Friday, June 7, 2013

Flyover Bandar Dan Suburban Jerantut Serta Upgrade Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Kuala Lipis

















WZWH lebih berminat posting politik pembangunan daripada membincangkan polemik ideologi politik.

Rasional WZWH mudah sekarang kerajaan BN memerintah maka perlu pemimpin UMNO memantau implementasi segala keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Memang tugas pemimpin pembangkang membangkang. Mereka tidak boleh buat apa kerana mereka tidak buat keputusan kecuali di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat menang.

Oleh kerana kerajaan BN mentadbir Putrajaya maka lebih baik kita bincang perlaksanaan apa-apa keputusan membabitkan pembangunan di parlimen dan DUN masing-masing.

Posting WZWH kali ini tentang isu bila kerajaan mahu buat flyover melingkari bandar Jerantut dan pinggir bandar suburban Jerantut.

Kerajaan telah meluluskan pembinaan flyover di bandar Jerantut menghubung pinggir bandar terletak antara sempadan DUN Damak dan DUN Tahan dalam RMK 9 lagi.

WZWH dapat membayangkan bila projek-projek pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut siap nanti bandar Jerantut akan lebih besar dari bandar Temerloh dan bandar Kuantan sendiri. Bandar Jerantut akan berkembang pesat sebagai:

  • bandar hub eko-resort-Setelah kajian Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan oleh ECER diimplementasikan.
  • bandar automatif industri-Setelah cadangan industri automatif berdekatan ADTEC Temin dijalankan.
  • bandar pembekal tenaga-Setelah pembinaan Empangan Hidroelektrik Tekai siap.
  • bandar kaviar Malaysia-setelah projek kaviar menetaskan telur 5 tahun lagi di Perlok.
  • bandar transit kerana kedudukan bandar Jerantut yang strategik ditengah negeri Pahang.

Suburban ialah kawasan penempatan pinggir bandar manakala flyover ialah jalan paras tinggi bertingkat-tingkat melingkar di atas persimpangan jalan.

Jerantut adalah sebuah bandar yang ada jalan kereta api di tengah dan pinggir bandarnya. Di pinggir bandar Jerantut ada banyak tanah-tanah orang kampung yang kalau dimajukan boleh bukan sahaja menambah nilai harga tanah tersebut tetapi menjadikan bandar Jerantut lebih besar dan cepat membangun-"Greater BandarJerantut".

Harga tanah orang Melayu yang banyak di pinggir bandar Jerantut akan melambung tinggi. Cadangan aktiviti ekonomi samada secara usahasama dengan agensi kerajaan, swasta dan persendirian akan membangunkan ekonomi.

Harga properti seperti bangunan kedai dan rumah di Jerantut lebih tinggi dari Kuantan. Diharap tanah-tanah orang Melayu ini dimanfaat sepenuhnya. Orang Melayu Jerantut jangan pula cepat mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual tanah-tanah mereka.

Tapi malang tidak ada "accessibiliti" atau jalan ke kawasan pinggir bandar ini kerana jalan kereta api yang sedikit sebanyak menganggu keluar masuk pengangkutan maka 4 flyover perlu dibina mengatasi masalah.

Jalan-jalan di bandar Jerantut pun selalu jam bila ramai pengunjung dari daerah Jerantut dan daerah-daerah lain dari Temerloh, Kuala Krau, Maran, Jengka, Kuala Lipis suka datang ke bandar Jerantut.

Cuma WZWH mahu Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan perancangan bandar Jerantut perlu lebih kreatif, inovasi, cepat respon kepada kehendak pemaju-pemaju untuk sama-sama bergerak laju. Kita lihat bagaimana China memajukan bandar-bandarnya. 

Isu sekarang bila kerajaan mahu buat 4 flyover ini? 

Inilah tugas ahli parlimen Jerantut, ADUN Damak dan ADUN Tahan untuk "push dan follow-up" Projek 4 Flyover menghubung DUN Damak dan DUN Tahan melingkari bandar Jerantut dan suburban pinggir bandar.

