Friday, June 15, 2012

Sumpah DS Najib Sebelum PRU 13

DS Najib PM Malaysia ke 6, Orang Kaya Indera Shah Bandar ke 11, Putera Gowa yang merantau ke 11 generasi dengan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone. Mungkin PRU di bulan 11 2012?

DS Najib perlu yakin setelah berusaha kuat untuk menang PRU 13. Bukan setakat menang seperti PRU 12 tapi menang 2/3. DS Najib kena berdoa dan bertawakal.

DS Najib perlu mengikut tradisi stateman Melayu melakukan 'sumpah ritual'.

Bagi yang tidak studi sejarah dan budaya jangan argue dengan WZWH kenapa mahu 'sumpah ritual'?

WZWH pun tidak mahu berpolemik cuma WZWH mahu beritahu tradisi silam.

Apa bahasa mahu bersumpah? Guna Bahasa Melayu moden. Tidak.

Guna Bahasa Melayu Johor. Tidak sebab orang Bugis pernah menguasai politik Johor Pahang Riau.

Tidak juga bahasa dialek Melayu Pahang lebih-lebih lagi dialek Melayu Pekan yang beralun-alun perlahan seperti lesunya Sungai Pahang mengalir ke Kuala Pahang.

Guna bahasa Bugis. Tidak sebab orang Bugis Tanah Melayu sudah hilang identiti kerana assimilasi dengan orang tempatan.

Guna bahasa Jawa! Kenapa? Selepas Empayar Srivijaya jaya tumbang pada abad ke 13 telah bangkit Empayar Majapahit dari Pulau Jawa dari 1293 hingga 1500.

Majapahit mencapai kemuncak kegemilangan semasa era Hayam Wuruk memerintah dari 1350 hingga 1389 menguasai Asia Tenggara. Kejayaan Hayam Wuruk dibantu oleh Amangkubhumi (Perdana Menteri) Gajah Mada.

Mengikut Nagarakretagama ditulis pada 1365, Empayar Majapahit meluas dari Sumatera ke New Guinea termasuk Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, Filipina dan Timor Timor.

Majapahit merujuk Tanah Melayu sebagai 'Pahang'.

650 tahun dulu Gajah Mada, Amangkubhumi (Perdana Menteri) Empayar Majapahit di zaman kegemilangan semasa Raja Hayam Wuruk memerintah telah bersumpah palapa yang berisi bahawa ia akan menikmati palapa atau rempah-rempah (yang diertikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil menaklukkan Nusantara.


Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa
bila dialih-bahasakan mempunyai erti :
Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahawa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa


Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara. Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau Bintan, Temasik (sekarang Singapura), Semenanjung Tanah Melayu, kemudian pada tahun 1343 menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan sejumlah negeri di Kalimantan.

DS Najib pun patut ikut Gajah Mada bersumpah palapa:

"Sira Najib Tun Razak pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Najib Tun Razak: Lamun huwus kalah Pakatan Rakyat ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Kelantan, ring Pulau Pinang, ring Selangor, ring Wilayah KL, ring Kedah, ring DAP, ring PKR, ring PAS, samana ingsun amukti palapa".

Ertinya:

Beliau, Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak ingin melepaskan puasa, Najib Tun Razak berkata bahawa bila telah mengalahkan (menguasai) Pakatan Rakyat, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Kedah, DAP, PKR dan PAS, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa.

15 comments:

Anonymous said...

orang indo patut berbangga sbb PM malaysia bangsa mereka, adussssss..

Anonymous said...

Anon 11:18,
99.99% leluhur moyang orang Melayu di Malaysia berasal dari Indonesia. Fakta.

Anonymous said...

Anon 11:18,
Orang Indon itu bangsa Eropah ke?

Anonymous said...

Anon 11:18..salah tu.asal berasal dr nusantara. Bukan indonesia..kita dijajah apbla terpisah dgn istilah negara bangsa..

Anonymous said...

