktu dulu ahli parlimen Jerantut pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan itulah masa yang terbaik untuk jayakan cadangan Airport Temin namun tiada usaha untuk itu. What a wasted opportunity!

Sebaliknya sebahagian besar tanah itu telah disewa leased kepada pengusaha ladang sawit oleh Kementerian Pengangkutan (Jabatan Penerbangan Negara).


Begitu juga Airport Sungai Tiang dekat Taman Negara Kuala Tahan yang terbiar, tidak dibaikpulih sepatutnya diupgradekan.

Ini juga masa yang terbaik dikala DS Najib menjadi PM perlulah orang Jerantut mahu melihat Projek Airport Temin dan upgrading Airport Sungai Tiang yang boleh memberi faedah ekonomi kepada Jerantut.


Jerantut Aviation Flying Academy pada pandangan WZWH boleh direalisasikan. Tidak perlu lagi kita hantar pelajar ke luar negara atau ke negeri lain, biar rakyat Pahang terutamanya belajar aviation di Jerantut.

Come on ahli politik Jerantut use your brains and creativity!

7 comments:

Anonymous said...

Akal kena cerdik kalau nak Berfikir.
Kalau setakat 100 org saja satu tahun Dan destinasinya hanya ke kuala tahan.
Baik jangan buat.
Sebab airport perlu maintainance yang amat tinggi.

Buatlah jabatan Di kuala Tembeling.

Orang ulu Tembeling tentu suka Dan tidak dinafikan orang ulu Tembeling ramai tinggal Di kuala Tembeling hingga Hari ini .

Lagi pun orang ulu Tembeling merupakan keluarga Dan kenalan Lama Dan rapat dengan kuala
Tembeling.

Anonymous said...

Ha ha
Banyak pilot tak de keja Hari ni

Anonymous said...

Ahli politik Jerantut sangat cekap berfikir untuk memenuhkan kantung sendiri...

Durian Gugur said...

salam all,
saya berpendapat air port di sg tiang perlu tapi setelah semua infra siap sepenuhnya.sebelum itu,selesaikan masalah perhubungan darat seperti jalan raya dr sg lembing - jerantut - kuala terengganu-jambatan kuala tembeling - pasir tambang.ttg tanah 700 ekar di temin tu, mungkin boleh digunakan untuk tarik pelabur luar negara untuk bina kilang..mungkin jerantut boleh menjadi bandar industri di masa akan datang.anak2 pahang, terengganu dan kelantan tak perlu ke shah alam lagi utk dapatkan pekerjaan.lqgipun jarak diantaa jerantut-kuala lumpur yg hanya 2 1/2 jam akan memudahkan urusan pentadbiran.kesan dr kilang tersebut,nilai hartanah akan meningkat,kerajaan negeri akan dapat hasil cukai yg lumayan.
namun baaimanakah untuk realisasikan?adakah perlu serahkan kerusi P jerantut kpd PR?atau terus menunggu bilakah ia akan jadi realiti... tepuk dada tanya hati...

Anonymous said...

Salam...,

Tunggu FGVHB listing pada 28 Jun 2012. Berapa tunai harga pd tarikh tsbt blum pasti. YAB PM Dato Seri Najib pada 8 Mei 12 lalu di Jengka 8 janjikan pulangan terbaik. Awas GE 13 semakin hampir, jangan main2. Ini nadi rakyat, lebih2 lagi warga FELDA 112,000 hampir 2 juta. Market untuk BN.

TK...

Abdul Latiff bin Ibrahim said...

Salam. Sokong pendapat Durian Runtuh. Kemajuan perlu dibawa ke Jerantut supaya arus pemodenan dapat dirasai oleh anak watan serta penduduk sekitarnya. Apapun kemajuan yang bakal dibawa tidak harus dipolitikkan. Wallahualam.

Abdul Latiff bin Ibrahim said...

Salam. Sokong pendapat Durian Runtuh. Kemajuan perlu dibawa ke Jerantut supaya arus pemodenan dapat dirasai oleh anak watan serta penduduk sekitarnya. Apapun kemajuan yang bakal dibawa tidak harus dipolitikkan. Wallahualam.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...