Segera dapatkan peruntukan dari kerajaan!

Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Kuala Lipis perlu diupgrade, dinaiktaraf, dibesar dan dilebarkan. Bukan saja bagi kepentingan penduduk menghubung antara bandar Jerantut dan Kuala Lipis tapi kemudahan pelancung yang mahu melawat Taman Negara samada melalui Kuala Tembeling menaiki bot panjang menikmati panorama Sungai Tembeling atau melalui Merapoh, Kuala Lipis.

Jalan-jalan yang rosak kerana lori-lori bijih besi yang berat memerlukan jalan-jalan dibaiki.



Kesesakan traffic jam disalah satu jalan di Daerah Jerantut.

33 comments:

Anonymous said...

Idea yg bernas wzwh ni.. Layak dh jd menteri kerjaraya

Anonymous said...

gambar yg bawah tu mcm gambar mase PM datang kat jengka 8 hari tu..mase hari peneroka..huhu..memang sesak la time tu..hehe..

Unknown said...

jln simpang jengka 8 ke kole sentul pun terbengkalai

usin gampang said...

terbengkalai lah orang nak pulihkan.awok ingat buat jalan ni macam buat cucur kodok ke?

usin gampang said...

terbengkalai lah orang nak pulihkan.awok ingat buat jalan ni macam buat cucur kodok ke?

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Jalan jalan cari makan...

Anonymous said...

Tak salah wzwh nak bermimpi... by the time Jerantut dah semaju temerloh dan kuantan, masa tu temerloh dah macam PJ dan kuantan macam KL. terimalah hakikat....

Anonymous said...

kas ingat dah berpuluh2 cadangan dan prujit yg telah dan sedang juga akan di planning. Iku bajet kasar dah trillion peruntukan tersebut. Kertas kerja dah berjota2 habis dihantar untuk kelulusan. Klim tetap klim, ini baru fasa permulaan. Jika projek nak tender, ditender ada bawah kerusi, ada atas kerusi dan ada juga belakang "parang" dapat cara rundingan. Dapat cara tender satu hal. Sapa proposer kena fahamlah weh. Kas sokong sangat pembangunan ni kerana memajukan kampong kas. Tapi, ingat mengejarkan kebendaan semata2, satu balasan dan tuntutan dihari akhir nanti kita kena ambil perhatian setulus ikhlas.

USIN PUKIMAK said...

YANG KAU SIBUK KENAPA?KALAU BETUL TENDER ATAS BAWAH KERUSI DIA ORANG TANGGUNG SENDIRI.KITA PULAK JGN BERPRASANGKAN BURUK TANPA BUKTI.BARULAH TAK DAPAT DOSA.

Anonymous said...

Kan pd post yang lepas2,Jerantut bakal dapat peruntukan 5 bilion,buat la guna duit tu..
Satu lagi,tak bimbang ke kalau Jerantut jadi daerah maju?"nanti kena jual" sama macam Kuantan,Temerloh dan Raub dah terjual ke PR?perlu diingat,kemajuan disesuatu kawasan akan menjadikan rakyat semakin cerdik?adakah kita bersedia kehilangan satu lagi kerusi Jerantut kpd PR pd PRU 14.

Fakta :- semua ibu negeri di semenanjung di kuasai PR kecuali Kangar dan Johor Bharu...

P/s kemajuan akan membuatkan kita terjual...

Anonymous said...

