Saturday, June 23, 2012

The Rising Of The Bugis Clan


Pada orang Malaysia biasa etnik kaum dibahagi kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain Bumiputera serta orang Asli.

Di Malaysia politik tidak boleh lari dari ras dan agama. Namun Malaysia selepas 55 tahun merdeka dari British, rakyatnya boleh hidup dengan aman.

Perikatan kemudian BN berjaya dengan formula 3 kaum utama bekerjasama membina negara lalu menjadi parti paling lama memerintah dalam dunia.

Dalam politik mentadbir negara banyak cabaran-cabaran baru harus dihadapi dan diurus demgan baik. Jika tidak kuasa akan berpindah ke parti lawan.

Jika mahu studi politik Malaysia kena juga studi politik UMNO yang merupakan tulang belakang BN.

Bila mahu studi politik UMNO parti orang Melayu mahu tidak mahu kita kena studi sejarah dan budaya Melayu melangkaui berbagai etnik.

Dalam sejarah nusantara alam kepulauan Melayu, kuasa politik yang yang unggul sekali ialah Empayar Srivijaya (abad 7-13), kemudian Empayar Majapahit (abad 13-15), seterusnya Empayar Melaka (abad ke 15).

Kemudian Empayar Johor-Pahang-Riau (abad 16-19).

Srivijaya berpusat di Palembang di Pulau Sumatera adalah orang Melayu. Majapahit berpusat di Pulau Jawa adalah orang Jawa.

Melaka adalah dari keturunan Srivijaya. Juga Johor-Pahang-Riau adalah dari keturunan Melaka.

Dari mana orang Bugis datang? Bugis datang dari Pulau Sulawesi. Ada ahli sejarah kata orang Bugis usul berasal dari Pulau Sumatera kemudian berhijrah ke Pulau Sulawesi.

Bila orang Bugis berpolitik? Orang Bugis dikenali sebagai pelaut dan  pahlawan. Peranan politik orang Bugis muncul bila berlaku perpecahan dalam politik Empayar Johor Pahang Riau.

Pembesar Melayu minta tolong orang Bugis akhirnya orang Bugis boleh menguasai politik orang Melayu.

Sebelum ini orang Tamil Muslim berperanan politik pada akhir zaman kegemilangan Melaka. Bila orang Tamil Muslim bermusuh dengan pembesar Melayu maka Melaka cepat jatuh.

Hingga ke hari ini pun orang Tamil muslim atau mamak berpengaruh.

Berbalik kepada orang Bugis. Bila orang Bugis menguasai politik, mereka pandai menguasai kedudukan yang berpengaruh. Orang Bugis boleh buat Sultan Melayu sebagai boneka.

Orang Bugis mengahwini anak-anak mereka dengan anak-anak pembesar Melayu maka lagilah kuat ikatan politik mereka. Akibatnya Sultan-Sultan Johor, Pahang dan Selangor dicatur oleh orang Bugis menaiki takhta mestilah ada darah campur Bugis walau sebelah emak atau nenda!

Cuma bila pembesar Melayu sudah merasakan orang Bugis sudah terlalu berkuasa maka akhirnya pembesar Melayu berpakat dengan Belanda menghalau orang Bugis.

Akhirnya hilang pengaruh orang Bugis. Ramai orang Bugis sudah assimilasi dengan orang Melayu hingga mereka hilang identiti mereka.

WZWH bukan orang Bugis tapi untuk berlaku adil kepada sejarah mestilah WZWH cerita benda yang benar dan mengakui serta mengiktiraf kelebihan berpolitik sesuatu etnik Melayu itu.

Dalam sejarah politik moden orang Melayu di Malaysia ini adalah era the rising of the Bugis clan.

Perdana Menteri ke dua Almarhum Tun Razak adalah berdarah Bugis. Tidak perlu WZWH cerita kehebatan dan kejayaan Tun Razak. Semua orang tahu.

Yang penting selepas PRU 1969, ketika Perikatan mencapai majoriti mudah dengan rusuhan kaum maka Tun Razak lah menjadi harapan UMNO dan Perikatan membina dan menyusun kembali negara ini.

Tun Razak rebrand Perikatan kepada Barisan Nasional (BN) hingga parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan masuk BN.

Sekarang post PRU 2008 lagi sekali DS Najib terpaksa meyakinkan majoriti rakyat Malaysia bahawa dengan cabaran-cabaran politik, ekonomi dan sosial baik dari domestik atau global lagi sekali beban politik yang berat ini dipikul oleh anakanda Tun Razak ini.


DS Najib walau cuma hampir 3 tahun berperanan sebagai Perdana Menteri dan masih belum mendapat mandat yang sebenar dari rakyat Malaysia kerana DS Najib mengambilalih dari kepimpinan Tun Abdullah Bedawi namun sudah nampak usaha-usaha DS Najib serious dan bersungguh memenangi hati rakyat.

Kelebihan DS Najib ialah:

  • Tun Abdullah mantan Perdana Menteri menyokong DS Najib sepenuhnya.
  • Tun Mahathir mantan Perdana Menteri menyokong DS Najib sepenuhnya.
  • Yang terbaru YBM Tengku Razaleigh calon Perdana Menteri tak jadi, juga menyokong BN sepenuhnya.

Peduli apa bila Anwar Ibrahim tidak mahu menyokong DS Najib! Anwar Ibrahim tidak boleh buat dan menandingi seperti apa yang DS Najib buat dan capai.

Anwar Ibrahim tidak boleh berlakun menyerupai DS Najib.

The rising of the Bugis clan jika betul propesi WZWH ini maka DS Najib akan memandu BN memenangi PRU 13 dengan keputusan lebih baik dari PRU 12.

2 comments:

Anonymous said...

Slm.Saya penyokong UMNO/BN dulu kini dan mungkin selamanya.Apa kata kalau cari pekerja pejabat MP jerantut yg mesra pelanggan.Saya ni perantau balik sekali sekala,entah ngapa nak pulak berurusan dgn Pejabat MP,mungkin itulah pertama dan terakhir saya masok agaknya.

nasir said...

salam, sy tumpang bangga dengan tulisan tuan mengenai bugis. Politik bugis didasari oleh pepatah lama yang bermaksud (lebh kurang) "kuasai sesuatu melalui tiga cara iaitu hujung hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris. Maksudnya melalui diplomasi, perkahwinan dan peperangan. Mungkin ada bangsa lain yang boleh berhijrah dan berjaya di tempat asing tetapi hnaya Kaum bugis adalah satu-satunya bangsa melayu yang boleh menjadi pemimpin atau raja di luar tempat asal mereka. Salam

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...