Sunday, June 3, 2012

Kampung Tradisional VS Peneroka Felda : Dilemma Atau Mitos


Sewaktu WZWH bermesyuarat UMNO cawangan mana-mana kedengaran suara tidak puas hati orang kampung terhadap durian runtuh yang diterima oleh peneroka Felda.

Orang kampung tradisional cemburu kerana peneroka Felda dapat RM15,000, saham Felda, dll insentif.

Sudah ada cakap-cakap kedai kopi, kali ini pada PRU 13 kerajaan BN perlu berharap kepada pengundi peneroka Felda sahajalah. Biar 112,600 peneroka dari 317 Rancangan Felda bersama generasi ke 2 dan ke 3 buat kerja untuk UMNO dan BN.

Ini lah dilemma yang dihadap oleh kerajaan BN tanpa disedari atau tidak.

Orang kampung tradisional perlu faham ini fakta kekuatan peneroka Felda yang menjadi rebutan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Orang kampung tradisional perlu terima hakikat bahawa mereka tidak ramai hanya 30% dari jumlah pengundi semua ditenggelami oleh lautan bilangan pengundi peneroka Felda.

Namun WZWH tetap berpendapat undi kampung tradisional tetap penting dan decisive menentukan kemenangan UMNO dan BN.

Ini yang fakta-fakta untuk orang kampung tradisional kena faham sebelum buat keputusan untuk mengundi atau balas dendam kerana cemburu atas tidak puas hati:

Majoriti peneroka Felda ini asalnya dari kampung tradisional.

Hanya di Pahang sahaja peneroka dari negeri-negeri lain diterima tapi TIDAK bagi peneroka negeri-negeri lain yang lebih mengutamakan anak negeri. Harap peneroka-peneroka yang datang dari negeri lain di Pahang berterima kasih.

Peneroka Felda sudah lebih 40 hingga 30 tahun bersusah payah membangunkan tanah Felda. Kehidupan yang susah dan sukar. Bantuan kantin yang tidak seberapa, Pekerjaan yang seperti buruh kasar atau lebih tepat dipanggil kuli.

40 hingga 30 tahun dulu pengurusan Felda lemah, tidak tersusun, kacau bilau tidak seperti sekarang kerana Almarhum Tun Razak meninggal pada 1976 walau Peneroka Lembah Bilut yang datang meneroka memilih sendiri tanah yang mereka suka pada tahun 1950an namun post 1976 menyaksikan lebih banyak tanah rancangan Felda dibuka.

Dulu tidak ada konsep tanah lot 10 ekar atau 14 ekar untuk peneroka Felda, subuh-subuh lagi peneroka Felda diarah pergi kemana-mana ladang yang disuruh oleh pengurus. Dulu tidak ada sistem blok dan yang peneroka Felda tidak puas hati tidak ada sistem geran tanah.

Kenapa peneroka Felda perlu terima geran tanah sedangkan itu tanah yang Felda terima dari negeri? Kenapa peneroka Felda perlu bekerja kuat membanting tulang kalau titik peluh selama ini hanya sia-sia kerana tidak boleh dapat geran tanah?

Ini persoalan-persoalan besar yang buat para peneroka susah hati. Banyak ketidakpuasan hati dan pemberontakan berlaku. Ramai yang lari dari Felda balik ke kampung tradisional tidak kembali lagi.

Di Pahang Tuanku Sultan Pahang yang lebih berperanan turun padang merasai dan menghayati denyut nadi permasalaah peneroka Felda terutama kebajikan peneroka yang usul berasal dari Pahang disamping peneroka dari negeri-negeri lain.

Dulu ada banyak bantuan-bantuan untuk para peneroka yang oleh kerana sistem yang tidak praktikal tidak sampai ke peneroka. Ramai rakyat Pahang yang betul-betul susah dititah oleh Tuanku supaya diberi tempat di rancangan Felda.

Selepas berpuluh tahun dengan pertukaran pemimpin Perdana Menteri silih berganti maka pengurusan Felda menjadi bertambah baik dan lebih baik serta profesional.

Hari ini atas nasihat profesional dan korporat, Felda melalui FGVH mahu disenaraikan merupakan listing yang terbesar di Asia dan ke dua di dunia. Ini ialah "corporate exercise'. WZWH tidak mahu bincang secara teknikal bab listing ini kerana perlu posting yang lain.

Berbalik kepada orang kampung tradisional yang sudah lebih awal menerima bantuan dari kerajaan BN seperti tanah pinggir, tanah kelompok, tanah Felcra, Rancangan Pembesaran Kampung, Bantuan Risda bagi pekebun kecil, dan bantuan dari pelbagai agensi kerajaan.

