Saturday, June 29, 2013

Peranan Keluarga Wan Mengembangkan Ajaran Dan Syiar Islam di Pulau Tawar dan Jerantut



Keluarga Wan di Tembeling, Jerantut adalah dari keluarga yang pada asalnya sudah menjauhi politik dunia hanya mahu beramal ibadat dan beruzlah. Sebab itu Tun Pedah Yusuf (Tun Da) bin Bendahara Tun Abdul Majid (1720-1802) bawa diri ke Pedah-Tembeling kerana kecewa tidak boleh memerintah Pahang.

Tun Abdullah anak Tun Da cuba claim hak ayahandanya tapi gagal juga. Kedua-dua Tun Da dan Tun Abdullah dinafikan hak mereka di Istana Riau. Kerana tiada darah Bugis dalam darah mereka hanya darah pure 100% darah Bendahara menyebabkan terlepas peluang.

Yang ada campur darah Bugis walau setitik menjadilah Raja di Pahang!

Sebab itu Tun Abdullah berpesan kepada cucu-cicit jangan berpolitik carilah jalan agama...beruzlahlah. 

Maka WZWH boleh katakan moyang-moyang WZWH dulu-dulu mahu mencari jalan yang lurus, hati yang bersih. Jangan berpolitik jadilah philosopher.

Posting WZWH kali ini bukan hendak mempersoal politik tradisonal dulu-dulu, itu benda yang lepas lagi pun WZWH dan keluarga taat setia kepada yang memerintah sekarang. 

WZWH mahu tulis pasal peranan keluarga Wan dalam mengembangkan ajaran dan syiar Islam di Jerantut, Tembeling dan sekarang Pulau Tawar.

200 tahun dulu Engku Khatib (Wan Endut bin Tun Abdullah) telah menyebarkan Islam di Ulu Tembeling.

Engku Khatib Imam Perang: Peranannya dalam Penyebaran Islam di Ulu Tembeling oleh Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff dan Fairuzah Hj Basri sila klik sini.




Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib yang batu nesannya dari Acheh di Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khadija dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku @ Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.

Berdasarkan laporan etnografi yang dikumpulkan di Kampung Bantal, Engku Khatib dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan Islam dan menguatkuasakan peraturan-peraturan hidup berasaskan syariat Islam di Ulu Tembeling termasuklah Kampung Bantal ini. Tugas awal yang dilakukan oleh beliau ialah membersihkan masyarakat daripada amalan pemujaan dan khurafat. 

Beliau juga dikatakan seorang yang tegas mengamalkan adab-adab Islam dalam keseluruhan tindakan dan pekerjaan. Kepada penduduk Kampung Bantal beliau dikenali sebagai seorang yang sangat warak sehingga diberi gelar “Berak berjampi, tidur berjampi”. Jampi dalam konotasi masyarakat tradisional ialah sama dengan doa.

Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib mewarisi personaliti bapanya, sebagai seorang yang menegakkan hukum-hukum agama di kalangan masyarakat Islam di Kampung Bantal. Beliau telah menetapkan hukuman takzir bagi orang yang tidak menunaikan solat Jumaat dengan menjemur di tengah panas dan dicukur kepalanya hingga botak. 

Tindakan tegas ini dilaksanakan mungkin kerana sistem pelaksanaan hukuman Islam telah menjadi warisan sejak zaman pemeritahan Engku Khatib lagi. Selain dari itu, pengajian kitab-kitab agama yang dipelajari di masjid-masjid turut menyumbang kepada pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat tempatan. Antara kitab yang digunakan seperti kitab Musalli dan Faidatul Faraid . Setelah memahami hukum Islam, pelaksanaan mula dikuatkuasakan.(temubual Abu Zaman Yusuf:2009)

Pada zaman Jerantut moden ini tiga orang keturunan Engku Khatib telah secara aktif mengembang dan mempertingkatkan Syiar Islam di Jerantut terutama di Pulau Tawar. Mereka ialah:

  • Maulana Johari
  • Maulana Wan Adli
  • Maulana Wan Helmi

Maulana Johari, 55 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islami Sungai Salan di DUN Pulau Tawar Jerantut. Beliau belajar di Pakistan. Ramai pelajar dari luar Jerantut dan luar negara datang belajar.

Maulana Wan Adli, 39 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Sungai Badak Jalan Benta di DUN Damak. Beliau belajar di Pakistan. Beliau turut mengajar agama kepada orang Pulau Tawar.

Maulana Wan Helmi, 37 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Masjid lama Bukit Rang Pulau Tawar dan   Madrasah Mu'allim Yunus Al' Arabiyyah  (Masjid lama Pulau Tawar tempat Aki Mat Kilau Bersumpah-telah direnovate) mengajar agama, fekah, usuluddin dsb. Beliau belajar di Pakistan, Afrika Selatan, Indonesia dan Jepun.

Ulama-ulama dari Yemen didatangkan secara khas mengajar di Madrasah  Mu'allim Yunus Al' Arabiyyah Masjid Lama Pulau Tawar.

Dulu masjid lama Pulau Tawar pernah menjadi markas PAS tapi harapan orang Pulau Tawar untuk melihat PAS mengajar orang kampung tidak menjadi kerana PAS Pulau Tawar kurang ilmu agama. 

Budak-budak muda di Kg Pulau Tawar main tuju dan lontar dart senalo di kedai kopi mana jadi macam itu. Bila ada usaha dari pihak yang benar-benar mahu mengajar agama di Pulau Tawar selalu dilihat oleh PAS Pulau Tawar sebagai saingan.

