Saturday, June 30, 2012

Siapa MB Pahang Selepas PRU 13?

Politik adalah sebarang kemungkinan. Bersediakah rakyat Pahang menerima MB baru PRU 13 dari PAS?

DSD Adnan Yaakob adalah MB Pahang yang ke 14. Sudah hampir 14 tahun Adnan Yaakob jadi MB Pahang.

Sebelum itu sudah ada 13 MB Pahang silih berganti.

Siapa MB Pahang selepas PRU 13?

Itu bergantung kepada sokongan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN. Jika sokongan seperti biasa maka UMNO dan BN memerintah Pahang.

Siapa tokoh UMNO yang akan diangkat menjadi MB Pahang yang baru jika sekiranya berlaku perubahan kepimpinan.

Oleh kerana hanya WZWH blogger sejati Pahang adalah menjadi tanggungjawab WZWH memberi gambaran politik yang sebenar kepada rakyat Pahang.

Kebebasan pemikiran rakyat Pahang adalah hak untuk memilih siapa pemimpin terbaik bagi membawa Pahang maju bergerak pantas.

Kepimpinan baru Pahang perlu mengambil kesempatan semaksimanya dikala DS Najib menjadi PM dalam secara agresif melonjak kemakmuran Pahang.

Pemimpin pelapis perlu kreatif menjadi aset buat Pahang bukan liabiliti yang boleh buat rakyat Pahang menjauhkan diri dari UMNO.

Posting WZWH kali ini meninjau siapa calon-calon pelapis MB Pahang selepas PRU 13?

Persoalan pertama adakah DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang betul-betul serious mahu membuat perubahan kepada kepimpinan politik Pahang?

Jika merasakan kedudukan status quo yang lama sudah memadai maka terserah kepada DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang.

Mahu buat perubahan atau tidak mahu buat perubahan?

Berikut senarai pemimpin-pemimpin pelapis UMNO Pahang yang WZWH boleh ketengahkan bagi mengisi perubahan kepimpinan politik Pahang.

Senarai nama boleh diambil dari beberapa senarai ADUN dan ahli parlimen Pahang.

Senarai ADUN:

  • Dato' Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang) - Exco Penerangan, Sains, Teknologi & Inovasi.
  • Dato' Wan Adnan Wan Mamat (Tanjung Lumpur) - Exco Belia, Sukan & Kebudayaan.
  • Dato' Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai) - Exco Pembangunan Luar Bandar & Hal Ehwal Orang Asli.

Senarai ahli parlimen:

  • Dato Sri Dr.Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis (parlimen Rompin)-Mantan Menteri
  • Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (parlimen Bera)-Menteri Pengguna
  • Dato' Saifuddin bin Abdullah (parlimen Temerloh)-Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Kalau tidak layak belaka calon-calon yang WZWH sebut di atas maka bolehlah DS Najib pilih dari kalangan ADUN-ADUN biasa yang boleh diberi kepercayaan menjaga negeri Pahang.

Kalau susah-susah sangat pilih saja ahli parlimen Jerantut Tan Sri Dato' Sri YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi MB Pahang.

Beliau pemimpin yang paling bersih dalam negeri Pahang tiada punya apa-apa dan paling cultured dalam menstabilkan politik Pahang. 

Beliau anak Raja Pahang yang sangat menghormati dan memahami rakyat Pahang seperti kekanda Tuanku Sultan Pahang.

27 comments:

Anonymous said...

Ds Najib sepatutnya memberikan tu isyen percuma kepada anak-anak Pahang tetapi malangnya Selangor dijadikan sebagai projek perintis...mengapa? Kalau PM dari Pahang tidak mendahulukan Pahang apa lagi yang boleh diharapkan...Apa semua org Pahang kaya-kaya ke. Bukan semua ibu bapa di Pahang mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen berbayar terutamanya yang di ceruk-ceruk kampung. saudara wzwh patut perjuangkan yang ini supaya anak-anak Pahang tidak berada di belakang.