Lawak mu
Orang nusantara. Atau orang melayu yang banyak mencorak politik. Adalah orang rawa .
Pendekar pendekar Dari puak inilah. Yang bersumpah setia dengan wan Ahmad Di Pasir Tambang semasa perang saudara pahang.

Orang bugis banyak duduk Di Pekan masa itu Dan seterusnya..................

Anonymous said...

Kalau belajar sejarah melayu , jangan sekerat-sekerat, nanti salah fakta.

Berhati-hati kalau nak mengampu.

Seperti kata orang rawa,
Kalau nak belajar ilmu Kira-Kira, Biar belajar sampai tamat. Kalau tidak nanti Jadi Urug.

Anonymous said...

Zurik,

Maraeng non jonggo, palaik tun zurik.

Anonymous said...

Memanglah Wan, dihulu airnya deras terutama dijeram lagi keras. Sebab itu cakapnya laju juga. Sampai kekuala dah jadi slow lah. Tapi dalam beralun tu Wan ada bab kerasnya . Setakat ni dah dua Prime Minister. Entah-entah ada lagi baru auk tahu. Puak di kuala ni tanggong semuanya apa yang sampai dari hulu. Merekalah yang memerintah. Ke guana Wan?

Anonymous said...

Orang Rawa adalah mercenary askar upahan. Ramai orang Rawa mati keracunan sebab makan gadung mentah diberi orang Kuala Tembeling. Pernah orang Rawa bunuh seorang lelaki Ulu Tembeling anak Engku Khatib. Bila Engku Khatib pecah bajunya macam 'incredible hulk' barulah orang Rawa berundur dari Tembeling.

Anonymous said...

Ha ha
Tok gajah, mat kilau Dan pawang Nong adalah orang rawa. Merekalah membawa wan Ahmad dari kt, Dan bersumpah setia Di Pasir Tambang.
Ramai yang tidak tahu sejarah Pasir Tambang iaitu satu penempatan Awal lembah Tembeling sebelum orang kampar membangunkan Pekan kuala Tembeling.
Baca sejarah wan baik2.

Anonymous said...

Pakar Sejarah Tembeling,

Peristiwa Bersumpah setia di Pasir Tambang pada tahun 1862. Orang Kaya Maharaja Perba Jelai @ Tok Raja melalui Wan Ismail Pulau Besar telah membawa Wan Ahmad dari Dungun menghilir Sungai Tembeling diarak oleh Orang Tembeling dan Orang Jelai. Itu fakta. Ketika itu Mat Kilau dan Pawang Nong belum lahir lagi. Tok Gajah masih muda belia.

Anonymous said...

Apa la korang baca betul posting WZWH tu bebaik. WZWH mahu Najib bersemangat macam Gajah Mada Perdana Menteri genious era kegemilangan Empayar Majapahit era Raja Hayam Wuruk 650 tahun dulu. Yang korang cerita sejarah abad ke 19 buat apa? Kebetulan Majapahit itu Orang Jawa maka bahasa Jawa digunakan!

Anonymous said...

Persoalanya siapakah Tok raja?
Maksudnya asalnya

Anonymous said...

jgn cerita la ttg perkara tahun 1862 @ 650 tahun lps.korang semua blm lahir lagi.masa tu mana ada petronas / felda / felcra / 7eleven lagi.yg nyata semuanya masih hidup dalam kegelapan krn tnb masih belum ditubuhkan.yg peliknya siapa yg tulis kisah ni? anak malaysiakah @ orientalis? ce cukup crite mende ngarut gini.citer la ttg bagaimana sallehuddin al ayubi menawan palestin atau mcm mana strategi khalid al walid dalam menghadapi musuh yg bilangannya berganda dr tentera khalid alwalid dr dok crite ttg mende yg kita sendiri dengar dari mulut ke mulut atau buku ke buku.

Anonymous said...

Stop rawa
Stop Tok raja
Stop run Razak
Stop Tok gajah
Stop majapahit
Stop Najib ?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024