Wednesday, June 20, 2012

Kenangan Allahyarham Dato' Tan Semasa Belajar Di Kanada

Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Bro Ghab adalah salah seorang pembaca tetap blog WZWH. Beliau sering memberi komen-komen yang  membina, intelligent, waras, bernas dan penulisan bahasa Inggeris serta bahasa Melayu sangat baik.

WZWH mahu berkongsi cerita bro Ghab ini bersama pembaca-pembaca WZWH yang lain mengenai kenangan Allahyarham Dato' Tan.

Berikut cerita bro Ghab....
Ghab said...
Al-Fatihah , ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan . Sama2 kita berdoa kepada Allah SWT semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Alhamdullilah Allahyarham telah selamat dikebumikan . 

Allahyarham adalah sahabat karib saya . Saya dan allahyarham adalah penuntut di University of Alberta , Kanada dan juga teman serumah . Allahyarham seorang yang pendiam tetapi rajin lagi tekun dalam bidang fakulti akademiknya. 

Dalam tahun keempat kami jarang bertemu muka dengan Allahyarham kerana masanya banyak diluangkan diperpustakaan sahaja . Walaubagaimanapun. Allahyarham tetap tunaikan tanggungjawabnya kerana peraturan telah diputuskan atas persetujuaan bersama . Tiap2 teman rumah di wajibkan memasak satu kali dalam seminggu dan tugas seterusnya ialah menjaga kebersihan ruang tamu , bilk air dan ruang dapur mengikut giliiran hari yang ditentukan . 

Yang hendak menjadikan cerita dalam tugas memasak ini , kita tidak boleh menyuruh kepada Chef ( Allahyarham ) apa2 yang ia hendak dihidangkan mengikut selera kita . Kita hanya boleh bertanya sahaja ( house rule) . 

" Tan , lu masak apa hari ini ? " . Sambil gelak Tan menjawab " Hari ini istimewa , gua masak TELOR masak kicap ala Jepun Tokyo kei kei " . " Apa jadi dengan Jepun Kioto itu? " Saya bertanya . " Lu lupa , lu tak boleh tanya masakan gua , ini rule " Begitu juga dengan minggu2 yang lain , berbulan2 dan malah bertahun , tak habis2 dengan TELOR sambal tumis , TELOR masam manis dan ada kalanya TELOR mata lembu dan TELOR rebus juga menjadi hidangan utama bagi kami bersama . 

Allahyarham saorang peminat setia kepada ' Edmonton Oilers' satu pasukan ice hockey , Alberta National Team , yang jurung kali menjadi juara pemenang Stanley Cup ( NHL) . Wayne Gretzky ialah hero sukan kepada Allahyarham . Allahyarham sering ke skating ring bermain ice hockey bersama kawan2 yang berminat dalam sukan itu . Dalam American Football League , Allahyarham adalah peminat Miami Dolphin . 

Rupanya Allahyarham ini belajar di Kanada. Seorang yang studi dan tekun orangnya. Memang Allahyarham memang sesuai menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dulu.

Namun selepas PRU 2008, jawatan itu dikosongkan hingga sekarang. Allahyarham Dato' Tan adalah material MB Pahang sebenarnya namun Allah lebih menyayangi beliau. Rezeki dan ajal adalah ditangan Allah.

Kita ahli politik hanya boleh merancang. Allah yang akan menentukan akhirnya.

8 comments:

Quiet Despair said...

A very good human interest story, bro Ghab. Rupanya orang dulu pun cakap lu gua.
Seronok dengar ramai orang Pahang belajar luar negeri. Kita hebat kan dan tak sengkeklah macam yang some people think.

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Rodong2 dan sedara2 kon di Chenor selalu bercerita tentang perihal Arwah Dato' Tan Aminuddin yg suka membantu rakyat miskin di kawasannya dengan membayar segala bil api, air dan telefon mereka. Menurut rodong2 juga selalunya orang2 yg minta arwah tolong bayarkan bil2 mereka ini sebenarnya orang yg malas bekerja dan tak mahu mengubah nasib sendiri. Kon rasa arwah tahu perkara ini, tapi almaklumlah sebagai wakil rakyat kenalah sabar melayan kerenoh rakyat.

Kon masih ingat lagi bilamana arwah membina rumah yg besor di Kampung Baru Chenor tak lama dulu, perkara ini telah cuba dijadikan isu politik oleh puak2 pembangkang. Ada blog dan surat kabor pembangkang yg super impose gambar rumah arwah dengan meletakkan gambar sebuah pondok buruk di sebelah rumah banglo Dato Tan yg besar itu. Konon2 nya nak tunjuk yg arwah Dato Tan sama spesis dengan Kadir Sheikh Fadzir ataupun Zakaria Mat Deros yg bina mahligai indah di tengah-tengah kawasan rumah rakyat yg miskin. Walhal yg sebenarnya menurut sumber yg boleh dipercayai arwah Dato Tan bina rumah itu bagi memenuhi hajat arwah anak sulungnya. Malahan rumah itu pun katanya dibina dengan duit insurans arwah anak beliau sendiri. Ternyata rakyat Chenor lebih kenal siapa arwah dan mereka tak mudah termakan fitnah pembangkang. Pergilah ke rumahnya di Kampung Baru Chenor dan tengok sendiri adakah atau tidak pondok buruk ala drama Rashid Sibir di sebelah rumah itu. Rakyat Chenor memberikan kemenangan selesa pada arwah dalam 5 kali PRU berturut-turut.

Saya rasa UMNO Bahagian Maran dan DUN Chenor khususnya akan mempunyai kesukaran untuk mencari pengganti yg dapat live up to the standard of services that has been delivered by Arwah Dato Tan Aminudin to the people of Chenor and Maran.

Semoga roh arwah Dato Haji Tan Mohd Aminudin Ishak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.

Anonymous said...

contoh terbaik utk YB YB Pahang. jangan mcm pongkoooooo je yg lain tuuuu

Anonymous said...

Orang Pahang banyak yang baik baik dan berjuang demi rakyat dan bangsa kecuali Ariff Sabri @ Sakmongkol.

Din Mun said...

Salam, kawan pun orang chenor, sokong kebenaran yang ditulis Cikgu Ngah.

Dee said...

Ghab,

Thank you for sharing a memorable and a touching moment of your life with a remarkable person. Semoga roh arwah Dato Haji Tan Mohd Aminudin Ishak dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 yg beriman. Amin

Peace50 said...

Saudara Ghab,

Terharu dengan sifat setia kawan antara allahyarham dan saudara Ghab , itulah antara kenangan yang sukar di cari ganti dan di jual beli dalam menjalin persahabatan sesama manusia, semoga detik2 manis antara saudara dan allahyarham terus mekar di ingatan Dan mengingatkan kita semua kepada allahyarham ....semoga allahyarham tenang dan damai di sisinya...alfatihah

Kampong nan said...

Salam Ghab,

Terima kasih dengan memori kenangan Allahyarham Dato Tan yang sangat menarik pada zanan penuntut di Alberta.Saya pasti sumbangan dan jasa beliau pada penduduk kawasan beliau khasnya dan UMNO Pahang dan rakyat Pahang amnya dihargai.Satu contoh manusia yang baik.Allah mencucuri rahmat pada roh beliau.Ameen.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...