Anonymous said...

bro .... tuisyen percuma hanya untuk anak-anak di negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat .

Terengganu dulu masa dalam PAS dapat Tusyen Percuma

Kelantan juga dibawah pemerintah PAS dapat Tusyen Percuma

Selangor juga dibawah Pakatan Rakyat dapat tusyen percuma .

Pahang nak tusyen percuma ? TUKAR LAH BRO

Airil Razali said...

Datuk Wan Adnan Wan Mamat bgtau dia adalah MB lepas election. Ini dia sendiri bgtau. Jom tggu

Anonymous said...

Lupa tentang mb Umno sebab kebolehannya sama saja ........... Mengikut Aja


Tapi untuk maklumat orang Jerantut

Sekarang dekat tanjung bungor Ada kemudahan ferry untuk menyeberang sungai jelai Dan Ada jalan kampung / ladang yang boleh kereta lalu hingga ke batu balak Dan mungkin akhirnya sampai ke Kpg Jong belaboh.

Dan Sekarang Di mela, sebuah jambatan sedang Di bina untuk sungai jelai.

Apadah berlaku untuk orang Jerantut.

Cuba fikirkan
Cuba fikirkan
Cuba fikirkan

Apa yang Ada Di Jerantut

Orang kaya berempat berpindah ke Pekan
Puak wan tak tahu buat apa-apa
Budak 16 tahun fikirannya singkat

Bolehlah puak Jerantut tumpang lalu ikut gala daerah Lipis.

Anonymous said...

Salam engku dan semua2...,

Baguslah begitu sebagai peringatan. Jika tidak jadi pembangkang mungkin batu nisan pun tiada lagi bagi Umno di Pahang... Erti kata sapu BERSIH. Jika dilihat dari sudut politik orang Pahang juga matang untuk menilai siapa yang bagus sebagai pemimpin berwibawa. Masyarakat tidak lagi dibelenggu masalah keciciran pemikiran. Sesungguhnya mereka tidak punyai pekerjaan dengan imbuhan lumayan, mata hati mereka memerhati setiap gerak geri pemimpin. Pemimpin atau siapa bergelar wakil rakyat tidak ada maklumat untuk membantu memajukan masayarakat, jika ada pun hanya cuan sendiri. Awas rakyat setiap ceruk kedai kopi, hutan, dalam perahu pun mereka bercakap mengenai kerakusan pemimpin yang tidak kenal lagi pengundi selepas mereka berjaya mengkantoikan rakyat. lhat saja ada yang sampai berbini dua tiga empat, tapi hidup masih dalam kemewahan. Tapi kekayaan mereka di"susup" "sembunyi" dari rakyat jelata. Ingatlah jika jadi pembangkang nanti barulah tahu kononnya pemerintahan silih bergati tak tahu buat kerja. Cuba fikirkan apa kerja kamu buat selama hampir 60 tahun menjadi kerajaan...

Wassalm...

Banir dah lama tak jelajah. Bukan minat sangat nak tukar, tapi mereka yang minat untuk ditukar.

Anonymous said...

nampaknye komennn ini hsrus di SOKONG SOKONG SOKONG jangan pilih dah BN Umno Mca MiC ke ape ke yang berkaitan dngnyeeeee, MB Pahang mesti Baru tapi bukan dr BN....... ingat ktrunan WAN haaaaaaa, org Inderapura tak panfdangpunnnnn WAN WAn nieeeeeee

Anonymous said...

ambik deme je jadi calon Wan

Durian Gugur said...

senarai yg WZWH tulis diatas tiada satu pun di kalangan anak jerantut.
mana pemimpin umno jerantut??tak layak ke??jika di kalangan ahli umno tiada anak jerantut layak dicadangkan sebagai MB Pahang, mari kita beralih kpd pakatan rakyat.
kepada pengundi jerantut:- jika anda mengundi PR (PASS-DAP-PKR) Pada pru 13 nanti,insyaallah MB dari pakatan PR akan diserahkn kpd org Jerantut iaitu ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.mari lah kita sama - sama masukkan dalam sejarah negeri Pahang bahawa org Jerantut juga layak jadi MB.

dowLAH said...

adun Lancang paling sesuai. Ku Lan ok gok ..

