Politik Malaysia sebenarnya boleh diselesaikan melalui 'santai minum teh tarik' namun ahli politik Malaysia punya berbagai selera dan kemahuan yang lebih bersifat peribadi 'selfish' tanpa memikir kesan kepada agama, bangsa dan negara dari segi jangka panjang.
Keputusan PRU 13 bergantung kepada keupayaan kepimpinan DS Najib yang dijangka mengatasi Anwar Ibrahim dalam menangani isu megatrend PRU13.
Pakatan Rakyat melalui persepsi mahu rakyat percaya BN tidak boleh mengurus megatrend dengan berniat mahu orang muda berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat.
UMNO melalui BN kata kestabilan sosial menghasilkan pertumbuhan ekonomi dan hanya UMNO yang kuat, jitu dan mantap boleh menjamin kestabilan sosial.
Trek rekod UMNO selama 50 tahun ini membuktikan bahawa kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia hasil dari dasar-dasar politik BN.
Pakatan Rakyat mendakwa tadbir-urus yang baik dan keadilan sosial adalah syarat-syarat utama pertumbuhan ekonomi dan kestabilan sosial.
Pakatan Rakyat menyalahkan BN diatas kelembapan dan salahurus ekonomi Malaysia, ketegangan hubungan antara kaum, salah guna kuasa, perpecahan ras dan agama disebabkan politik yang dimanipulasi BN.
Menyalah semua kejahatan atas nama BN itu saja yang Pakatan Rakyat boleh cakap tanpa bukti-bukti yang boleh menyakinkan majoriti rakyat.
Ada 5 megatrend yang rakyat mahu samada BN atau Pakatan Rakyat boleh menyakinkan mereka bahawa cukup berbaloi untuk membuat pilihan:
- Prestasi ekonomi
- Perubahan demografi
- Urbanisasi
- Islamisasi
- Sabah/Sarawak
Prestasi meningkatkan pendapatan rakyat terutama. Bagaimana BN boleh melepasi 'the middle-income trap'. Penyenaraian Felda global satu ledakan ekonomi.
70% penduduk Malaysia dibawah umur 40. 70% penduduk Malaysia tinggal dibandar-bandar.
Kefahaman dan penghayatan Islam meningkat walau majoriti rakyat Melayu sebenarnya tidak begitu memahami apa itu pemikiran Islam yang sebenar menyebabkan sering berlaku salah faham Islam.
Bagaimana mahu melayan karenah sentimen Sabah dan Sarawak dan menambah kepercayaan kepada BN atau Pakatan Rakyat.
Strategi ekonomi BN dipersoal di era global yang semakin mencabar. Strategi ekonomi BN perlu berubah. Pendapatan rakyat Malaysia yang masih rendah bergantung kepada model ekonomi lama perlu dipertingkatkan.
BN perlu transformasi mencuba model ekonomi baru bagi meyakinkan rakyat.
Orang muda yang merupakan 70% dari penduduk Malaysia lebih memfokuskan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka seperti kualiti kehidupan dan kos sara hidup.
BN diakui adalah pakatan politik berbilang parti yang paling lama memerintah dalam dunia. Manakala Pakatan Rakyat adalah pakatan tidak formal antara parti-parti yang cukup berbeza ideologi dan pemahaman politik.
Pemimpin yang tidak dipilih secara demokrasi iaitu Anwar Ibrahim mengetuai Pakatan Rakyat yang setakat hari ini boleh lagi menyiapkan arah politik yang masih didengar oleh DAP, PAS dan PKR.
Kebergantungan Pakatan Rakyat kepada karisma Anwar Ibrahim tidak melepaskan Pakatan Rakyat dari risiko-risiko yang rakyat sering perkatakan.
Transformasi BN mengurus megatrend PRU 13 bergantung kepada DS Najib dalam mengepalai jentera kempen dalam PRU yang paling penting dalam sejarah politik Malaysia.
No comments:
Post a Comment