Monday, June 24, 2013

Indonesia "Perlu Ubah, Ini Kali " Cara Menangani Jerebu




Jerebu merupakan aktiviti rutin sejak 16 tahun dulu tapi masih Indonesia buntu menanganinya.

Kita lihat Menteri Indonesia naik berang lalu menempelak Singapura bising macam kelakuan kanak-kanak.

Memang kanak-kanak sudah lemas dengan jerebu bahaya hingga semua sekolah tutup. Dengan IPU index paras melebehi 400.

Dari segi perundangan, Indonesia cukup mekanisme legalnya ada peruntukan menyekat pembakaran hutan untuk menerang tanah, perladangan dan perlindungan hutan

Individu dan Syarikat yang bakar hutan akan dikenakan 10 tahun penjara dan denda dari 10 bilion rupiah ke 15 bilion rupiah.

Peruntukan undang-undang ada cuma implementasinya saja. Pihak berkuasa Tempatan dan polis perlu pastikannya bukan tutup mata.

Bukan semua provinsi mengazetkan undang-undang melarang pembakaran hutan.

Pembakaran hutan tetap berlaku setiap tahun.

Hanya bila jerebu menyerang Malaysia dan Singapura baru Jakarta mahu memberi perhatian.

Apa langkah-langkah asas untuk menangani pembakaran hutan. Penalti yang berat perlu dikenakan kepada pembakar hutan sebagai amaran dan peringatan tegas kesan teruk jerebu yang menggangu aktiviti pengangkutan dan pendidikan.

Ekoran pertemuan Pihak Berkuasa Indonesia dengan Singapura dan Malaysia, Indonesia "perlu ubah, ini kali" cara menangani Jerebu.

Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad. 

Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara. 

Operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan.

Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi. 

Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat Hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri. Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan.

3 comments:

Anonymous said...

orang pas jerebu pun nak salahkan umno, sakit jiwa setiap saat cakap hal politik, entah ye entah tidak, dia sendiri pun isak rokok punca jerebu juga, amende lah orang pas ni tak puas hati sokmo

sang sapurba said...

orang pas otaknya berjerebu sepanjang masa.sebab tu dia tak nampak mana yang baik dan mana yang buruk.

Anonymous said...

orang pas suka memanggil sesiapa yang menyokong umno sebagai bodoh, macam lah dia cerdik sangat

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...