Saturday, June 8, 2013

Kemana Perginya Lebah Madu Tualang Tembeling?



Hampir 4 tahun stok madu tualang hutan Tembeling yang sangat berkhasiat tidak dapat dibekalkan kerana tiada sarang.

Kalau ada claim dia boleh bekal madu tualang Tembeling sekarang itu palsu. Walau madu tualang Tembeling harganya lebih mahal RM200-250 sebotol kati tapi tetap ramai orang beli.

Kontraktor-kontraktor  Jerantut suka beli madu tualang Tembeling buat bagi hadiah kepada Pegawai Kerajaan, Pegawai Kementerian, dan Menteri.

Dulu secara tradisi orang Ulu Tembeling biasa mempersembah madu tualang Tembeling kepada Raja.

Kenapa madu tualang Tembeling special? Ini madu asli dari hutan yang berusia lebih 130 tahun dengan pelbagai spesis bunga-bunga.

Rasulullah bersabda lebih kurang @ Al-Quran kata, " madu itu pengubat segala penyakit.."

Madu adalah rawatan perubatan kuno yang sudah digunakan sejak beberapa abad lalu untuk merawat ulser, penglupasan, jangkitan di mata, tekak dan menyembuhkan luka akibat terkena peluru.

Makan madu Tualang Tembeling dengan dua biji telur ayam kampung separuh masak amalan baik untuk kekuatan batin lelaki. Ini semua orang UMNO, PAS, PKR dan DAP setuju tiada debat lanjut lagi!

Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan di DUN Tahan, Jerantut ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara.

Madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser, di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak.

Isu sekarang kemana perginya lebah madu tualang Tembeling? Kenapa menghilang?

WZWH menegaskan ini isu yang serious dan perlu ahli-ahli politik dan saintis serta kerajaan mengambil perhatian.

Sebenarnya  kegunaan paling berguna lebah madu ialah sebagai pollinator-agen pendebungaan yang menghasilkan produktiviti hasil pertanian bagi makanan manusia.

Saintis mengatakan kini kita mungkin di ambang "peak honey bee colony".  Lebah madu di Amerika dan Eropah semakin menghilang. Di hutan Tembeling pun lebah madu sudah berkurangan. Kenapa phenomena ini berlaku?

Lebah madu ini keluar meninggalkan sarang dan tidak kembali lagi menyebabkan lebah madu ini akhir mati.

USDA-Jabatan Pertanian Amerika mengatakan ini dipanggil colony collapse disoder (CCD). Hasil pertanian Amerika 1/3 adalah dari aktiviti pollination tanaman pertanian yang bernilai USD200 bilion setahun.

Pentingnya lebah madu di Amerika ada bisnes menyewa lebah madu yang diternak dibawa dengan treler pergi ke ladang-ladang di seluruh Amerika. Industri menyewa madu lebah memberi pulangan yang lumayan.

Dengan banyaknya koloni lebah madu menghilang dan mati, setiap tahun penternak lebah madu Amerika rugi USD 2.5 bilion.

Antara punca CCD ialah:

  • Parasit kutu
  • Virus dan bakteria
  • Racun serangga seperti neonicotinouds menggangu radar lebah madu
  • Stress kerana aktiviti sewa lebah madu mengembara jauh bersama treler
  • Perubahan cuaca dunia
  • Kehilangan habitat
  • Daya elektromagnetik (kemungkinan)

Di Jerantut adakah aktiviti perladangan dengan racun serangga pesticides boleh membuatkan lebah madu Tualang menghilang.

Atau pemusnahan habitat akibat penebangan balak yang ketara di hutan.

Perlukah orang kampung digalakkan termasuk peneroka-peneroka Felda supaya menternak lebah madu supaya bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan tetapi membantu menyuburkan hasil-hasil pertanian dengan lebah madu itu membantu proses pollination-pendebungaan.

Mungkin susu getah lebih pekat, banyak keluar. Mungkin buah kelapa sawit lebat dan berkualiti. Mungkin buah-buahan dan sayur-sayuran lebih produktiviti.

Ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut perlu diberi keutamaan dengan bantuan kepakaran dan peralatan serta subsidi dari Kementerian Pertanian bagi menternak lebah madu. Menterinya dari Pahang!

Sejauh mana kesan CCD atau kehilangan koloni lebah madu Tualang Tembeling boleh memberi kesan kepada industri pertanian Pahang?

WZWH tidak boleh menjawabnya....

11 comments:

Anonymous said...

