Bukit Siguntang di Palembang, Sumatera tempat bersejarah lahirnya 'magna carta' Melayu Perjanjian Sang Si Perba dengan Demang Lebar Daun.
WZWH tulis posting ini untuk memberi satu perspektif baru pemikiran psyche hubungan orang Melayu dengan Raja @ Sultan.
Memang orang Melayu itu taat dan patuh kepada Rajanya kerana Adat dan Budaya Melayu.
Sejarah Melayu menceritakan kisah 'magna carta' Melayu seperti perjanjian Sang Si Perba dengan Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang.
Bila perjanjian ini dicabuli maka berlakulah musibah yang bakal menimpa Raja. Mengikut sejarah ada dua peristiwa dimana dua orang Sultan dibunuh oleh orang Melayu!
Paling menyedihkan dua orang Sultan dibunuh ketika mengerjakan ibadat solat! Orang Melayu bila dia naik gila sungguh brutal tapi ada sebabnya.
Pertama Sultan Mahmud Shah II mangkat dijulang pada 1699 dan kedua Sultan Abdul Jalil IV marhum Kuala Pahang mangkat pada 1720.
Sultan Mahmud Shah II Mangkat Dijulang
Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10 (tahun pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699). Baginda ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675. Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.
Ketika hayat baginda Sultan Mahmud, urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.
Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".
Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Megat Seri Rama. Akhirnya baginda lebih dikenali sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi". Baginda dimakamkan di Kota Tinggi.
"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.
Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil dan keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.
Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:
"Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat kesat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932).
Diberitakan ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari takhta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.
Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai Muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan yang dianggap gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.
Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud dimakamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu.
Sultan Abdul Jalil IV Marhum Mangkat di Kuala Pahang
Asalnya beliau ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dan beliau mengambil gelaran Sultan Abdul Jalil IV apabila ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-11 pada 1699-1720, kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Beliau ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid, bapa Tun Abdul Jalil.
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil yang 'mengaku' bahawa baginda adalah waris kepada Sultan Mahmud Shah II yang sah menyerang Johor.
Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan.
Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang.
Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV berpindah dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV.
Pembunuhan ini kerana Raja Kecil menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang.
Sultan Abdul Jalil IV dibunuh ketika masih di atas tikar sembahyang menunaikan solat Subuh.
Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.
Kesimpulan :
- Orang Melayu yang sanggup membunuh Raja @ Sultan adalah samada dari kumpulan berpolitik yang merancang secara kumpulan atau dari arahan ahli politik Melayu yang bercita-cita tinggi.
- Raja @ Sultan Melayu serta anak cucu cicit perlulah mematuhi wadaat perjanjian Sang Si Perba dan Demang Lebar Daun yang masih relevan hingga kini.
- Sultan Abdul Jalil IV ketika bergelar Bendahara Tun Abdul Jalil yang mengetuai konspirasi politik untuk membunuh Sultan Mahmud Shah II marhum mangkat dijulang ketika mahu solat Jumaat akhirnya mati dibunuh juga ketika solat Subuh.
- Isu LGBT atau homosexual, gay dan bisexsual yang dituduh terhadap Anwar Ibrahim bukanlah isu baru kerana dulu ahli politik klasik Melayu pun pernah terbabit.
15 comments:
WZWH!! awak tu ngaji tinggi tapi awak jadi bodoh bangang bila duduk bawah ketiak UMporNO. Takkan awak tak tau UMporNO lah yang hina dan maki hamun Sultan dan raja2 Melayu pada tahun 1993. Bukan PAS atau DAP apatah lagi PKR yang baru wujud setahun dua ni.
Kalau boleh awak jadi lah orang cerdik sebab awak dah cerdik dah. Tapi nak ampu UMporNO punya pasal, awak jadi bodoh.
Saya tepaksa cakap kasar sikit supaya awak sempat berfikir.
Maafkan saya.
thanks kerajaan bn atas br1m. kami masih menunggu br1m tiap2 bulan.RM 500 x 12 = RM 6k utk satu keluarga.baru boleh dikatakan janji ditepati.
Tak habih2 cerita tok kadok yang awak sangat banggakan tapi tak memberi pembangunan kepada orang melayu. Silat, lanun, jampi, bomoh dan keris tak memberi apa-apa pembangunan kepada melayu.
