Tuesday, June 5, 2012

Kuala Tembeling Yang Semakin Hilang Kelebihan Ekonominya....


Ada komen pembaca dalam posting yang lepas membuatkan WZWH rasa sedih dan sayu dengan fakta Pekan Kuala Tembeling yang semakin mundur dan layu.

Ini komen pembaca seperti dibawah:

Ha ha Pembangunan bandar Jerantut ? Lawak Ambil contoh, Kuala Tembeling, sautu ketika dulu amat maju Dan terkenal sebagai pelabuhan sungai yang tersibuk Di semenanjung tanah melayu. Apa berlaku Sekarang. Kuala Tembeling mati. BN membina kedai lewat 10 tahun kebelakang , siap hanya setelah perniagaan telah mati. Untuk memaksa ketapak baru yang tak laku, Ada pegawai yang berpangkat wan memberi arahan untuk meruntuhkan Pekan Asal kuala Tembeling. Orang Kuala Tembeling dibodohkan dengan cadangan membina taman bunga dan Tapak permainan. Cadangan tetap cadangan. Apa yang tinggal Kini Hanya semak samun Dan kuala Tembeling menjadi amat Mundur. Lihat Pekan lancang Kedai zaman jepun masih wujud Dan suasana tetap meriah.


Blog Urag Drrulug bertajuk Secebis Kenangan dan The Forgotten City mengambarkan dengan baik nostalgia kegemilangan Pekan Kuala Tembeling.

Memang WZWH sentimental dengan Kuala Tembeling. 44 tahun dulu selepas dilahirkan di Hospital Kuala Lipis, WZWH telah dibawa menaiki keretapi  dari bandar Kuala Lipis ke Stesyen Keretapi Kampung Sepial. 12 tahun yang pertama bermula di Kuala Tembeling sebelum WZWH bersekolah Asrama Penuh di Semsas, Kuantan.

Pekan Kuala Tembeling pusat tumpuan ekonomi Lembah Tembeling dan kawasan sekitar. Jeti Kuala Tembeling menyaksikan getah, rotan manau, geharu, kerbau, ikan kelah, ikan patin dipasarkan dan diurusniagakan.

Kuala Tembeling jeti 'gate away to Taman Negara' tumpuan pelancong asing menambah kemeriahan.

WZWH adalah last batch orang Tembeling yang dapat menikmati kehidupan kampung di Lembah Tembeling dari Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling. Pengalaman memahami budaya dan adat resam orang Tembeling itu pengalaman berharga dalam kehidupan WZWH.

Walaupun ramai orang tua-tua dari kampung sepanjang Lembah Tembeling sudah pergi namun kenangan, memori, nostalgia tetap di hati WZWH.

Kuala Tembeling pertemuan dua sungai iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang. Dulu Kuala Tembeling pusat superhighway yang mengunakan sungai. Banyak sejarahnya sejak zaman berzaman.

Pasir Tambang diseberang Kuala Tembeling ialah tempat Orang Tembeling dan Orang Jelai mengistiharkan Wan Ahmad sebagai Raja Pahang yang baru menukar regim pemerintahan Beraja Pahang. Ini tempat melahir revolusi kebangkitan politik baru Pahang.

Kini Kuala Tembeling semakin hilang kelebihan ekonominya. Bila sistem jalan raya dibuka di Tembeling Tengah hingga ke Kuala Tahan, orang sudah tidak hilir ke Kuala Tembeling. Pembinaan jalan Mela - Kuala Lipis membuatkan penduduk beberapa kampung berdekatan sepanjang Sungai Jelai tidak bertumpu lagi ke Kuala Tembeling.

Perancangan PKNP dan PASDEC untuk membangunkan Pekan Kuala Tembeling dengan kompleks rumah kedai, pusat pelancongan, jeti tidak cukup membangunkan ekonomi Kuala Tembeling. Pelan perancangan Taman esplanade tebing Kuala Tembeling entah kemana hala tujunya.

Dengan tanah yang terhad kerana Pekan Kuala Tembeling dikelilingi oleh estet-estet swasta, WZWH jadi buntu bagaimana cara mahu mengangkat kembali ekonomi Kuala Tembeling.

Mungkin anak-anak Kuala Tembeling yang bijak-bijak di perantauan punya idea-idea bernas untuk di lontarkan. 

Apa yang WZWH boleh nampak jika kita mahu orang Tembeling dan orang tempat lain kembali bertumpu ke Kuala Tembeling kena fikir apa caranya?

