Monday, June 11, 2012

Pakatan Rakyat Perlu Berani Kemukakan Negara Republik Dalam Manifesto PRU 13

Foto ihsan Blog Papagomo. Hari ini Sultan Johor sudah bersuara. Kesannya bukan setakat dalam negeri Johor saja sebab ini clan Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana punya pengaruh dan jaringan di negeri-negeri Beraja di Malaysia.

Lempar batu sembunyi tangan peribahasa Melayu yang sesuai mengambarkan kehendak sebenar pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat lebih senang cekap dan berkesan bekerja dalam persekitaran mekanisme "Tidak Beraja' sebab tindak tanduk kreatif politik mereka boleh terbantut dengah adanya Raja.

Mereka tidak boleh campur tangan dalam hal Adat Istiadat Melayu dan Islam sewenang-wenangnya.

Mereka terutama DAP dan PKR tidak boleh jadi MB dan PM kerana tidak boleh menasihat Sultan atau Agong berkenaan hal agama kerana tidak Islam.

Apa lagi mahu guna tentera darat, udara dan laut bagi kepentingan mereka mahu "Bintang Tiga"!

Tidak guna mencabar dan test market. Dulu LGE menghina negeri Johor dan Sultan bahawa pelaburan Johor tidak selamat. 

Nizar mempermainkan dan memperlekehkan Sultan Johor dengan isu bida WWW1.

Ahli politik PKR ramai terbabit insiden memperolokkan Raja-Raja Melayu semasa upacara pertabalan Agong baru.

DAP kena berani. Sekarang tahun 2012. Zaman Melaka sudah berlalu. Era Empayar Johor Pahang Riau tinggal kenangan bila Sultan mati beragan di Riau, Temenggung serta Bendahara membesar diri menjadi Raja di Johor dan Pahang.

DAP apa mahu malu, UMNO pun dulu zaman Mahathir kuat buli Raja Melayu. Jika Mahathir berani pengaruhi ahli parlimen kurangkan imuniti kekebalan Raja-Raja Melayu, LGE, LKS, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Nizar, Hadi pun boleh!

Jika Mahathir boleh buat, apa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih cerdik, bergeliga, berpandangan jauh tidak berani macam Mahathir.

Rakyat Malaysia suka pemimpin yang berani dengan tindakan dan perbuatan serta bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia tidak suka pemimpin yang sorong tarik kepala.

Beranikah Pakatan Rakyat kemukakan negara republik dalam Manisfesto PRU 13?

Anwar boleh jadi Perdana Menteri, LGE boleh jadi Presiden, Karpal Singh boleh jadi Pengerusi Malaysia...Najib boleh jadi Ketua Pembangkang 1Malaysia!

Mufti pun boleh letak 4 post-Mufti Islam, Mufti Kristian, Mufti Buddha, Mufti Guru Nanak pun boleh!

Bila Raja-Raja mengumpul atau rakyat atau NGO sendiri berkumpul berikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu itu bahaya bagi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat jangan cuba underestimate dan pandang rendah kekuatan dan pengaruh "Royal Networks".

Ianya bukan berkenaan batang tubuh 9 Raja-Raja Melayu sahaja malah melarat ke pembesar-pembesar Melayu dan clan family mereka serta rakyat yang menyayangi setia kepada Raja.

Ini tidak termasuk jentera tradisional Raja-Raja Melayu yang tersembunyi berakar umbi sekian lama.

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu sedar bahawa Raja-Raja Melayu sudah berpolitik dan berpentadbiran serta berkerajaan beratus-ratus malah beribu tahun lebih lama dulu.

Pakatan Rakyat jangan biarkan dan melampau memaksa Raja-Raja Melayu menekan suis-suis yang buat rakyat dan orang Melayu bangkit!

7 comments:

Kampong man said...

Kampong man said.. 1of 2

Kampong man ingin membuat reposting di dalam topik WZ yang lebih relevan dari segi tajuknya bagi menjawb soalan komen ‘durian gugur ’bertarikh 8 june yang berbunyi .QUOTE “durian gugur said...
wzwh,saya dilahirkn era 80an.hari ni umno sudah sambut ulangtahunnya yg ke 66.saya malu,kerana selepas 55 thn kita merdeka,dan tempoh tersebut pemerintahan umno,kita masih bercerita ttg masalah keperluan asas,cth(air,eletrik,jln raya) mcm mn boleh jd begini?sedangkn negara kita kaya dr hasil bumi?(minyak,bijih timah,bijih besi,emas,balak,kelapa sawit,getah,koko dan byk lagi?mn pergi hasil ni? atau bn tk pandai uruskn hasil tersebut utk kemakmuran rakyatnya?sepatutnya hari ini kita berbincang ttg bilakh tarikh pelancaran wifi percuma,lebuhraya percuma,pendidikan percuma.ini kerana negara kita sbnrnya mampu.Saya rasa jika diberi peluang sehingga 100 tahun kpd bn nescaya isu masalah asas mmg tidak akn selesai….. “ UNQUOTE.
Ianya penting bagi kita mengingati semula sejarah penubuhan UMNO dan cabarannya dulu dan kini dan pengorbanan UMNO meneraju BN untuk semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan ugama.Harap dapat pandangan dari pembaca blog,terima kasih.

bersambong di posting berikutnya..

Kampong man said...

sambungan 2/2
Kampong man said…
Salam semua dan sdr Durian gugur,

Anda terlalu muda untuk memahami perjuangan UMNO/BN selama bertahun lamanya dari pembentukan UMNO. Jelas anda mahukan semuanya percuma saperti laungan PR yang tidak pernah berjasa satu pun untuk negara.ROME IS NOT BUILT IN A DAY.Malaysia kini adalah satu satunya negara maju dirantau ini dan di kagumi negara lain di dunia.