Anonymous said...

Yang gemok pendek tak ada leher bercakap kuat-kuat tu awak tak calonkan jadi MB ke? Segan kot? Apa dia bukan MB Pahang material ke?

Anonymous said...

Klu yang gemok pendek tu tak payah le...DUN dia pun confirm tak selamat.. lagipun habis Pahang ni dijualnya kalau dia jadi MB.

Anonymous said...

molek benarlah kalu tuen brahim jadi MB.

Anonymous said...

Tuan ibrahim tuan man tu orang jerantut ke? setahu kawan dia ni orang kelantan, sebab org jerantut takde nama tuan,tuan kat pangka nama, rasanya lah, sorry ye kalu tersilap

Anonymous said...

Memburu babi di kg Pedah
tangan pula digigit sesumpah
Siapa MB aku ta kesah
Jangan Tuan Berahin yg angkat sumpah

Anonymous said...

Wan zurik,

Apa susah nya kau pecah kepala memikirkan nya. Calon yang umphhh... ialah.......YB Dompok je lah. Lihat pahang akan maju kedepan kalau tida undur belakang. Penasihat nya awak lah. pasti maju punya tidak di alam nyata , alam siber dan alam maya. pa katek ong,

Anonymous said...

He he
Sama2 bagi orang kampung faham politik
Biar mereka produktif

Bukan setakat nak lepas hidup sendiri

Anonymous said...

Tuan berahim calon mb? Kesian org pahang, semua bg kat org. Padan muka. Tuan berahim ni betul ke asal keturunan phg. Padan muka padan muka...

Jiwa Islam said...

Assalamualaikum....cerita pasal MB UMNO tapi gambar letak Abe Him bertujuan untuk provoke...hehe...

Sebut pasal tuan Ibrahim ni orang mana,sememangnya beliau anak jati jerantut...lahir di Batu Balai dan mendapat pendidikan rendah dan menengah pun kat pahang,,hingga sekolah tinggi Agama sultan Abu Bakar pun kat pahang....kalau nak sebut peringkat ayah dan keturunan asal Wan Zamzuri sendiri saya yakin bukan asal orang Pahang...kalau tak datuk mungkin moyang orang datang....begitu juga yang lain yang dok taksub sangat pasal keturunan ni....Kalau ikut keturunan atau kenegerian Nabi Muhammad SAW tak layak tadbir Madinah sebab baginda orang Mekah...tapi orang Madinah tetapi berlapang dada kerana sememangnya Rasulullah SAW dan para sahabat adalah orang yang layak mentadbir. Fikir-fikirkanlah dan belajarlah memahami Sirah nescaya anda akan memahami Islam...

Anonymous said...

benarkah keturunan WAN bukan berasal dari pahang?wzwh sila komen..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:06,
Keturunan Wan Pahang berasal dari keturunan keturunan Bendahara memegang title Tun. Moyang asal berasal dari Johor lama. Keluarga ini hasil kesinambungan dari Empayar Melaka dan Empayar Johor Pahang Riau.
Lebih kurang lebih 300 tahun keluarga Wan memerintah Pahang. Bila Bendahara Wan Ahmad istihar sebagai Sultan pada akhir kurun ke 19 maka keturunan Wan dari Sultan Pahang moden yang pertama telah upgrade kepada title Tengku. Hanya sebahagian keluarga Wan dari Pekan, Chenor dan Tembeling mengekalkan title Wan. Menjawab soalan Anon 3:06 memang keturunan Wan berasal dari Pahang hanya keturunan asal bergelar Tun berasal dari Johor lama.

