Friday, June 28, 2013

Bagaimana Politik Haluan Kiri Membantu UMNO Mencapai Kemerdekaan?


Politik haluan kiri adalah politik menentang Penjajah British. Termasuk Jepun. 

Kadang-kadang Jepun mengguna politik haluan kiri untuk kepentingan menentang British.

Juga British menggunakan politik haluan kiri bagi menentang Jepun.

Tapi bila politik haluan kiri mahu merdeka maka baik British dan Jepun membenci politik haluan kiri dengan mengharamkan kegiatan politik haluan kiri.

Berbeza dengan UMNO yang pemimpinnya adalah dari golongan feudal Melayu ada budaya negotiation lalu cooperation.

Ini tidak disukai oleh politik haluan kiri kerana ketegasan dan semangat berkobar-kobar mahu menghalau penjajah.

Oleh kerana politik haluan kiri ramai pemimpinnya dari Pahang, ramai aktivis politik haluan kiri dari orang Melayu Pahang maka WZWH perlu berlaku adil dalam menilai perjuangan mereka.

Tidak dinafikan semangat Pahlawan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau dan juga semangat nenek moyang melawan penjajah Belanda di Indonesia menjadi asas dan panduan serta pendorong motivasi  orang Melayu Pahang sangat benci kepada penjajah.

Bila Jepun dan British mengharam politik haluan kiri dan mahu menangkap mereka maka mereka orang Melayu Pahang  masuk hutan perang gerila bergabung dengan PKM (Komunis)...

Maka Regimen ke-10 ditubuhkan 'Komunis Orang Melayu Pahang'.

Mereka orang Melayu Pahang yang kerana keadaan, tekanan, spontan, rela atau tidak rela jadi komunis. Tapi Islam, Raja, Melayu dan Bahasa Melayu dipertahankan.

Komunis hanya wadah untuk menghalau penjajah bagi mereka.

Bagaimana politik haluan kiri atau Komunis Orang Melayu Pahang membantu UMNO mencapai kemerdekaan?

April 1930
PKM didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Matlamat perjuangan: lawan imperialisme untuk pembebasan nasional. Semboyan: pembebasan nasional

Mei 1937
KMM didirikan, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: Kemerdekaan tanah air. Semboyan: merdeka

1941
Jepun ceroboh Malaya
British adakan latihan singkat latih kader PKM (atas desakan PKM)

1942
PKM mendirikan Rejimen 8 Rejimen Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA).
Mustapha Hussein atas nama KMM menuntut Jepun memberikan kemerdekaan
KMM diharamkan oleh Jepun

Mei 1945
PKMM didirikan di Ipoh, Perak, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: meneruskan cita-cita KMM, berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Semboyan: Merdeka
Sayap Pemuda: API kemudian PETA
Sayap Wanita: AWAS
Sayap buruh: Kesatuan Buruh Melayu
Sayap Tani: Barisan Tani Malaya

Ogos1945
1945 Jepun menyerah diri, kerana pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, penjajah British kembali semula ke Malaya.
PKM membubarkan pasukan MPAJA

1946
Abdullah C.D. dan pimpinan tinggi PKMM pindah ke Kuala Lumpur, menginap di Rumah Merdeka dengan bantuan Sutan Djenain.
Abdullah C.D. dirikan Jabatan Kerja Melayu PKM.
UMNO didirikan. Matlamat perjuangan: Membela Kepentingan bangsa Melayu. Semboyan: Hidup Melayu

1947
Kongres Serantau Asia di New Delhi. Bincangkan soal kemerdekaan tanah-tanah jajahan dan setengah jajahan. Rombongan Malaya - Dr. Burhanuddin, Ganapaty, Miau Siau, Abdullah C.D. Salleh Daud atas nama kesatuan buruh dan PKMM, Ibu Zain atas nama wakil bebas.
penjajah British menelurkan Malayan Union. UMNO mempelopori perjuangan.
Barisan Bersatu Putera Amcja ditubuhkan – mengemukakan 10 fasal perlembagaan rakyat untuk sebuah negara merdeka.

Feb. 1948
Penjajah British menelurkan Persekutuan Tanah Melayu. Tuntutan kemerdekaan dari PUTERA – AMCJA diketepikan

Mei 1948
Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam mengadakan pertemuan sulit , memutuskan perjuangan kemerdekaan harus menempuh 2 cara serentak – perjuangan massa dan perjuangan bersenjata.

Awal Jun 1948
Sekolah Parti Kem SeMalaya di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, persiapan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British.

Pertengahan Jun 1948
Penjajah British mengistytiharkan Undang-Undang Darurat. Semua parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan. Parti2 itu ialah: PKM, PKMM, API/PETA, AWAS, BTM, Hisbul Muslimin, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain. Pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap. Antara mereka ialah Ahmad Boestamam, Pak Sako,Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi.
PKM melancarkan perjuangan bersenjata. 8 Rejimen pasukan MPAJA dipulihkan semula.
aktivis PKMM, API, AWAS, Barisan Tani berundur ke hutan bentuk pasukan gerila

1 Februari 1949
PKM merasmikan pasukan gerila anti-British sebagai TPNM.

21 Mei 1949
Abdullah C.D. mendirikan Rejimen Ke-10 di Kerdau, Temerloh, Pahang.

1950
Tunku Abdul Rahman ambil alih UMNO – memulakan perjuangan untuk kemerdekaan, semboyan Hidup Melayu dibubah menjadi Merdeka. Semua parti politik berjuang utk kemerdekaan – UMNO dan perjuangan bersenjata.

1953
peperangan yang berlangsung menyebabkan penjajah British terlepur dalam rawa-rawa perang yang tak bertepi.
Akibat dari perang tersebut, penjajah British menerima pukulan yang teruk dibidang ekonomi, politik dan militeri.
sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 dipindah ke kawasan sempadan. 

1955
Perundingan Baling, antara PKM dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku memaksa PKM menyerah diri dan menerima syarat penjajah British. PKM menolak dengan tegas di atas dasar tidak adil dan tidak menasabah.
PKM meneruskan perjuangan bersenjata. Berlangsunglah perang dalam negeri.

31 Ogos 1957
British mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi tetap mengawal bidang ekonomi dan ketenteraan.

1988
perundingan tingkat rendah antara Abdullah C.D. dan Ghafar Baba. Kedua-dua pihak telah mengenal tititik persamaan untuk menamatkan peperangan.

1989
perundingan tingkat tinggi antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand

2 Disember 1989
Upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai. Selatan Thai Perjuangan bersenjata ditamatkan, pasukan TRM termasuk Rejimen Ke-10 dibubarkan dan semua senjata dimusnahkan.

Untuk pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO memahami kebangkitan politik Pakatan Rakyat maka perlulah mengetahui strategi-strategi Politik Haluan Kiri.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...