Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.
Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.
Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.
Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
Dalam kubah
- Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
- Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
- Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Luar kubah
- Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
- Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
- Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
- Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
- Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
- Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
- Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
- Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
- Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
Negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan walaupun tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.
Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Makam Pahlawan Masjid Negara hanya siap pada tahun 1965.
Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Itu memang kehendak Tunku Abdul Rahman sendiri mahu dikebumikan di Makam Diraja.
DS Anwar Ibrahim-'Golden Boy' Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua sejak tahun 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
DS Anwar Ibrahim, aktivis NGO Islam, sejak 1982 hingga 1998 menganggotai kabinet Malaysia sebagai:
- 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
- 1985 - 1986 Menteri Pertanian
- 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
- 1990 - 1998 Menteri Kewangan
- 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri
Kini beliau ahli parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Malaysia dan Penasihat parti PKR.
Berbalik kepada persoalan WZWH jika ditakdirkan DS Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah, adakah beliau layak disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?
WZWH tidak nafikan DS Anwar Ibrahim juga berjasa kepada negara. WZWH juga akui bagaimana DS Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan negeri BN. Soal dua kes liwat beliau itu telah dibuktikan di Mahkamah tidak bersalah dan bebas. Soal kes video sex 'China Doll' itu sampai sekarang tidak dipeduli oleh Peguam Negara.
Terbaru DS Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada Bersih 2.0 dan 3.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga Sreenevasan seorang tokoh murtad dan anti Islam yang dapat mempengaruhi PAS dan disepenuh sokong oleh DAP dan PKR mengadakan demonstrasi jalanan menghuruharakan negara.
DS Anwar Ibrahim berkata bahawa revolusi sudah dekat di Malaysia! Apa maksud beliau? Revolusi bukan sahaja mahu mengulingkan kerajaaan BN secara tidak demokratik tapi juga mahu buang semua Sultan dan Raja Melayu, YDP Agong.
Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yang membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen.
Bukankan baju 'T-Shirt' Bersih 2.0 dan 3.0 itu berwarna kuning iaitu warna lambang Raja/Sultan Melayu/Agong. Secara halusnya puak 'revolutioners' Pakatan Rakyat mahu bersihkan dan buang Raja-Raja Melayu secara simboliknya.
Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya?
Ada sesiapa pembaca yang boleh memberi pandangan?
9 comments:
Che Wan, Ngapanya dalam firasat atau telekan che wan kalau dikuburkan disitu terlepas siksa kubur ke?. Dikuburkan ditempat lain kena siksa kubur pula. Fikir-fikirkan lah sama2.
Nak tanya....kalau pahlawan tu bukan islam nk letak makam pahlawan yang nana?
Makam pon perkauman!!!!!....
Tanah perkuburan tidak penting malahan ada yang meninggal dunia tidak ada pusaranya,yang paling utama adalah bekalan yang dibawa untuk ke alam yang lebih kekal abadi.Harta,pangkat,darjat,darah keturunan dan sebagainya pasti ditinggalkan....jangan miskin di dunia juga miskin di akhirat.Apa-apapun Islam mesti menjadi no.1
Apa toPik punya bodoh ni?
Buat je makam Di tapak Pekan lama kuala Tembeling.
Tentu popular Dan khas untuk pemimpin gerak kiri Bertaraf negarawan ternama.
Disirami air Dari 3 sungai.
Anon 9:05,
Bukan apa kalau letak di Makam Pahlawan habis nanti semua rangka pahlawan-pahlawan semua lari lintang pukang tak mahu duduk sebelah rangka Anwar Ibrahim hehehehehee...
Habis basah baju dan celana
Buat ragi di Kg.Pedah
X kesahlah nak kuburkan dimana
Asalkan dia tidak memerentah!
KePulau Tawar mencari lintah,
Singah sebentar dipulau Dedari
Bila saja PR memerentah,
DAP akan menunjukkan GIGI!
Nape Wan Zari, kalau tanam kat makam pahlawan mungkar nangkir tak datang ke? Punyalah lendir awak ni, tanamlah dimana2 pun, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa sahaja.
mayat anwar campak tgh laut
WZWH ni orang UMNO, tulisannya pun jika dibaca nampak tidak berapa berat sebelah tapi sengetnya itu tetap ada. Apa yang dibawa oleh DS Anwar ada revolusi yang menginginkan perubahan dalam bentuk pemerintah sekarang yang terang-terang merompak duit rakyat termasuklah duit WZWH sendiri dan perubahan untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dengan kata lain mengurangakan kesusahan rakyat terbanyak. Orang-orang melayu terutamanya sudah-sudah lah, sudah banyak duit anda di rompak, sudah lama telinga anda di pekakkan, mata anda di tutup daripada melihat kebenaran. Tiada orang melayu yang nak jual maruah melayu. Jangan terlalu pandai membuat andaian. tiada siapa yang nak buang Raja/Agung, mana buktinya Anwar berbuat demikian? Apa alasan untuk tuduhan itu? yang sudah jelas dan terang, Mahathir lah yang telah mengurangkan peranan dan kuasa Raja Melayu. Saya pun asal orang UMNO, tapi pendidikan yang saya terima dari kecil sampai hari ini, sudah berkerja dengan gaji yang di kira dalam golongan senang, masuk dalam kelas profesional, saya melihat negara kita ini dalam keadaan sangat nazak. Asalnya saya UMNO,keturunan UMNO 100% tapi saya membuka fikiran saya, saya dengar apa pembangkang kata, kaji apa yang di utarakan, maka saya nampak di tahap mana sesebuah negara harus di uruskan berbanding dengan apa yang telah di buat sekarang. Tidak salah kita berubah, kalau pembangkang tidak tunai janji, dia tukar lagi. Jangan jadi pendokong UMNO sampai mati. Kita harus ubah cara kita memilih pemimpin. Royalti untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang ini hanya berita untuk menarik undi, pekara ni memang asalnya tidak perlu jadi isu, sebab memang mereka berhak. Kenapa hal ini timbul? Kerana UMNO-BN sudah tiada sokongan dari orang cina,orang india, golongan profesional muda melayu dan orang melayu bandar. Jadi DS Najib keluarkan perkara ini utnuk menarik dan mempertahankan undi rakyat dalam tiga negeri tersebut yang mejoritinya Melayu yang tinggal di ceruk kampung, yang selama ini jelas-jelas mereka adalah pendeposit tetap UMNO-BN. Tapi orang kampung sudah ramai buka mata. Malaysia, ubah lah sekarang. Berubah untuk kesejahteraan kita bersama. Pakatan Rakyat banyak rekod cemerlang mengendalikan ekonomi dan negeri mereka. Tapi rekod-rekod yang di capai itu tidak pernah di utrakan dalam media arus perdana, tujuannya untuk menutup pengetahuan rakyat tentang kebaikan pembangakang.
Post a Comment