Monday, June 4, 2012

Empangan Hidroelektrik Tekai

Empangan Hidroelektrik Tekai bila siap dibina.

Usul Pembinaan Empangan Hidroelektrik Tekai telah dibawa oleh WZWH pada Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan diterima tanpa bahas dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada 2009.

WZWH berminat bawa usul ini kerana Sungai Tekai adalah salah satu anak Sungai Tembeling di DUN Tahan Jerantut. Rasional usul ini selain memenuhi keperluan tenaga negara boleh menjana pertumbuhan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut.

Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga telah meluluskan Projek Empangan Hidroelektrik Tekai ini yang akan dibina oleh TNB melalui usahasama dengan Syarikat Swasta.

Dalam Mesyuarat MMK Negeri Pahang yang terbaru telah meluluskan tanah yang mana "akan ditenggelamkan" bila empangan beroperasi.

WZWH gembira kerana akhirnya kerajaan bersetuju mahu bina Empangan Hidroelektrik Tekai. Walau loji nuklear yang WZWH bawa usul dalam Mesyuarat Pemuda UMNO dan Bahagian Jerantut pada 2010 belum lagi mendapat respon dari kerajaan kerana berhati-hati mengendali isu nuklear setelah bencana yang terjadi di Loji Nuklear Fukuyama Jepun.

Berapa kos pembinaan Empangan Hidroelektrik Tekai? WZWH tidak tahu kajian yang terbaru yang menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan kajian kerajaan pada awal tahun 1970an dan kajian Agensi kerajaan Jepun pada awal 1980an sedikit fakta:

Kapasiti elektrik : 156 MW
Kawasan Tenggelam : 80km2
Perpindahan manusia : 82 orang (Orang Asli)

Kos pembinaaan empangan ialah RM4 juta per MW. Maka 156 MW x 4 = RM624 juta

Jika teknologi terkini boleh mempertingkat kapasiti kepada 200MW maka kos pembinaan boleh mencecah  RM800 juta. Oleh kerana lokasi di pedalaman ada kos tambahan. WZWH menjangkakan kos boleh mencecah RM1 -1.5 bilion.

Walau kos kapital initial outlay tinggi namun kos penyelenggaraannya dan operasi lebih rendah serta penggunaan empangan hidroelektrik boleh digunakan melebehi 50 tahun masih lagi pelaburan kerajaan ini berbaloi.

Di Semenanjung Malaysia kapasiti elektrik negara ialah 18,000 MW. TNB hanya mampu menyumbang 35% manakala 65% oleh IPP. Kita tahu kos IPP membebankan kerajaan kerana 'agreement yang bodoh'.

Tenaga elektrik dari hidro menyumbang 10% sahaja. Diharap pembinaan Projek Enpangan Hidroelektrik Tekai menambah lagi penambahbaikan capacity mix tenaga yang sekarang gas 62.9%, arang batu 26.7% dan hidro 10%.

Bagaimana dengan cadangan pembinaan Empangan Tembeling? Itu projek penuh kontroversi mendapat tentangan dari rakyat tempatan pada awal 1970an dan 1980an. Felda Padang Piol yang diperuntukan pada awal 1970an itulah Felda tertua di Jerantut dicadang sebenarnya untuk orang Tembeling yang akan dipindahkan namun projek itu ditangguhkan. Begitu juga dengan Felda Sungai Retang.

Projek Empangan Hidroelektrik Tekai boleh diterima oleh rakyat Jerantut dan Pahang kerana tidak melibatkan kawasan penempatan manusia. 

Bolehkah rakyat Pahang menerima loji nuklear? Dalam Konvensyen Ekonomi Pahang pada Mac 2012 semasa berbengkel Bahagian Tenaga dan utiliti, WZWH pernah membangkitkan isu ini. Walau mendapat tentangan dari majoriti peserta dan barisan panel namun jika kita tiada pilihan, bila semua negara jiran dan kuasa besar ekonomi Asia dan Timur Tengah 'go for it" apa pilihan yang kita ada?

Nasib baik MB Pahang yang mencelah menyokong pandangan WZWH!

11 comments:

Anonymous said...