Wan zurik,

Idea dan cadangan awak ini baik namun perlu di perhalusi sedalam-dalam nya:

i.apakah faktor penarik dan penolak nya memerlukan Jerantut perlu ' elevated road' dan lingkaran. Jerantut hanya perlu Jejantas di tempat tertentu kerana faktor keselamatan, FLY over ialah Jejantas manakala elevated road tidak sama makna dengan fly over,

ii. Mana mungkin Jerantut menjadi bandar automatif di Temin kerana pekan telah ada DRB HICOM sebagai penjana lagi pun dekat dengan Pelabuhan Kuantan. Temin itu sesuai sangat tempat worksyop je untuk pemilik keretya di Jerantut dan sekitar nya;

iii. Pusat pengeluar Kaviar ,telur ikan dari pada Ikan Strugeon di Perlok itu masih belum terbukti. Ikan ini hidup di Laut Caspian, Malaysia adalah tempat keempat selepas German (2 lokasi) dan Abu Dabi(ketiga). Di perluk itu hanya cuba sekitar 50 ekar je, peluang kerja pun tak sampai 1000 orang, nampak nya orang jerantut dapat lah kerja sebagai penebas rumput dan pemberi makan ikan. Berikan masa dulu, apakah hasil nya.


Makna aku , Wan Zurik sebagai Akauntan yang tak praktik , fikir lah projek yang sesuai untuk orang JERANTUT DAN SESUAI BAGI Daerah Jerantut seperti

i. Naik kan taraf Hospital Daerah Jerantut,
ii. Dapatkan sebuah POliteknik , Sebuah Sekolah TEknik, SEbuah Sekolah Berasrama penuh yang fokus kepada anak luar bandar dan dari ulu Tembeling, tempatkan mereka yang dapat 3A keatas, dan sebuah MRSM ( Tengok Kementerian Luar Bandar atau MARA , Bina MRSM di Bentung berhampir LPT, terbiar hingga kini dan tidak dapat di gunakan keran tanah runtoh sebab tapak tak sesuai, hanya maklu halus dari jenis hantu agak nya yang belajar di situ. Kerana apa MRSM di bina bukan berasakan teknikal tapi asas membodek TOK Nan Kok? - kan ini membazir wang rakyat)

iv. upgrade jalan -jalan PLB di luar bandar jerantut- banyak dah rosak dan semak. UPgrade Jalan jerantut MEla ke LIPIs- banyak dah rosak dan bahaya serta rosak dek kerana LORI BIJIH yang panjang besor serta berat.

v. Bangunah perumahan Mampu milik atai PR1MA ditempat tertentu sebagai penjana Pembangunan Desa. Contoh nya DI Kuala TEmbeling, batalkan saja tanah rezab lembu dan tapak nya jadikan projek peumahan untuk rakyat, dan di TEmin tapak air port itu luas jadi kawasan baru perumahan, Kumpulan gOh tu dah tipu dia kata sewa untuk Buat NUrseri tapi tanam sawit. WZh apa macam.

Untuk Berjaya dan Jerantut menjadi maju, dengan syarat :

i. Lantik Ahli Majlis yang bolek merancang, berfikir, inovasi bukan kerana reward, contoh nya sejujur nya orang -orang seperti CIkgu Zali Mezah, Haji Rosidi Kulat, Haji Nazri Winer, Dullah Ket up dan berapa lagi tak usah lagi lah;

ii. Barisan pemimpin UMno di Bahagian pelu berubah, jangan asyek jadi pendengki, adu domba dan cai maki sesama sendiri. Bewrsama dan seiring dengan pegawai Kerajaan dan NGO.

III. Jangan pentingkan perut sendiri.

INi lah patutnya jadi Keutamaan dan cabaran kepada WAN ZURIK.

Wan Bentayan , LAbu.

Anonymous said...


Wan Bentayan, Labu - Ini mentaliti 2nd class bawah sikit pada 1st class. Pendapat boleh diterima.

