Nuffnang Ads

Pages

Saturday, June 30, 2012

Mukhriz MB Kedah, KJ MB Negeri Sembilan...Najib Setuju...UMNO Warlords Ikut Ajelah!


DS Najib mungkin setuju dengan formula ini.

DS Najib jangan pening kepala. Ini penyelesaian politik win-win.

Tun Mahathir dan Tun Abdullah pasti sokong.

Dulu masa Mahathir PM susah nak beri anak beranak aktif politik. Pak Lah beri peluang pada anak beranak berpolitik.

Mahathir betul. Pak Lah pun betul juga.

Amerika ada Bush senior dan Bush junior. Singapura ada Lee senior dan Lee junior. Amerika dan Singapura maju juga.

India ada Ghandi anak beranak, Pakistan ada Bhutto anak beranak. India dan Pakistan maju juga.

Malaysia ada Razak senior dan Razak junior (Najib) pun Malaysia tetap maju.

Apa kurang Lim senior dan Lim junior DAP!

Warlords UMNO jangan cakap banyak ikut aje. Lagi pun tidak ada tokoh di antara kamu yang menonjol. 

Dulu DS Najib diberi kepercayaan masa muda jaga Negeri Pahang sebagai MB. Banyak DS Najib belajar dari pengalaman.

Rahim Thamby Chik (RTC) diberi peluang masa muda jaga Melaka sebagai KM akhirnya Melaka boleh maju.

Mukhriz dan KJ pun boleh juga diberi kepercayaan jaga negeri.

Warlords UMNO kamu sokong dan ikut saja. Jangan banyak cerita.

Jika UMNO dan BN menang maka bermaknalah warlord kamu!

2 comments:

Anonymous said...

Kroni
Kroni
Kroni

Rosak
Rosak
Rosak

Anonymous said...

BALER BETUL AWOK YEK .... itulah umno masih tak sedar dia sedang jadi pembangkang di Kedah dan Pakatan Rakyat hanya kalah ditpis di Negeri Sembilan ..... UMNO masih nak berebut sapa nak jadi MB ... kih kih kih ...