En Wan,
(1) Kalau cadangan agar PAS bersatu dengan UMNO dalam keadaan UMNO dah nak nazak dan agar UMNO terus berlagak kononnya sebagai 'pembela Islam/melayu', aku tak setuju. Tapi kalau UMNO masuk PAS (menerima ideologi PAS) aku sokong 100%.
(2) Projek Elektrik Hidero yg dicadangkan oleh EN Wan, aku sokong 100%...cuma kos pembinaan serta kesan terhadap alam sekitar perlu dikaji betul2. Kontrektor yg akan melaksanakan tugas besar ini mesti dipilih melalui tender terbuka...

(3) Aku jangkakan Datuk Nazri pasti tak setuju kerana dah tak ada kesempatan memangang kijang Lembah Tekal.

TelokPerang said...

Jangan perasan la PAS pis pos tu kuat..kita tengok la sape yg tumbang nanti pada PRU 13. Biar timpa bangunan jgn timpa perasan...hehehe... PAS penyokong PKM (Parti Komunis Malaya) harus ditanam pada PRU 13..

Anonymous said...

kontraktor dipilih secara terbuka tak bleh lah. dah ada syarikatnya. konsortium merapoh ker aper ker. tak ingat akuk... kira hak orang melayu lah jugak..tak gituh wan?

Anonymous said...

Orang2 UMNO selain Wan & the geng jangan dok perasan sangat nak bolot pokok balak2 yg akan ditebang dikws pembinaan empangan. Wan dah cop awal dah!!

Anonymous said...

Anon 1:25PM,
TQ kerana tuduh PAS sebagai penyokong PKM. Awok tau tak, UMNO yg jadi darah daging awok tu mengamalkan ideologi kapitalis sekular. Antara sokong dengan amal, rasanya jauh lebih buruk kalau amal. Awok tau ke mender apa itu kapitalis sekular...kalau tak tau, gi mengaji usuludeen.

durian gugur said...

"Pas vs Umno" tak perlu gadoh2.org atas pagar dok perati gelagat dan tulisan kita.ttg projek tu setuju sangat demi pembangunan dun tahan.ttg IPP tu pun setuju sbb kenapa perlu tunduk kepada perjanjian berat sebelah.selagi umno berkuasa mohon campurtangan segera ttg perjanjian tersebut.Jika umno tidak berupaya,kita akan tagih pakatan rakyat untuk realisasikan.
pakatan umno dan pas sebenarnya mudah untuk direalisasikan.contohnya umno buat je hukum hudud, ahli pas akan kembali kepada umno.apa nak takut kpd mic,mca dan gerakan?hari ni pun bn memerintah atas kekuatan umno dan bukannya kekuatan rakan barisan.jika umno buat hudud,org melayu islam pas akan menyeberang kepada umno.apabila islam kuat,melayu akan turut kuat dan apabila islam lemah melayu akan jd layu.
kpd umno,jika benar berjuang untuk orang melayu jgnlh asyik jaga mamak je..jage la juga melayu pemungut kayu api ni...ni sbb utama rakyat perlu berubah dan mengubah.

adrianiamri said...

empangan tekai.. entah ler.. kawan berat tak setuju.... Kononnya akan mengurangkan beban kerajaan terhadap subsidi kepada IPP.. Ingat kerajaan tak bayar kepada TNB subsidi elektrik...

Ya.. TNB milik kerajaan...Tapi ingat bukan sepenuhnya.. Bila2 masa kerajaan boleh menjualnya di pasaran terbuka.. Try cari siapa kebanyakan pemilik2 TNB ni..

Jawabnya 2x5... Jimat disana, perabih di sini... siap ada tambahan perencah boleh dapat...

So, bagaimana nak support elektrik negara,, Nuklear takut pulak..(tapi macam nk jalan juga..).. Senang sahaja, apakah sumber yang paling murah dan senang didapati di Malaysia?>>>

Ya.. Betul.. Solar.. Untuk pengetahuan semua.. Malaysia adalah negara ketiga pengeluar alatan solar dunia.. Tapi pelik kenapa industri solar macam takde berita?..

Tepat sekali.. Halangan dari pihak pemerintah yang tiada kesungguhan untuk menjadikannya sumber utama.. Mungkin takut pihak lain akan terjejas sumber pendapatan...

