Thursday, June 13, 2013

Menari Sumazau Di Kuala Tahan...






















Menari Sumazau di Kuala Tahan...

Ini Program Integrasi Komuniti Jabatan Perpaduan Malaysia. 80 delegasi dari Sabah dan Sarawak melawat Kuala Tahan Taman Negara selama 4 hari hujung bulan lepas.

Pada malam Sabtu berlansung majlis makan malam dimana ADUN Tahan dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Malaysia hadir meraikan 80 delegasi dari Sabah dan Sarawak  di Dewan Felcra Kuala Tahan.

80 delegasi dari Borneo ini di tempatkan di rumah bapa dan ibu angkat yang terdiri dari penduduk Kuala Tahan yang terpilih.



















Acara kemuncak ialah persembahan dari delegasi Sabah dan Sarawak. Apa lagi tarian Sumazau dipersembahkan dengan lagu anak kampung Jimmy Palikat. Dari lantai dewan hingga atas pentas semua orang menari Sumazau...



















ADUN Tahan mengalu-alukan dan meraikan 80 delegasi Sabah dan Sarawak. Sambil memperkenalkan apa ada di Pahang dan budayanya, ADUN Tahan juga tunjuk kebolehan boleh berbahasa Sarawak dan Iban. Ramailah orang dari delegasi Sarawak yang suka.


Sebahagian dari delegasi Sabah dan Sarawak.



















Menari Sumazau di Kuala Tahan...

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...