Pembangunan harus mengikut PERIORITY dan kehendak semasa with the availabilty of limited resources.Keutamaan sekarang adalah bagi pendidikan dan peningkatan modal insan dan transformasi ekonomi dan sosial yang adil dan saksama bagi menuju negara maju.Gen Y saperti tuan bertuah mempunyai peluang belajar di negara ini yang cambah dengan universiti yang baik tanpa perlu keluar negara dengan wang yang banyak.

You have obviously taken for granted the basic facilities as water ,electricity and basic infrastructure across the nation as you see it today because you were not born prior merdeka kid.You have not seen your datok and dad difficulties early days.Ask them about their life in the kampong and life in the 40's and 50's bet you were never in the kampong perhaps.

Why do you think BN has been the choice of the majority rakyat for all the past 12 elections ? and insyallah the status quo remains this PRU 13. It is because many see BN sincerity and they see development and their economic contribution for the rakyat and you see them now in front of you.PR has none to show !!.That is the difference.Anda harus pandai bersyukur dengan apa yang ada dan saya yakin banyak lagi usha penambahbaikan untuk negara sekira Najib diberi mandat besar di PRU 13 nanti.

Teruskan dengan pilihan anda untuk DSAI/PR sebagai PM pilihan.Itu pilihan anda.Anda tidak perlu membenci dan memburukan UMNO/BN.Sekira anda punyai bukti salah kuasa,korupsi dan apa juga sila buat laporan polis dengan bukti supaya siasatan boleh dilakukan.Kita harus bertangung jawab dengan apa juga penulisan kita.Kalau tidak saya melihatkanya sebagai perbualan kedai kopi tanpa substance.

Anda cenderong memperkatakan UMNO baru dan lama.Pada saya tidak ada beza perjuangannya baik baru atau lama.Maka sambutan hari UMNO 66 tahun di Stadium Bukit Jalil jelas membuktikan UMNO masih terus relevan .Tidak hairanlah Ku Li,Rais Yatim,Marina Yusoff dan ramai lagi balik kepangkuan UMNO satelah Semangat 46 di tolak ahli UMNO.

Fahami penubuhan UMNO dan perjuangan Dato Onn dan penerimaan pendatang asing dahulunya yang di beri kerakyatan dengan janji Kontrak sosial.Fahamilah juga tujuh(7) Wasiat Raja Raja Melayu bagi negeri PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (Kini Malaysia) dan fahami kenapa bendera UMNO berwarna puteh merah dan Keris didalamnya dan tidak pistol atau bom tangan.Kenapa bendera Singapura dan Indonesia punyai warna puteh dan merah sama saperti bendera UMNO ?

Sekira anda tidak tahu anda tidak layak memberi kutukan parti Melayu ,UMNO.Hanya UMNO yang boleh mengekalkan kuasa politik orang Melayu bukan PKR,DAP dan PAS.Dalam masa sama UMNO memelihara hak kaum lain yang termaktub dalam perlembagaan.Nah sekarang DAP/ PR sudah naik setakuk pula mahukan PM dari kaum lain pula saperti the racis and chauvanistic DAP,Lim Guan Eng.Now i say "OVER MY DEAD BODY".Diplomasi ada tempatnya BUT not this request(PM kaum lain) walaupun perlembagaan tidak mengatakan tidak boleh tetapi realitinya Malaysia mempunyai majoriti dari kaum Melayu dan islam ugama rasminya. Terlepas perahu boleh diundur terlepas kata buruk padahnya.PR belum layak lagi memerintah negara pada pandangan saya.Rakyat Malaysia harus meneruskan kesinambungan transformasi Najib.Najib harus diberi mandat penuh.

Wassallam.

@Kampong man -Pemerhati
June 10, 2012 2:17 PM

Anonymous said...

Kita tunggu komen anak saudara Kampungman Quiet Despair. Lama budak tu tak masuk sini. Dengarnya sibuk beli share Felda.Agaknya Aki dia suruh.

Quiet Despair said...

Apa yang dilist out oleh WZWH adalah impian DAP dan konco-konconya. Tetapi ia akan tetap menjadi mimpi sehingga kiamat.
Orang Melayu tidak akan membenarkannya. Demo menyokong Tuanku Sultan Johor adalah bukti kukuhnya ikatan Raja dan rakyat.

Kampungman

Sayapun lahir tahun 80an tetapi pandangan saya amat berbeza dengan Durian Gugur.
Mungkin DG dilahirkan dalam keluarga dan persekitaran yang anti-kerajaan.
Keturunan saya dan semua sedara mara memang penyokong UMNO sejak dulu lagi.Ramai di kalangan sedara yang telahpun meninggal memang pejuang menentang British dan penubuhan UMNO.
Maybe DG was born and brought up in Kelantan or Trengganu. I have a colleague who told me his mother threw anything within reach whenever she saw Tun M on TV.
Lawaknya, yang rosak TV dia dan bukan Mahathir.

Anonymous said...

duit freee dr felDA sape x nakkkk???? gegar2 d pgd piol @ sg retanggg dpt duit senyepppp jeeee. nak bcerai berai pun adeeeeee, duit freeeee leeee. sulTANG @ wAN niii hiasannnnn dunia jeeee

Anonymous said...

suwa suwei kemuning
suwa siwei kemuning
istimewa raja...

nasib do re mi daaaa..

Anonymous said...

Karpal Singh tu bukan pandai nak hormat PERLEMBAGAAN pun .Kalau boleh mereka mahu Malaysia ni jadi Macam Singapura,Negara Republik.Gila punya DAP.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024