Kos solar amat kompetatif.. Bayangkan di Bangladesh, ada inovasi untuk menjadikan peraltan solar sejumlah Kurang RM500 totalnya untuk menjana keperluan elektrik sebuah rumah setiap hari... (try tanya pak google..)

So, anda berkuasa.. Buktikan berita ini salah.... Kalau IPP boleh diberi subsidi semata-mata kepentingan rakyat... Fokus harus kepada solar beb...

Kampong man said...

Anon 1.05,

Saya sangat mengalualukan gabungan UMNO dan PAS.The decision cannot cannot be unilatetal.Sdr cadangkan UMNO masok PAS dan salahkah PAS masok UMNO ?.Soalan siapa masok mana tidak penting.Maka jita harus teruskan muzakarah dan open the door wide kata orang puteh.

1) Saya tidak fikir UMNO lemah dan nazak.Saya yakin Putrajaya kepunyaan Najib, orang Pahang lagi.

2) Rakyat harus menolak DSAI .Tidak perlu saya panjangkan sebabnya.

3) Orang Melayu Islam juga harus menolak DAP yang chauvanistik dan racis .

4) Kenapa PAS sentiasa di diperalatkan DAP dan PKR ?.Sikap kedua parti ini tidak dapat diterima majoriti orang melayu.Ini realiti .
PAS harus kuat dan menang kerusi terbanyak dalam pakatan.Lihat fakta PRU 12 dengan PAS(23) , PKR (31) dan DAP(28) dan UMNO(77) .Dimana kedudukan PAS.5Saya tidak afa masaalah dengan PAS .Sekira hudud di Kelantan pun tidak dapat dilaksanakan bagaimana dengan kuasa suara kecil di Parlimen. ?

5) Pilihan mengundi ditangan kita semua.Orang Melayu harus buang sikap terlalu emosi dan marah pada pemerintah. Kita mahu negara ini di terajui parti Melayu Islam yang kuat dan tuan tuan tahu pilihannya.

6) Saya masih mengharapkan gabungan mantap UMNO- PAS untuk Malaysia.When that happen things will fall in place.We will achieve unity among Malaysians,Political stability- a prerequisite for economic development and investment into the country.
Fikirkan , kita harus bersatu untuk maju bukan bercakaran .Wasallam.

@Kampong man - pemerhati biasa.

Anonymous said...

Salam Engku

Semua itu matlamat bertujuan bagi menghalalkan cara... Debat Umno Pas sampai bilapun tak berkesuduhan. Tak pernah duduk bersemuka tapi terus bermasam muka, sedangkan Palestin dan Israel ada orang tengah untuk mencari titik perdamaian, walaupun kononya. Malang bagi Umno Pas tiada siapa kedua2 pihak untuk dipertanggungjawabkan. Ingatlah bahawa Melayu ini akan mati dalam tiga cara+++ 1. Sebab perbalahan politik (kata mengata dan bunuh membunuh sesama sendiri); 2. Sebab gejala dadah dan dedah; 3. Mati Merempit.

Pandangan sempit kawelah cuba tengok (ini agak sensitif) bangsa lain adakah beranak lahir mati, mati semasa bayi jika ada pun yang dah tua kerepot ganyut mati... Takda yang mati merempit... Bukan kawe soh jadi supa Singaporak, nanti nak azan pun hanya boleh dengar dalam masjid sahaja...

Ikhklas dari Banir dah lama tak menulis. Cuba beri komen ikhlas sedara2ku di Alur Tembeling khasnya di Kg Sat dan Kolatahan...

Fikir2lah.

adrianiamri said...

kenapa orang Malaysia terutamanya di blog ini, orang suka memberi komen yang lain dari tajuk posting yer...

Jangan risau tuan-tuan sekalian, wzwh akan menulis topik kesukaan anda semua nanti... Bila tiba masanya, komen puas-puas di situ....

Anonymous said...

Projek ini tidak patut dilaksanakan...yg memberi idea projek ini memang jenis yg peka kpd alam sekitan terutama kelangsungan Taman Negara di Ulu Tembeling..lihat sahaja belum apa2 kelulusan dari EIA dibuat siang malam kayu balak dikawasan itu di tarah dan diangkut keluar..sebenarnya nak buat empangan atau nak ambil balak di hutan simpan Tekal..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024