Monday, June 18, 2012

Perjanjian Anwar Dengan Pembesar Pahang Di Jeram Musuh Karam

Anwar Ibrahim mengharung cabaran arus deras dan jeram yang licin...memang Jeram Musuh Karam telah buat Anwar karam selepas peristiwa itu...sila baca sini.

Anwar adalah ahli politik yang cemerlang boleh meyakinkan orang politik. Ini posting WZWH cerita bagaimana Anwar telah memukau para pembesar Pahang dengan perancangan politik beliau yang genius.

Jika perancangan Anwar ini menjadi sudah tentu DS Najib tidak akan berada ditempat beliau sekarang. Maha genius Tun Mahathir telah mengagalkan perancangan Anwar dengan pembesar Pahang ini.

Betapa ketika itu tidak ada kesetiaan orang politik Pahang kepada DS Najib. Orang politik Pahang mudah digula-gulakan oleh Anwar.

Ini ceritanya...

WZWH teringat kembali 15 tahun dulu pada tahun 1998 buat pertama kalinya WZWH menjejakkan kaki di Jeram Musuh Karam dan Pos Lanai Kuala Lipis. Pada masa itu satu acara pertandingan kayak sedunia memudiki sungai di Kuala Lipis dari Jeram Musuh Karam hingga ke Kuala Medang.

Pertandingan kayak sedunia itu dirasmikan oleh Anwar Ibrahim ketika itu TPM Malaysia. WZWH bergegas ke Kuala Medang dari Jerantut dan tiba pada waktu tengahari. Kemudian WZWH dan saudara Ezam Mat Nor, Setpol Anwar Ibrahim (MOF) berlepas mudik menaiki bot kecil menuju ke Jeram Musuh Karam.

Perjalanan bot melalui salah satu sungai tercantik di Pahang melalui kampung-kampung Tradisional Melayu dan beberapa perkampungan orang Asli. WZWH diberitahu kampung Dato' Omar Osman, ADUN dan Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis terletak di pedalaman sungai itu.

Makin ke hulu sungai dengan menaik bot kecil, memecut atas air jernih Sungai Jelai. Semakin lama sungai semakin sempit diselungkupi hutan tebal.

Tidak ada lagi kampung paling hulu dari kampung itu kerana sungainya semakin curam petunjuk muka bumi hampir dengan Tanah Rata Cameron Highland.

Kami tiba di Jeram Musuh Karam pada lewat petang. Dato' Omar Osman telah siap menunggu di khemahnya. Peserta-peserta kayak antarabangsa dan orang kampung, juga ahli-ahli politik Pahang telah ada di situ.Setelah mandi manda, kami berehat, malamnya selepas makan kami bersembang politik sampai larut malam.

Jeram Musuh Karam ini sangat jauh di pedalaman Kuala Lipis bersempadan dengan Cameron Highland. Orang Kuala Lipis pun tidak pernah sampai. Arwah Wan Mustapha Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Lipis memberitahu WZWH bahawa beliau kali terakhir datang ke Jeram Musuh Karam pada tahun 1975.

Pada esok harinya kami semua menunggu Anwar Ibrahim tiba dengan helikopter untuk merasmikan acara kayak sedunia ini. Ketika itu pembesar politik Pahang semua ada. Tun Khalil Yaakob MB Pahang, Dato' Hassan Arifin TMB, beberapa EXCO Pahang dan wakil rakyat.

Kami semua menunggu di atas sebuah bukit. Kemudian helikopter yang membawa Anwar Ibrahim pun landing. Putaran kipas helikopter di atas bukit yang sempit telah menerbangkan debu-debu dan daun-daun kayu menyesakkan nafas. WZWH masih ingat lagi sewaktu Dato' Zainal SUK Pahang membuka payung besar melindungi Tun Khalil dari putaran debu, WZWH telah secara tiba-tiba masuk menunduk di depan Tun Khalil. WZWH minta maaf dan Tun Khalil hanya tersenyum.

WZWH diberitahu pada masa itu boleh dikatakan 99% ahli politik Pahang menyokong Anwar Ibrahim melawan Tun Mahathir untuk jadi Perdana Menteri. Anwar menjanjikan Tun Khalil jawatan Timbalan Presiden UMNO. WZWH baru perasan, DS Adnan Yaakob, EXCO Pahang ketika itu tiada bersama. Beliau satu-satunya ahli politik Pahang yang berani tidak menyokong Anwar Ibrahim!

Selepas acara perasmian Kayak Sedunia. Anwar Ibrahim bersama-sama peserta-peserta kayak menghilir Sungai Jelai. Berhenti sekejap di Pos Lanai. Akhirnya sampai ke Kuala Medang. Sejurus lepas itu, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Tanjung Gahai. Tidak ada jambatan menuju ke Tanjung Gahai yang terletak di seberang sungai. WZWH terpaksa menaiki feri tangki besi untuk ke Tanjung Gahai.