Kas sokong aok. Namun ada juga kelemahan dari segi Islamik. Sepatutnya tuan tambah yang paling penting masyarakat Ulu Tembeling hatta Jerantut, 90% Melayu tulen as pegagangan Islam. Ini realiti. Pembangunan itu satu kemajuan. Pembangunan berasaskan syariah adalah keutamaan. Bagi yang celik berfikir, bukan yang otak telah "mati". Kas rasa di Jerantut ni, boleh dikira berapa orang yang "hafiz" jika ada pun masih berada Jauh nun di Timur Tengah. Nak harap pemimpin Jerantut, jangan nak mengwar2kan, mereka sendiri masih terkial2 nak bezakan mandi junub dengan mandi jenazah, jimak dan jamak. Binalah satu penempatan bertaraf universiti, bagi merangkumi pelajar pra sekolah, pra u sehingga mendapat kelulusan PHD (Ori) bukan perasaan hasad dengki yang diterjemahkan oleh Usin Pukimak (dia). Kas bukan tak puji usin pukimak, mentaliti terbawah class. Usin Pukimak, kas bukan tak puji pendapat yang menyokong segalanya, tapi kou kena faham politik dari A - Z, A+, A-. Lepas itu ko kena masuk kenali sapaer pemimpin politik. Bukan dari segi ketokohan, tapi "tahi" dan cara berak dia kou kenal tahu. Wallahualam bisawob...

Teruskan Wan Bentayan.

Anonymous said...

satu hamba allah pergi ke pasar bersama anaknye dangan menaiki keldai,pada mulenye si ayah menarik keldai anak duduk di atas,sampai di satu kampung org berbunyi apalah si anak ni,tak kesian kepada ayahnye yg sudah tue dibiarkan menarik keldai,anaknya turun dan membiarkan ayahnye pula menunggang dan dia menarik keldai itu,smpai di kampung yg lain terdengar pula orang berkata apalah ayah ni tak kesian ke anaknye yg masih kecil menarik keldai,ayah dan anak pon sepakat keduanya menaiki keldai itu,smpi di satu kampung lain terdengar orang berbunyi apelah dua beranak ini,tak kesian ke kepada keldai kecil itu sampai kedua-dua menungangnya,akhirnya kedua-dua turun daripada keldai berjalan kaki menarik keldai,smpai di kampung yang lain masih lagi ada yang berbunyi ape bodoh kedua beranak ini sanggup berjalan dan tidak menunggang keldai.... (RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL) @BERSATU DENGAN ALAM@

Anonymous said...

Wan Zurik,
Kamu asyik bercerita pasal pelaburan mengeluar Kaviar ,telur ikan dari pada Ikan Strugeon yg berimpak tinggi. Sebelum pergi sejauh itu, aku nak tanya kamu...apa dah jadi dgn projek pengeluaran sarang burung walit. Setelah digembar gemburkan oleh kerajaan khususnya Najib, ramai bumiputra yg telah membuat pelaburan membina RBW yg kebanyakkan mendapat modal drp bank mengalami masalah membayar balik pinjaman kerana harga sarang burung telah menjunam keparas dri RM4,000 per kg kpd RM200 per kg (gred c)....

Kami sedih ni wan engkau orang selalu 'menipu' kami...

usin gampang said...

anon 9.43am adalah seorang yang takbur dan riak.dia berasa dia aje yang betul dan suka melabel orang dengan sesuka hati dia.

mentaliti class atas tak macam awok.mentaliti high class menghormati org lain walau pun serendah mana pun.

awok adalah jenis bodoh yang tak tahu awok ni bodoh.bodoh yang tahu dirinya bodoh lebih cerdik dari awok yang bodoh.muhasabah diri tu.dari tulisan awok aku dah tahu awok setakat mana tahap pemikiran awok.

jangan awok banggalah yang awok kenal semua pemimpin politik.aku ni dah 32 tahun dalam politik.kenal luar dalam ahli politik baik dalam negeri maupun pusat.baik pembangkang maupun pemerintah.awok tu mentah lagi.tau buat fitnah aje.

Anonymous said...