Kita tengah berjuang untuk mendapatkan Jalan Ulu Tembeling hingga ke Terenggganu. Bila projek ini siap diimplementasikan sudah tentu orang Terengganu lebih suka guna jalan Tembeling ini kerana lebih cepat sampai ke KL. 

Begitu juga orang Perak jika mahu cepat sampai ke Kuantan pasti mahu guna jalan Ipoh-Kuala Lipis-Kuala Tembeling- Sungai Lembing-Kuantan. Jika jalan Jerantut-Sungai Lembing siap nanti.

Kita perlu sekurangnya di Kuala Tembeling dibina 2 jambatan:

  • 1 jambatan menghubung Pekan Kuala Tembeling-Pasir Tambang
  • 1 jambatan menghubungkan Pekan Kuala Tembeling -Tanjung Jelai
Erect those bridges please....

9 comments:

Anonymous said...

Walaupun aku bukan anak Tembeling , bab jambatan tu aku setuju... itu je satu-satu cara nak menghidupkan kembali Kuala Tembeling.

Anonymous said...

Jangan dok cerita pasal Tembeling aje...aku lihat potensi lebih ialah di sepanjang jalan Benta,banyak yang boleh di bangunkan dari Sungai Par hingga ke Batu Balai..amacam WZWH.

Anonymous said...

Senang je.Dari Kuala Tembeling buat jambatan menyeberang Sungai Jelai ke Tanjung Jelai.Dari Tanjung Jelai pulak buat jambatan menyeberang Sungai Tembeling ke Pasir Tambang.Dah siap 2 jambatan tu,dari Tanjung Jelai boleh buat jalan baru ke Cegar Perah,seberang Kuala Lipis.Secara automatik dapat connect 3 seberang yang terpisah.Bila jalan ke Pasir Raja siap,Kuala Tembeling akan jadi lokasi strategik untuk ke Terengganu.Jerantut dan Kuala Lipis akan lebih maju.Satu je yang kena alert,bila buat 2 jambatan tu,seberang belah Taman Negara akan jadi lebih accessible dan kerja curi balak kena pantau.Cuba pikir.Logik tak cadangan ni.

Anonymous said...

nak maju kyala tembeling tuuuu, kita bagi tanah-tanah kat situ ke aurang kelantannnn, majuuu punyeee. harap kan aurang fahang abihhhhh 50 tahun lagiii leee

durian gugur said...

tak elok komen berbaur kenegerian.phg atau kelantan adalah bersaudara.masing2 ada perasaan ingin membangunkn k.tembeling,tembeling tengah dan ulu tembeling.

Anonymous said...

org tembeling nih takde yang cerdiknya. nak maju mcm mana... tara tuh lah deme.. klu jerantut tuh ada lah harapan sikit. minda pun terbukak. belah pulau tawar akan maju dan menjadi teraju utama bandar jerantut nanti. deme org tembeling tengok je lah. harap ker berkelahi sesama puak deme tuh nak maju ape mendenyeerrr..

doh la tu said...

alo aku pon bukan org kuala tembeling tapi org tanjung jelai.org tok 4 wahab.tapi k.t.tu bando weh masa 70an hingga 90an.kalu wzwh tu kome gelo zuri je.kt dulu ada adun sendiri.dun tembeling yb dri kola retang.kak long dari jtut.lepas tu cu rahimah.la ni dok bwh dun tahan.mula la saat kemunduran.tapi bagi org kt.mana la mampu nak majukan sebab org kt mana ada hard cor sumber.cuma di payungi oleh sumber sumber hasil penduduk di bwh dun tembling saudagar spt org spanjang sungai tembeling.dan jiran kg sekitar.la ni org sungai jelai dansungai temb dah maju maka kt pon mundur hilang punca.sedih sedih.ong buat la gona zuri weh.i folo .

EKP said...

Kuala tembeling ni kat mana?

Anonymous said...

Org pulau tawor ade rupenya...apahal eksen sangat niiii..teringat mase kat smj dulu..pasukan bola 90% budak2 dari lebah temmbeling..Lawan dgn sm pulau tawor, smj pasti menang besor. Ade sekali tu sampai 12-0. Ehhhh2 ni cite bola ke cite pasal kemajuan kuala tembeling..hahahahhahahahahahhahaah.Pe2pun kalau kuala tembeling maju..pulau tawor akan maju juge..nak dengki2 apenya...org tembeling dgn org pulau tawor ramai ada bau2 durian laaaaaaa

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...