Ramai orang kampung menunggu kedatangan Anwar Ibrahim. Dalam ucapan alu-aluan, Dato' Omar Osman telah mendeklamasikan sajak memuji dan mengangkat Anwar Ibrahim pemimpin hebat masa depan negara. Anwar Ibrahim tidak lama berucap kerana terpaksa cepat balik ke Kuala Lumpur dengan helikopter kerana ada hal mustahak.

WZWH masih ingat lagi Anwar Ibrahim ada menjanjikan sebuah jambatan perlu dibina di Tanjung Gahai bagi memudahkan orang kampung dan anak-anak pergi ke sekolah. Dato' Hassan Arifin mengiringi Anwar Ibrahim ke helikopter yang menunggu. Ada orang kampung membawa ikan kelah merah yang sangat besar juga menuju ke helikopter.

Seminggu selepas itu, 2 September 1998, Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir dari kabinet! Maka perjanjian Anwar Ibrahim dengan para pembesar Pahang di Jeram Musuh Karam hanya tinggal perancangan dan kenangan nostalgia indah dalam ingatan WZWH.

12 comments:

Anonymous said...

Apakah maksud cerita WZWH kali ini? Janji Anwar yang belum tertunai? atau tiada kesinambungan plan pembangunan dalam UMNO/BN?

Anonymous said...

wzwh,mengikut cerita tu,awok pun balaci nuar jugok dulu...

Kamping man said...

Salam WZWH,

I have no interest to dwell on DSAI moral issues but the big headline in NST today "Murad to help in prove " really further damage the PKR/PR credibility of this PM wannabe Anwar.It is ASHAMED ! .See what power and greed can do to a man.Mohon dilundungi Allah dari terjadi kepada kita semua.Dugaan bala didunia - cash payment.

Anonymous said...

Apa faedah cerita ini dengan politik Dan pembangunan daerah Jerantut.

Jetty kuala Tembeling masih lesu.

Quiet Despair said...

Yes Kampung man. I posted it in Aspan's blog and he used it. Of course adalah yang marah kat saya.

Quiet Despair said...

BTW, Tuan Wan dah tentu tahu Adun Chenor, Dato' Tan Aminuddin Ishak meninggal. Al-Fatihah.
Aki saya pernah bawak jumpa dia di Chenor.

Anonymous said...

Anon 20.07,

Isu politik bukan merangkumi Jeranut saje bep.Think gloval sikit.Nanti orang kata WZ macm katak bawah tempurong pulak.Ini isu ketua pemimpin pembangkang Anu-war yang sangat di sayangi Pakatan rakyat. Pahang ni playground BN dah..FGVH listing yang warga Felda nantikan kerana setuju dengan Najib.Kerusi MP kawasan Felda saje beb 52 tau.Semua pilh UMNO/BN.

Kampong man said...

QD,

I saw you were hardest hit at Pirates of putrajaya on that FGVH listing.They tried hard to create uneasiness on the listing to the Felda settlers .Just like any other listings prices would surely fluctuates after IPO.

Weekend had family wedding in my Kampong Melaka near ALAM .Past through Linggi,N9. I can sense through the journey along the route the support for BN though PR and bro Aspan and buddy Bruno think N9 will be PR.My observation shows that just like in Melaka and Pahang the tides are definetely for BN in N9.

Too bad with the Budget to be presented on 28 Sept it looks like the election will be dragged further and surely not in Sept now.See! delaying Haji is more important it seems to PAS for fear of losing votes.Must set right priority which is more important Haji or election.? Muzakarah with UMNO or with DAP and PKR ?.DSAI or Najib?.You folkd choose.Thanks.

Quiet Despair said...

Kampung man

Yes Uncle. They love rebuking me. I see it as a subtle sabotage of Malays owning shares.
Yesterday oversubscribed 45 times.
Isa said majority of the Felda people have bought the shares. And to the chagrin of Sakmongkol and Co. the suit by 120 settlers against the FGVH have been withdrawn. Hahaha, kalah nampak Pak Suck.
Why don't you join me in Sak, Pirates and Aspan's blog? Looks like I'm the lone wolf there.
Don't you think PAS is stupid to forgo the Haj for fear of losing the election.
How can you reject being the host of Allah in Makkah? Agama apa dema ni? Takpe kalau dey all tak nak, we go. Waiting list hundreds of thousands. Thanks PAS.
Bodohnyalah dema ni. Takkanlah Najib nak call for GE masa musim Haji. Jemaah lebih ramai orang UMNO dari PAS.
Never in our history has the GE called during the Haj season.Najib is so smart. Takkanlah dia nak cari nahas.

Kampong man said...