Usin gampang as a.k.a usin pukimak satu pendustaan. Kas tak sebut pun mentaliti high class. Itu gampang saja bilamana dikatakan high class. Baru 32 tahun dalam politik diperingkat penyokong tegar alias pak "anggup". Jika dah 32 tahun suruh ikat bendera, suruh pasang dan turunkan bendera, dapat samas serial (bahasa aku ore Kelante) tak mencerminkan profesional politikus. Itu hanyalah sebagai pencacai "politik". Nak prujit dapat komisen dari hasil bawa segelas air, "no way". Kou kena bijak berkomunikasi dengan orang pulitik ni. Jika tidak seperti kata "kepala" kou kena gadai murah2. Contoh kou menghadiri seminar, saper bayar. Jika sebiji fail harga rm0.80/c, sebatang pencil rm0.50/c, sekeping kertas rm0.05/c, sebiji beg ketiak rm2.50/c, sebuah penyata kira2, sebuah buku bertulis "doa" memuji pemimpin harga rm2.00/c dikeluarkan JAKIM itupun dikira Alhamdulliah ada juga ayat2 suci. Kou kena faham tak, klim berapa pulak peruntukan pulitik. Itulah yang kas maksudkan. Kas ni amat menyayangi pemimpin pulitik, dan bukan berprasangka buruk. Jika setakat 32 tahun jadi pencacai pulitik, tak membawa apa2 makna jadi "pulitikus". Jika nak kenai pulitik, sanggupkah kita berhujan berpanas, bermandi peluh dan keringat, menghambakan diri tanpa mendapat sesen upah. In baru "umphh" pulitik namanyer. Kas akui kas orang Ulu Tembeling, nak cakap berjila2 pasai pulitik gon tak faham. Rugikan pemikiran otak kas ajer. Wallahualam Bisawob. Kas sangat mengalu2kan jika terseregam satu universiti Al Quran di Jerantut, kas sanggup letak jawatan sebagai penerima gaji seorang ahli korporat RM27,000.00 sebulan kekadang jadi keparat dibuat oleh sesetengah pihak. Kas sanggu jadi "jaga" mengawal pintu Universiti Al Quran di Jerantut, untuk nenentukan semua pelajar dan pelawat mematuhi piawaian menutup "aurat", asalkan jiwa kas tenang. Jika ini berlaku sebelum GE14, kas tabik spring kepada semua pemimpin Jerantut, kas sanggup juga jadi driver usin kemana sahaja nak dituju asalkan menutup "aurat".

Anonymous said...

Kehkehkeh....

usin gampang said...

gaji 27000rm tak payah sebok lah dengan politik.masuk politik,aktif politik macam ong ni bakal sebelah kaki ke neraka,bakal, bukan dah masuk.

ong dengan gaji banyak tu lebih baik ikut tabligh.berdakwah ke jalan allah.

masuk politik ni macam masuk tong taik nak cuci tong taik.habis baju ong bau taik.lebih baik jadi gampang drp jadi taik.hehehehehe!!!jangan maroh wahai manusia tak bernama.manusia tak berwajah macam ong ni biasanya hantu.

Anonymous said...

nak buat projek dema tunggula kerajaan bn naik harga barang dulu,pru baru ni banyak tabur duit wei,bila dah sapu duit rakyat barula boleh buat,tak sampai sebulan bentuk kerajaan dah nampak barang akan naik,untungnya mngundi bn 5 mei itu hari,takkanla dema tak nampak lagi,pru 14 in sha allah kita bentuk kerajaan yang perjuangkan agama islam,tengok zaman ni anak muda ramai berpeleseran dengan aurat pun entah kemana,maksiat berleluasa seperti arak,dadah,judi.tapi sayang orang umno hanya perjuangkan bangsa sahaja tapi agama ketepikan,kenapa orang umno takut nak bina tempat khusus untuk ulama mngajar rakyat dalam agama lebih khusus dan mendalam,kalau ada pun sekolah pondok yang tak macam sekolah pondok,diharapkan dato wan amizan dan juga hj nazlan buka hati untuk buka tempat yang macam ni,sekurang2nya bagi anak muda belajar agama,biala orang jantet ni belajar agama,tq

Anonymous said...

