Friday, June 22, 2012

Industri Pemasangan Automatif Temin Jerantut



Tajuk posting ini hasil idea seorang pembaca blog WZWH. Beliau komen seperti berikut:

Anonymous said...

Saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kiranya ahli politik dari Jerantut dapat menarik pelabur-pelabur seperti ini, ini adalah idea yang ikhlas dari saya, terima kasih kepada WZWH kerana inisiatif beliau mewujudkan blog ini supaya suara rakyat Jerantut dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pemimpin, terima kasih WZWH.

Temin dipilih kerana mempunyai kawasan yang luas beribu hektar dan ditepi jalan Jerantut-Temerloh. Dulu masa WZWH kecil pada tahun 1070an sudah ada perancangan airport memudahkan kapalterbang mendarat di Jerantut namun projek itu tidak kesampaian kerana pemimpin politik Jerantut tidak cukup kreatif dan bold menjayakannya.

Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh  Syarikat Ladang LKPP kepada seorang tokey Cina. Itulah hebatnya syarikat GLC Pahang dan ahli politik Pahang yang suka menjual segala harta.

Pahang tidak memerlukan generasi ahli politik Pahang yang buta mata dan pekak telinga serta bisu bahasa tidak mengerti 'Pahang maju'.

Berbalik kepada tanah yang direzabkan untuk airport Jerantut di Temin seluas 700 ekar. Oleh kerana Menteri Pengangkutan adalah dari MCA maka kroni MCA diberi kelulusan untuk menyewa dan leased tanah itu. 

Sayang, pemimpin UMNO Jerantut lagi sekali tidak mempertahankan tanah ini bagi tujuan pembangunan yang berfaedah kepada Jerantut dari segi kebaikan ekonomi untuk semua orang.

Lima tahun yang lepas beberapa Syarikat besar dari Eropah dan India berminat mahu melabur di Jerantut untuk memajukan industri pemasangan automatif di Temin Jerantut pada asas perbincangan. 

Namun oleh kerana tiada minat yang mendalam dari pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut baik kerajaan negeri dan pusat menyebabkan projek ini hanya tinggal setakat perbincangan. 

Akhirnya salah satu syarikat pemasangan automatif dari Eropah telah melabur di kawasan industri automatif Pekan.

WZWH berpendapat masih tidak terlambat untuk Jerantut memanggil pelabur-pelabur automatif ini kembali mengadakan rundingan dan perbincangan. 

WZWH sangat bersetuju Jerantut perlukan pelaburan sebegini seperti komen seorang pembaca blog WZWH di atas.

Kerajaan boleh dengan mengunakan akta tanah yang ada mengambil semula tanah Syarikat LKPP Ladang yang dijual kepada tokey Cina. 

Kerajaan juga boleh mengambil kembali tanah airport yang telah disewa leased kepada kroni MCA Jerantut jika industri pemasangan automatif Temin ini mahu dibangunkan oleh kerajaan dengan serious dan bersungguh.

Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) atau Advance Technology Centres yang sudah siap pembinaannya.

ADTEC Jerantut adalah salah satu dari kelapan-lapan iaitu empat ADTECs dan empat ILP. Peruntukan iaitu sejumlah RM1.44 bilion, jumlah pengambilan adalah sekitar 10,000 orang. Apabila kesemua ADTECs ini selesai nanti.

Pusat Latihan Tinggi (ADTEC) Temin Daerah Jerantut yang berharga RM95 juta mengingatkan WZWH tentang usaha gigih dan pandangan jauh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang ketika itu hanya berjawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut dan belum lagi bergelar wakil rakyat telah berjaya membawa projek ADTEC ke Jerantut.

ADTEC akan memulakan sesi pembelajarannya dalam 6 bidang specialist utama mengambil pelajar seramai 800 orang bermula bulan Julai 2013. Masih lagi kekurangan mesim-mesin dan peralatan dan masih menunggu order untuk ditempatkan di ADTEC Temin bagi menambah keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam beberapa posting yang lepas WZWH telah mencadangkan supaya kawasan industri terutama industri automatif didirikan dikawasan Temin dan sekitar. Memang dulu ada beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di Jerantut kerana lebih dekat dengan Kuala Lumpur.

YB Dato' Wan Amizan telah mencadangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Kerajaan Negeri Pahang yang terkini supaya kawasan indusri berdekatan dengan ADTEC perlu dibangunkan. Ini disahkan sendiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak kerana Temin itu dalam DUN Damak.

Ini yang menyebabkan pelabur automatif berminat melabur di Jerantut dan membolehkan anak-anak muda Jerantut berpeluang belajar kemahiran ilmu automatif.

Ini saja yang WZWH boleh bercakap bersuara dalam blog. WZWH tidak ada kuasa untuk melakukannya. Jika orang Jerantut mahu dan betul-betul mahu kita boleh melakukannya jika kita percaya destini kita.

4 comments:

Anonymous said...

Masaalahnya adalah politik:

Negara Kita adalah negara federal. Segalanya berpusat Di putrajaya Dan kuala lumpur.
Bukan saja pentadbiran negara, Malah kewangan Dan industri Dan Pusat penyelidikan.
Satu ketika Dulu, bandar Pekan sendiri tidak produktif Dan menyebabkan kebanyakan syarikat automotif bakal ditutup.
Tetapi disebabkan terdapat kuasa politik tempatan yang kuat Di Pekan. , industri otomotif bandar ini terus hidup.

Bagaimana Di Jerantut . Politik apa yang Ada Di Jerantut.
Politik Di Jerantut cuma Ada puak wan Dan cucu cicit. Tok gajah Dan mat kilau.

Cucu cicit mat kilau terbiar Dan melenyapkan diri.

Puak wan ............................

Walaubagaimana
Tahniah kepada wan Kali ini, kerana berterus terang.
Wan Akan belajar lebih banyak nanti.

durian gugur said...

alhamdulillah.
akhirnyaa wzwh mengakui bahawa tanah2 telah terjual le tokey2 cina.siapakah yg menjual tanah tersebut? tolong la org kg jerantut yg memohon tanah,masih ramai yg belum lulus walaupun berpuluh tahun teroka..

Anonymous said...

botol......botol zurik. awak memang pandai tapi dah terlewat. tapi ada peluang. selidik fakta dulu , siapa yang menjadi katalisnya, kerana ak cepat dan cara mudah. dapat projek atau lesen atau kontrak. kertas yang dijualnya. tidak gitu. berkokok lah awak , tapi bau tahi. itu sebab daerah awak ketinggalan. melolong dan meracau lah awak.

Anonymous said...

oiii belah laaa ... projek ADTEC tu Dr Shukri yang usahakan bawa ke Tebing Tinggi sebab dia org tebing tinggi .... tak de kena mengena dengan Wan Amizan

Memang dalam module asal ADTEC Jerantut ini ada module untuk industri penerbangan .

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024