Antara punca CCD ialah:

Parasit kutu
Virus dan bakteria
Racun serangga seperti neonicotinouds menggangu radar lebah madu
Stress kerana aktiviti sewa lebah madu mengembara jauh bersama treler
Perubahan cuaca dunia
Kehilangan habitat
Daya elektromagnetik (kemungkinan)


Di Jerantut adakah aktiviti perladangan dengan racun serangga pesticides boleh membuatkan lebah madu Tualang menghilang.

Atau pemusnahan habitat akibat penebangan balak yang ketara di hutan.

Jawapan yang mudah WZWH telah berikan disini "Atau pemusnahan habitat akibat penebangan balak yang ketara di hutan" dan "rakus".

Anonymous said...

lebah sgt gemar membuat sarang didahan2 pokok tualang hampir 80% dari sarang2 nya,habitat nya memang begitu. pada tahun 1999 pihak frim atau ibu pejabat perhutanan kepong telah mengeluarkan arahan larangan atau memharamkan sama sekali penebangan pokok2tualang bagi konsesi kawasan2 pembalakan diseluruh malaysia termasuklah di pahang,tetapi telah di bantah keras oleh tokey2 balak,ringkas nya mengapa pihak kerajaan negeri mengikut telunjuk tokey2 balak ini,perkara ini kena tanya kerajaan negeri.??????jabatan perhutanan cuma menjalankan arahan.dan kuasa yang paling besar ialah kerajaan negeri.jangan kita terlepas pandang perkara ini,nampak mcm kecil,tapi demi madu2 lebah tualang yang sgt byak khasiatnya,kita kena bertindak segera, moh kita tanya menteri besar dato nan,dia yang ada kuasa,,

Anonymous said...

Lebah skg suka berihat pada pokok.jambu jer manisan byk

Anonymous said...

bukan setakat madu jer habisnye...
sampai ke air2 pun kotor dibuatnya..
kerja sape...?
puak2 rakus yang tak ada hati dan perut (walaupun perut buncit) menebang pokok sesukati hati ..

Anonymous said...

kerja mengumpat orang memang kerja kau.maklumlah pahala kau melimpah ruah,nak juga sedekah kat orang gatek.

Anonymous said...

yg aok tersa pasai ape. aku tinguk xder saper pun ngumpat. aok ni ada ati ker saper ke, rugiler mace aok ni pahala banyak, tapi timbangan akan jadi kurang, kerana syak wasangka.

Unknown said...

A.B.U= ALLAH BERSAMAMU UMNO .

Laku kan yg terbaik demi untuk rakyak khusus nya penduduk DUN TAHAN .Pedulikan apa org nak kata , nak fitnah . Bukan kita yang tanggung dosa itu . dia org hanya tahu mengumpat , memfitnah sahaja . Cuba pulak korang duduk di tempat orang yang korang maksudkan , apa yang korang fitnah itu lah korang dapat , bsemua orang buat tak betul . Kalau korang pandai sangat masuk bertanding lah .

Ini adalah pepatah orang putih : YOU GET BACK WHAT YOU GIVE maksud melayu nya gini awak ambil balik apa yang awak bagi .

Satu ketika dulu di muktamar PAS , PAS pernah mendoakan kehancuran UMNO . tapi sekarang ni korang tengok ALLAH bayar tunai atas dunia PAS banyak KALAH kerusi dalam PRU13 yang lalu . Satu ketika dulu orang ramai sumpah TUN DR MAHATHIR supaya mati cepat , tAPI korang tengok sampai sekarang pun masih lagi sihat walafiat .

Pemimpin PAS , PKR dan DAP cakap jangan baca UTUSAN , BH , jangan tengok TV1,2, dan 3 . Padahal diaorg pun baca dan tengok TV . p
lepas baca dan tengok diaorg pun spin dan fitnah walaupun cerita tersebut benar dan demi untuk kebaikan rakyat . Sekarang sapa fitnah sapa .

SEDAR LAH BANGSA KU MELAYU OII ...

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Kalau lebah-lebah tu boleh mengundi

Deme tu pasti mengundi Pas

pas anti orang gila said...

hei,dulu awaklah yang hebat sangat mengempen ke pas.habuk pun tarak.orang tak undi pas sebab menyampah ke awok yang terkekeh-kekeh macam orang gila.awoklah yang menyebabkan pas kalah!aku ahli pas pun mnyampah ke awok.

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Di bukan orang Pas weh rodong

Kas kenal tentu di......

Anonymous said...

Rizuan Puteh

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...