Bawaklah mahaguru manapun berhadapan dengan masaalah hari ni, paling hebat melaung dan tunjuk keris, itu sajalah yang boleh dibuat.
Toksah bimbang " takkan hilang melayu didunia ". Tinggal awak sorang saja di Malaya ni sudah cukup untuk menyakinkan ungkapan diatas. Tinggalah awak sorang dengan keris terhunus tajam melaungkan " hidup melayu "
Twilight Zone
bersambung......
Kadang-kadang terpikir juga saya, melalui tulisan-tulisan awak saperti diatas mungkin awak ni graduan Sky Kingdom Ayah Pin kut?
Twilight Zone
Wan Zuri cerita apa sebenarnya ni? Cubalah Wan Zuri tulis macamana nak kurangkan defisit negara, macamana nak tingkat KDNK negara, macamana nak perbaiki sistem pendidikan negara yng merundum, macamana nak tingkatkan pendapatan rakyat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, macamana nak mengurangkan jenayah dan banyak lagi benda yg berkaitan dengan kemajuan dan kesejahteraan negara.Ini cerita kisah pasal raja2 dulu yg belum tentu sahih.Macamana nak menjana transformasi, kalau orang Umno masih mengamalkan politik kedai kopi lagi.
salam wzwh,
Teruskan penulisan begini baginmengingatkan orang melayu sejarah kesutanan Raja Melayu.Melalui sejarahlah kita belajar dari kesilapan kita orang melayu.
Peduli apa pak kadok PR yang gilakan kuasa.Harap mereka dapat memahami kenapa artikel ini di tulis.Saya sokong baik penulisan ini.PR yang hanya berminat berpolitik sahaja.
Dari Dulu kita berpolitik terutama sebelah BN Lebih kepada menonjol Dan mengangkat diri.
Kita harus memahami negara kita adalah bercorak persekutuan Dan sedikit sahaja Negeri pegang iaitu tanah, balak , agama Dan air.
Malah minyak pun persekutuaan yang pegang.adun Dan ahli parliament sendiri tidak mampu untuk bertindak dengan berkesan disebabkan Oleh kuasa ini.
Yang penting penduduk Jerantut bersatu untuk menuntut kepentingan mereka bukan ya berebut antara mukim.
Adun Dan ahli parliament cuma alat anda Dan bukan pemimpin anda. Tuntutlah Hak anda Dan jagalah Hak anda.
Bangunkan kuala Tembeling
Majukan jalan benta
Hidupkan Pulau Tawar
Lindungi Taman negara
Suburkan ulu tembeling
haaaaaaa ape leeee waN ni nampak boDOUHHHH nye eee leee
Saya ingin bertanya adakah WZWH dan KUTUKAN DEWATA adalah orang yang sama kerana saya melihat bentuk penulisan dan pemikiran kedua-duanya banyak kesamaan.
Anon 10:07,
Ada banyak perbezaan antara WZWH dengan KUTUKAN DEWATA. WZWH lebih serius menulis posting politik secara konsisten manakala KUTUKAN DEWATA lebih kepada penulisan KREATIF dan ARTISTRY. Kita tidak akan dapat lihat foto wanita sexy dalam blog WZWH tetapi begitu banyak dalam blog KUTUKAN DEWATA. Namun kedua blog ini dari Jerantut sudah tentu ada sedikit kesamaan idea pemikiran. Allahualam.
Hempuras betul!asal sokong UMNO je ada orang kata BODOH!apa sokong PR dapat cerdek ke!takat ni ta ada pun orang CEMERLANG sbb sokong PR.
Berpolitik biar berakal,jangan anggap orang x sealiran u BODOH!
Mati pulakjangan berantu.
Betul tuh, PKR-PAS-DAP, = Bingai-Syok Sendiri-Rasis, Hidup UMNO
pentingnya sejarah ori sebegini. .
Eh, tak perasan blog kawan lama. Tahniah krn dlm kesibukan masih sempat menulis sejarah negara. Pandangan pembangkang tu perlu juga diambilkira sekadar utk penambahbaikan tapi jgn peduli sangat. Klu terpengaruh dgn diorg, tak jalan la kerja.
Sultan zalim memang patut dibunuh.
Post a Comment