Salam Wz n QD,
I am impressed wih the oversubscription on FGVH shares listing.When we have PNB , Tabung Haji , credible instiuitons as well as the states participations the public interest and confidence grows.Wish i have the extra cash but most of mine are in my ATM machines (PNB's ASB, ASD etc and Bank Rakyat) and my OnG business.Still own business is the BEST you bet ! But you have to pay your tution fees, the failures i mean.
Have fun and continue writing.Thank you.

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum saudara WZWH.

Dato Dr Omar Othman (PhD in Betau studies), merupakan seorang tokoh politik UMNO Lipis dan Pahang yg terkenal dan penuh warna. Sebagai orang Lepeh, kaeh tak dapat menafikan jasa Omar a.k.a Batin Om yg telah membawa banyak pembangunan di Lepeh semasa zamannya sebagai Ketua UMNO Bahagian. Tak lupa juga peranan arwah Tun 'King Ghaz' dan arwah Dato Abu Dahari Osman yg mana kedua-duanya juga banyak membawa pembangunan dan kemajuan kepada Lepeh. Bagaimanapun antara ketiga-tiga mantan Ketua UMNO Bahagian Lepeh ini, rakyat jelata khususnya orang kampung dan orang2 UMNO sendiri lebih kenang dan sayang pada King Ghaz dan Abu Dahari. Walaupun Abu Dahari meninggal dunia pada 1995 dan King Ghaz pula telah melepaskan kerusi parlimen Lipis seawal tahun 1986 lagi, tapi sampai ke hari ini kalau kita pergi ke kampung2, orang2 tua akan tetap bercerita tentang betapa besarnya jasa dan sumbangan kedua2 tokoh besar ini. Cuba tanya fasal Batin Om, hanya yg buruk sahaja yg kita akan dengar. Tak perlulah kaeh nak tuliskan di sini apakah perkara yg menjadi sebab kebencian rakyat pada Batin Om. Tetapi hakikatnya walaupun dia adalah Ketua Bahagian yg paling lama dalam sejarah UMNO Lepeh (12 tahun kesemuanya, kalau tak silap), Omar Othman tak pernah menang jawatan itu kalau secara bertanding. Dia hanya akan menang kalau tak bertanding, bilamana pencabarnya tarik diri daripada bertanding. Dua kali Omar kalah, sekali pada Dato Pak Ngah Hashim Idrus, bekas ADUN Jelai dan kedua pada Dato Wan Rosdy, ADUN Jelai sekarang.

Cerita WZWH dlm posting kali ini mengembalikan nostaljia betapa UMNO Bahagian Lipis sebenarnya telah dirosakkan oleh pemimpin2 yg gila kuasa dan mata duitan. Maaf cakaplah, tapi inilah hakikatnya.
Pemimpin2 di zaman itu hanya fikirkan soal balak, projek dan jawatan saja. Mereka akan sokong dan julang orang yg sanggup menawarkan kemewahan dan jawatan kepada diri mereka dan kroni mereka. Sebab itu bila Anwar lawan Ghafar Baba pada tahun 1993, UMNO Lepeh sokong Anwar. UMNO Lepeh juga hampir2 jadi sebahagian daripada grand scheme Anwar untuk menolak jatuh Mahathir daripada jawatan PM pada 1998, tapi manusia merancang, tapi perancangan Allah juga yg sebaik-baiknya. Anwar terguling sebelum sempat perancangannya terlaksana. Walaupun Anwar sudah tidak lagi dalam UMNO, dan kebanyakan pemimpin2 UMNO zaman Anwar juga dah out of the scene, but the damage has been done. UMNO Pahang khususnya UMNO Bahagian Lepeh hari ini mewarisi pemimpin2 yg dididik oleh geng2 Omar Othman, Anwar Ibrahim dan Khalil Yaakob yg mana bagi pemimpin2 ini, yg utama ialah kepentingan peribadi, parti dan rakyat tolak ke tepi. Nak mencungkil keluar geng2 ini cukup susah, orang2 yg jujur dan ikhlas ramai yg terkepit langsung terpelanting. Kalau dulu gilakan balak kini gilakan kawasan bijih besi. Sakmongkol a.k.a. Ariff Sabri jgn gembira sangat, aok juga satu geng dengan Omar Othman, Ahmad Tajuddin dan Khalil Yaakob. Fe'el aok sama saja.

Maaflah saudara WZWH, jika komen saya kali ini menyentuh hati sesiapa. Tapi jika kita ingin menang besar dalam PRU akan datang, UMNO Pahang perlukan lebih ramai lagi pemimpin macam arwah Abu Dahari, Ghazali Shafie dan Tun Razak Hussein. Golongan Ariff Sabri, Omar Othman dan Khalil Yaakob boleh berambus.

Wassalam.

Anonymous said...

Teringat saya satu ketika pertandingan ketua wanita UMNO antara Dr Siti Zaharah dari Pahang dan iron lady Rafidah Aziz yang do menangi Dato DrSiti Zaharah.Dimana Dr Siti Zaharah sekarang?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...