Saturday, June 15, 2013

Strategi Najib mengekalkan PM dan Presiden UMNO

Tidak kira seseorang ahli politik itu dikritik dan dihentam, rakyat mahu lihat bagaimana ahli politik itu mengurus kritikan itu dan yang paling penting boleh survive dan kekal berkuasa mempertahankan PM dan Presiden UMNO.

Bila seorang ahli politik dikritik hebat itu bagus kerana mendapat perhatian. Yang paling dibimbangkan jika tiada lansung rakyat menegur dan mengkritik.

Cabaran Najib mengekalkan PM dan Presiden UMNO

Mahathir telah terbukti menjadi PM dan Presiden UMNO hampir 22 tahun. Mahathir berjaya sebagai ahli politik. Musa Hitam, Ghabar Baba, Anwar Ibrahim dan Ku Li tidak mendapat tempat PM malah Presiden UMNO.


Anwar Ibrahim dan Ku Li tetap berusaha dengan apa cara.


Muhyiddin Yassin berkira-kira apa strategi.

Ku Li telah bertemu dengan ahli-ahli parlimen BN untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara TPM Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu, ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu. 


Najib dan Anwar mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Sebenarnya "game politik" Malaysia dimain oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO manakala yang lain-lain seperti Hadi Awang, LGE, Nik Aziz, LKS hanya mengikut saja.

Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta atau dimana-mana. Dibawah ini rakyat biasa yang tidak tahu apa-apa berperang dan berpatah arang untuk mempertahankan pemimpin masing-masing. Maka keluarlah isu SPR tidak adil, penipuan pilihanraya dan berbagai-bagai isu lain sebagai isu untuk kepentingan pemimpin mereka.

Orang ramai dan penyokong-penyokong dibawah ini hanya diperguna seperti parang bengkok untuk menebas semak samun sahaja.

Itu sahajalah nilai penyokong-penyokong yang diarah ke hulu ke hilir, ke darat dan ke baruh, untuk berdemonstrasi dengan berbagai-bagai nama seperti 'blackout 505' dan sebagainya. Kumpulan ini garang-garang dan terpaksa berbelanja membeli baju dan seluar hitam dan berbagai-bagai lagi yang hitam untuk persediaan berdemonstrasi.

Mereka yang dijadikan parang bengkok tadi akhirnya akan berdiam diri dan malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Masa itulah baru mereka sedar yang kata-kata nasihat dari pihak yang mereka abaikan itu ternyata benar. Tetapi semuanya itu sudah terlambat, kerana kata-kata sudah banyak terlanjur dan budi sudah banyak kedapatan.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...