Tuesday, June 4, 2013

Politik Kestabilan, Keamanan Dan Kemakmuran Adalah Ideologi Utama " Malaysia Baru "


Kestabilan, Keamanan dan Kemakmuran itulah ciri-ciri Malaysia baik dulu, kini dan selamanya.

Ini menyebabkan ramai pelabur dari Amerika, China, Jepun, Korea, Eropah, Timur Tengah mahu melabur di Malaysia.

Ditambah faktor iklim dan cuaca serta geografi yang kondusif tiada bencana alam, malapetaka, gunung berapi, tornado dan ribut besar, tsunami dan gempabumi. Tanah yang kaya dengan natural resources dan hujan turun sepanjang tahun.

Apa panduan "Malaysia baru"?

Rakyat boleh bebas berpolitik tidak kira apa parti asalkan jangan cuba menganggu-gugat kestabilan, keamanan dan kemakmuran. Itu saja prinsip mudah berpolitik "Malaysia baru".

Jika dulu rakyat Malaysia percaya kepada fomula BN kongsi kuasa antara kaum melalui UMNO dan 13 komponen boleh mengekalkan politik kestabilan, keamanan dan kemakmuran.

Kini ada sebahagian rakyat tidak percaya BN dan ikut demokrasi boleh percaya kepada Pakatan Rakyat bahawa penguasaan politik BN selama 60 tahun perlu diubah.

Pakatan Rakyat melontarkan isu-isu korupsi, tidak cekap, keadilan, dan  dsbnya untuk menarik rakyat Malaysia menyokong.

Politik terkini post PRU 13 memperlihatkan corak polarisasi ras bertambah nyata. Majoriti orang Cina menyokong DAP dan Pakatan Rakyat, majoriti orang Melayu menyokong UMNO dan BN. Orang India berbelah bagi sokongan.

Ini menghasilkan kerajaan Melayu dan pembangkang Cina lebih lagi MCA tidak mahu terlibat dengan pentadbiran kerajaan.

Ini senario yang bila difikirkan bolehkah mempertahankan politik kestabilan, keamanan dan kemakmuran "Malaysia baru"?

Maka berapa lama dengan senario corak pola politik sebegini boleh mengekalkan politik kestabilan, keamanan, dan kemakmuran "Malaysia baru"?

Orang Melayu memerintah Malaysia dan Orang Cina menjadi pembangkang.

Sudah tentu dasar baru pentadbiran DS Najib akan dipengaruhi oleh orang Melayu supaya memberi lebih kelebihan kepada orang Melayu dan Bumiputera lebih dari orang Cina.

DS Najib mungkin dengar atau tidak. DS Najib sebagai PM sudah tentu mahu memberi keadilan kepada semua kaum.

Dengan apa yang DS Najib cuba memujuk dan memikat orang Cina dengan berbagai kaedah pre-PRU 13 dan hasilnya begitu mengecewakan DS Najib.

Adakah DS Najib mahu guna strategi sama kepada orang Cina? WZWH tidak boleh jamin.

Sampai tahap mana Pakatan Rakyat mahu berpolitik untuk mahu menumbangkan kerajaan BN yang disokong oleh majoriti orang Melayu dan Bumiputera?

Yang penting kestabilan, keamanan dan kemakmuran Malaysia.

Untuk apa rakyat Malaysia berpolitik jika akhirnya boleh mengugat kestabilan, keamanan dan kemakmuran 'Malaysia baru'.

6 comments:

Anonymous said...

Kehkehkeh.......

Kerayan gitu je lah deme ni......
Kuikuikui......

Pohpalehh weh

Anonymous said...

Untuk apa rakyat Malaysia berpolitik jika akhirnya boleh mengugat kestabilan, keamanan dan kemakmuran 'Malaysia baru'.

- Kas suka ayat ini...

Rakyat Malaysia hanya disogok dengan ungkapan manis2 umpama madu!!!. Yang berpolitik hanyalah mereka yang segolongan mencari laba atas tiket itu. Apa bezanya Malaysia Baru dan Malaysian Malaysia. Hujan aok ni jika dibahasakan ada maksud tersirat. Kas tak nak buka pekong sesaper pun. Itulah mentaliti politik "gampang". Rakyat dibencikan projek diteruskan.

Anonymous said...

semua orang buat tak betul.sah awak ni anti establish!

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Politik adil tak nak buat ke?

Anonymous said...

Kas kesian pun ada, nak cakap xnak sama banyak. Ini kecoh pasai PERGONG ama no dikalangan ahli di kedai2 kopi. Pasi nak pilih atau nak calonkan bagi jawatan presiden dan tim pres ama no tu. Rata2 mahukan dua jawatan tertinggi dalam ama no tu nak dipertandingkan. Hal sama dgn jawaatan Naib2 pres. Kata dema yang pandai dgn politik nama krismuddin mot amaran biar digugurkan terus. Xyah calonkan dia lagi baik. Cakap pon deme kata tertonjet2 kaki, xda isi langsung. Skit2 katanya Dato Seri Najib nak buat cam ni, tapi dia langsung takadak. Itu kesah dalam KDN dulu. Dengar kabar pula sebagai pak Menteri jawatan baru ni, bila ada musuh menggunakan sapi, katanya sama juga nak bagi amaran jangan guna sapi pulak. Jawabnya ramailah jadi pak menteri macam ni. Biarlah aku jadi "bidak" dah cukup. Tentu bulan2 terima gaji.

Anonymous said...

Wan,

Sebelum berangan2 nak menjadikan MALAYSIA BARU, UMNO mesti mengamalkan POLITIK BARU terlebih dulu. Jika ini tidak dilakukan, orang akan melihat ini cuma sebagai cerita pandir!!

Nak memahami politik baru bukan payah sangat. Politik baru adalah politik berasaskan keadilan dan berlapang dada dan bukan politik punggung dan politik balas dendam. Cuba amati cerita ini..adakah UMNO telah berubah......??

Seorang ahli UMNO (ketua cawangan) yg dikurniakan saham Ladang Kecil Temin (Projek LKPP) telah meninggal dunia baru2 ini. Secara tradisi (berdasarkan merit senagai anak tempatan), salah seorang anak mereka mempunyai hak (pemegang amanah) untuk mewarisi peruntukkan saham tersebut. Namun atas arahan 'orang politik' tertentu, LKPP telah menetapkan, seseorang anak hanya layak memliki saham tersebut jika mereka menjadi ahli UMNO dan mendapat sokongan drp Kok4/ADUN...

Ini politik Jakun namanya kerana ia tidak dapat membezakan antara LKPP milik kerajaan negeri dgn LKPP milik UMNO...!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...