Oleh kerana Maulana Johari, Maulana Wan Adli dan Maulana Wan Helmi adalah ulama yang berpengaruh dan benar-benar mahu mengajak orang Melayu/Islam Jerantut ke jalan agama yang lurus seperti mengikut moyang Engku Khatib maka masyarakat Islam Jerantut menyokong dan memberi sumbangan dana  kepada Mahad-Mahad mereka.

Kerajaan Negeri Pahang mengiktiraf sumbangan dan kerja dakwah tiga orang maulana ini, orang-orang kaya suka membantu dan pemimpin-pemimpin UMNO murah hati menderma kepada mereka. Ini yang membuatkan PAS Jerantut tertekan kerana bukan sahaja PAS Jerantut kekurangan ilmu Islam malah lebih fokus mendidik anak muda Jerantut lebih kepada politik fanatik Assobiyah.

Cuba orang Jerantut bertanya apa sumbangan pemimpin-pemimpin PAS kepada pengembangan ajaran dan syiar Islam di Jerantut? Hampeh. Buat sebuah dewan di Kg Temin, Jerantut bagi orang India  mengadakan perayaan Hindu bolehlah lepas itu membersih kubur-kubur orang India. Pastu mengadakan perjumpaan dengan paderi-paderi Kristian di Gereja Sg Jan Jerantut.

Bagaimana dengan keluarga Wan yang berpolitik. Apa pula sumbangan mereka. Selain menderma di masjid-masjid dan surau-surau di Tembeling khabarnya:

  • Dato' Wan Abu Bakar cicit Engku Khatib mahu serious buat sebuah madrasah atau Mahad Tahfiz di Kuala Tahan.
  • YB Dato' Wan Amizan, gamit Engku Khatib, ADUN Tahan pun selalu bercakap ada cita-cita besar mahu buat sebuah Mahad Tahfiz atau rumah anak yatim di Kuala Tembeling.

Ini satu perkembangan yang sihat elok keluarga Wan Jerantut melabur dalam kerja-kerja agama lagi baik ini boleh dapat dividen akhirat.

Apa yang YH Dato Sharif Shamsuddin dari Pedah, Jerantut, tokoh korporat Pahang menderma zakat beratus ribu ringgit  kepada orang Jerantut setiap tahun adalah perbuatan yang mulia dari seorang pemimpin UMNO Jerantut.

15 comments:

Anonymous said...

maulana johari ni tiada wan kat depan macam mana WZWH claim dr keluarga wan???

Anonymous said...

Emak Maulana Johari adalah Wan dan bersedara rapat dengan Maulana Wan Adli dan Maulana Wan Helmi. Maulana Johari dibesarkan di Jenderak.

usin gampang said...

aku bangga ada anak jerantut yang berkorban masa dan tenaga berjuang menegakkan syar islam.mereka adalah saudara kita semua.wan atau tidak kita bersaudara kerana nenek moyang kita di pahang dulu dari satu perdu.angkara perang saudara habis berterabur ke serata alam pahang DM ini.

Anonymous said...

Org UMNO berselindung disebalik kerja agama.ckp benci dan tak caya dgn org cina.

tp yg bg tanah ke org cina di jerantut semuanya keje umno.itu di jerantut.resev melayu di lain2 tmpat semuanya bg kat cina.mengikut pengkaan kementerian tanah,hy di kelantan shj resev melayu kekal.

Anonymous said...

maulana jo, wan adli n helmi tiada kaitan dengan umno...
org pas ni tak pernah tengok kebaikan org lain.

Anonymous said...

bisa ouk wzwh mengutuk puak deme...

Anonymous said...

Maulana nazri ngah lagi hebat buat surau kat mat kilau...kikiki

Anonymous said...

masjid lama pulau tawar tu hak milik org ramai, zaman dulu2 dr gintong sampai ke perian semua menggunakan masjid lama pulau tawar. dr gintong sampai ke perian yg kumpul dana utk bangunkan masjid lama pulau tawar tu. org ramai potong getah, sekeping utk tampung buat masjid, sekeping utk belanja keluarga. bila pulak masjid tu jadi masjid kg masjid pulau tawar? pelik sungguh dgn wzwh ni

usin gampang said...

sebab bagi ke cina jadi bandar.bagi ke melayu asyik jual ke cina juga.lepas jual mintak lagi.pas tu dapat lagi.kemudian jual lagike cina jugok.itu lah kerja melayu malas asyik mintak tanah.

lebih baik bagi direct ke cina.dia orang ada modal untuk bangunkan jerantut.harap ke melayu kaya tak ada yang berani bangunkan jerantut.

harapkan agensi kerajaan dan anak syarikat kerajaan habuk pun tarak.

oorang pas kalau ada modal mohon nak bangunkan bandar jerantut gerenti kerajaan bagi peluang.tapi tak ada pun orang pas yang mintak.

yang orang pas tahu hanyalah bangkang aje.fitnah aje,mengata orang aje.agama orang pas yang ajar macam tu.

Anonymous said...

pas itu suci

kehkehkeh...

Anonymous said...

puak wan tau goyang kaki je,kenduri kendara pakat bsembang je,camna ckp kembangkan agama sedangkan masjid pyh nmpok

Anonymous said...

dalam setandan pisang tu adalah yang buruk,jangan jadi bodoh piang sangat awok ni.baca fatihah pun lintang pukang!

Anonymous said...

dia tok imam mana boleh aok kabor dia gitu

clah said...

org tabligh rupanya.. tak heran satu kepala..

Unknown said...

Haha gelihati baca

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...