Anonymous said...

kenapa hanya negeri phg,kelantan,terengganu,kedah,perlis dan pulau pinang yg punyai keturunan ni?
apa kaitan diantara mereka?bukankah semua keturunan wan berasal dr kerajaan melayu pattani.sbb saya mempunyai kawan yang berketurunan wan org kaya besar kuala lipis dan menyatakan beliau mempunyai saudara yg ramai di kelantan. terdapat juga cerita yg mengatakan Wan dr tembeling adalah keturunan yg merajuk dr kuala lipis?

Jiwa Islam said...

Assalamualaikum... WZWH....saya dulu pernah sekolah rendah kat Merting dan pernah Sekolah Menengah kat SMA Kuala Tembeling...pernah sembang dengan orang tua-tua dari Ulu Tembeling termasuk kerabat WZWH sendiri....ada orang tua kat Ulu Tembeling cerita kat saya asal keturunan Wan kat Ulu Tembeling tu ada sesetengahnya berasal dari keturunan Wan yang berhijrah dari Terengganu....macam mana pulak ni...?

Jiwa Islam said...

Sebab itulah saya nak ingatkan tak perlu berungkit soal keturunan atau bangsa...sebab ia tidak ada guna... Silalah sahabatku sekalian renung kembali pesanan Rasulullah SAW ketika baginda berkhutbah " Wada' iaitu Khutbah terakhir sebelum Baginda SAW wafat...antara isinya berbunyi..." TIDAK ADA KELEBIHAN BANGSA ARAB TERHADAP ORANG AJAM ( BUKAN ARAB ) DAN BEGITU JUGA TIDAK ADA KELEBIHAN BAGI ORANG AJAM TERHADAP ORANG ARAB.........(dalam khutbah WADA'yang panjang itu sarat dengan nasihat kepada kaum Muslimin....maka jadilah Muslimin yang berfikir dan berusaha mendekati Penciptanya...InsyaAllah akan ketemu jalannya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
This comment has been removed by the author.
Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Jiwa Islam,
Memang sesetengah keluarga Wan Ulu Tembeling berasal dari keluarga Wan yang berhijrah dari Terengganu. Mereka berhijrah kerana gagal memerintah Terengganu atau sebahagian wilayah Terengganu. Mereka dari keturunan Sultan Zainal Abidin I ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor (Sultan Terengganu pertama). Keluarga Wan Pahang adalah dari keturunan Bendahara Tun Abbas Ibni Sultan Abdul Jalil IV. Sultan Abdul Jalil IV juga dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang adalah Sultan Johor yang pertama dari keturunan Bendahara. Sultan Johor, Sultan Pahang dan Sultan Terengganu adalah dari moyang yang sama.

berumba said...

yes..selepas melihat dan membaca dari komen kalian diatas jelaslah, orag jerantut hanya memntingkan latar belakang keluarga shj..patutlah banyak saham felcra dan imbuhan lain makan dek sedara mara shj..dari mane pun asal seseorang tu bukanlah ukuran tp niat yang dibawa dalam membentuk dan menggerakkan sesuatu patut diukur..kita duk bercerita disini tp semakin ramai 'Lim Ah Cap' yang sedang berusaha untuk menjadikan jerantut jajahan mereka..jangan sampai keturunan2 kita duduk di tanah saudagar yang dtg dari negara china ni dah la..
masa tu ape? nak ngaku kita ni asal dari sana pulok..
yang penting adalah bagaimana nak menjadikan jerantut antara daerah yang berkepentingan di pahang.
lihat Sukma kat pahang, tiada satu acara pun berlangsung di jerantut.
ngape?
sebab parlimen jerantut sendiri tak berusaha untuk melobi untuk ini yg mana kesannya amatlah positif walaupun acara sepak takraw dijalankan di dewan sekolah 'CINA'..
opps 'CINA'..
sekian

Anonymous said...

[url=http://sverigeonlinecasino.net/ ]internet casino [/url]would be easy to quarrel with him." http://casinoonlinebonussverige.com online casino best online casino bonus knives, and bludgeons. All your pigeon breasts clubbed together had not

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...