Ini tidak termasuk penyediaan infrastruktur, ameniti, kemudahan asas dan premium yang menelan belanja berbilion-bilion peruntukan. Tidak termasuk hal-hal pembangunan pendidikan anak-anak kampung tradisional.

Peneroka Felda baru sekarang tidak sampai 5 tahun lepas menikmati berbagai kemudahan kenapa kita tidak fikir 40 atau 30 tahun dulu mereka para peneroka lebih menderita mengalami berbagai-bagai kesusahan hidup.

Inilah luahan fikiran dari WZWH anak kampung tradisional bagi menjawab isu dilemma dan mitos Kampung tradisonal VS Peneroka Felda.

5 comments:

Quiet Despair said...

Memang wajar imbuhan diberikan kepada para peneroka Felda kerana jerih mereka menebas hutan belantara sehingga menjadi kawasan yang moden.
They fought snakes, wild animals etc to make Felda schemes what it is today.
Tapi saya rasa DS Najib perlu juga ingat kepada penduduk kampung tradisional yang juga amat memerlukan pembelaan kerajaan.
Jangan sisihkan mereka. They are the BN's fixed deposit.
Ramai daripada anggota Felda yang jadi ahli pembangkang. Their loyalty is somewhat suspect.
Ramai penduduk kampung rasa terasing kerana kerajaan dilihat lebih banyak mengambil hati kaum Cina dan India.
Kaum cina umpamanya tak pasti mengundi BN sungguhpun mereka menerima BRM1 dan subsidi sekolah Cina serta lain-lain kesenangan.
Kaum China semakin nampak menebal perkaumannya. They are taking advantage of Najib's caring gestures to demand this and that.
It's always me, me and me for them.

Anonymous said...

Semoga Allah menempatkan Tun Razak dalam kalangan orang yang bahagia.

durian gugur said...

org kg 30% je dari berbanding pengundi felda.buat apa bg durian runtuh lagi?tunggu durian gugur lagi baik...dulu kan dh bagi duit BRM1 malaysia RM 500.apa lagi nak..
.tgk kg 2 tradisional,lampu jln pun takde berbanding felda yang mempunyai lampu jln.
sian org kg.tp jgn sedih sbb org bandar pun senasib anda..gaji keluarga melebihi 3k tak dpt terima duit br1m.padahal gaji hanya 3200,isteri tak keje,anak lima org,sewa rumah 4hingga 5 ratus.tp tak layak terima br1m.so apa tunggu lagi wahai org kg?khabarkan berita gembira ini kpd semua saudara mara serta sahabat handai yg berada di kg dan bandar, bahawa kita juga akan berubah dan kita juga akan mengubah.biarkan peneroka felda shj yg meneruskan perjuangannya.kita tahu bahawa durian runtuh tidak boleh dimakan sbb buahnya masih belum masak.kita tunggu durian gugur walaupun tak tau lg tarikhnya,namun insyaallah kia akan dapat merasa isinya yg enak..."jom pakat ubah"

Anonymous said...

Pencacai PKR dan DAP diatas cuba nak ubah pendirian orang kampong. Jom kita tunjuk pada PR mereka ini tak ubah saperti Komunis.Gara gara tersepit nak pancing undi.Hanya UMNO untuk Melayu dan Islam.Parti lain hanya opurtunis iginkan kuasa tapi cara samseng jalanan mereka nauzubillah, kita tolak samseg yang merosak negsrs ini.Kita tolak PR.

Anonymous said...

Kpd En Wan dan penyokong tegar penyenarairan FGV ke Bursa M'sia,

Ini info yg sahih lagi mensahihkan:
(1) Jumlah saham yg diperuntukkan kpd 112,000 peneroka (termasuk k/tangan Felda) cuma 184.2 juta unit VS 2.2 billion unit yg ditawarkan...setiap keluarga peneroka cuma dapat saham kira2 1,000 unit.
(2) Pengurusan tertinggi Felda ditawarkan jumlah saham yg sangat lumayan. Pengarah Eksekutif 75,000unit, GM 40,000 unit, Manager 25,000 unit, Eksekutif (junior) 6,000 unit. Petugas bawahan cuma dapat 3,000 unit (ini adil style UMNO kapitalis). Jumlah yg diperuntukkan untuk Isa Samad & Datuk Sobri Ahmad tidak diketahui..mungkin > 100,000 unit.
(3) Jika nilai saham semasa IPO naik dari RM4.55 kpd RM6.55 seunit, capital gains = RM2.00 sesaham....wau banyaknya dapat kat Isa!! Berapa yg peneroka dapat???
(4) Para2 pesara yg berkhidmat dgn Felda > 30 tahun serta generasi kedua peneroka tidak ditawarkan apa saham. Mungkin mereka ini haramjadah belaka agaknya...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...