assalam,kepada cikgu lan sebagai parlimen jerantut ni tolongla naiktaraf sistem hospital jerantut,sediakanla teknologi canggih seperti scan,x ray,endoskopi dan banyak lagi,untuk memudahkan warga emas,ni tidak untuk proses macamni atau untuk jumpa pakar orang ramai kena hidup menderita sakit sampai 3 bulan baru boleh berjumpa,takkan kerajaan malaysia tidak pentingkan masalah macamni,ramai rakyat tidak mampu untuk ke hospital swasta kerana kos yang tinggi,saya harapkan benda ni cikgu ambik berat demi orang jerntut yang memilih cikgu sebagai pemimpin jerantut,cukupla kita dikutuk dan dihina oleh segelintir parti lain,nila masa cikgu lakukan tugas demi rakyat,terima kasih

Anonymous said...

assalam,kepada cikgu lan sebagai parlimen jerantut ni tolongla naiktaraf sistem hospital jerantut,sediakanla teknologi canggih seperti scan,x ray,endoskopi dan banyak lagi,untuk memudahkan warga emas,ni tidak untuk proses macamni atau untuk jumpa pakar orang ramai kena hidup menderita sakit sampai 3 bulan baru boleh berjumpa,itupun hanya ada di temerloh.cuba bayangkan warga emas yang uzur atau hilang upaya,takkan kerajaan malaysia tidak pentingkan masalah macamni,ramai rakyat tidak mampu untuk ke hospital swasta kerana kos yang tinggi,saya harapkan benda ni cikgu ambik berat demi orang jerntut yang memilih cikgu sebagai pemimpin jerantut,cukupla kita dikutuk dan dihina oleh segelintir parti lain,nila masa cikgu lakukan tugas demi rakyat,terima kasih

Anonymous said...

Hospital jerantut ni hanya layak utk selsema dan sakit kepala aje...lain drp itu doktor x mampu nak cuba mengubatnya..terpaksalah di hantar ke HOSAHS Tmloh...Saya cadangkan tutup aje hospital jerantut ni

Kutukandewata said...

anon 10.16 am.

kita harapkan pas memerintah negara ini dengan memperjuangkan islam.tapi sayang pas pulak tidak komited kepada islam setelah berzina dengan dap dan kena liwat oleh pkr.akhirnya pemimpin pas yang ramai berkaliber tumpas dalam pilihan raya yang lalu.inilah kifarah allah setelah pas beraja di mata bersultan di zakar.

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Kome pasti akan menang satu hari nanti

Anonymous said...

Cakap BODO Kutukan Dewata mash tak abis2 lagi. Cakaplah bende bernas sikit...kan kata ada MBA. Org yg ada MBA memang cerdik. Tengok Wan Zurik...cerdik kan.

Cerdiknya orang Cina memnag jelas bila mereka pakat sokong DAP dan tinggalkan DAP dan Gerakan. Tapi cerdik ornag Melayu suruh sokong UMNO...kan pelik. Buatlah cerdik macam orang Cina...pakat tinggalkan UMNO dan join PAS. Barulah cerdik namanya...

Aku nak tanya kamu Kutukan Dewata...adakah bila PAS bersatu dgn UMNO akan bertambah kerusi Melayu dalam parlimen...Pasti kamu tak upaya nak fikir sebab otak kamu dah mabuk dgn UMNO...

Anonymous said...

op..silap. Sebenarnya, "sokong DAP dan tinggalkan MCA"

Kutukandewata said...

anon 6.23,
awok memang di akui cerdik.orang baca komen awok aje orang dah tahu awak cerdik.

untuk makluman awak,kalau pas bergabung dengan umno,kerusi melayu akan bertambah bila mana kerusi yang diperuntukkan kepada mca kita bagi ke pas sebab kerusi ini melebihi 60%pengundi melayu.kalau mca berkeras kita boleh suruh dia orang masuk dap.sekarang bukan lagi umno pas atau mca dap.sekarang ni adalah melayu dan cina.cina dah buat keputusan tidak akan sokong kerajaan melayu umno.

bila bergabung dua parti melayu ni maka banyaklah kerusi yang menang tak bertanding.jimat duit umno atau pas.

umno 88 kerusi,pas 21 kerusi,pkr melayu 16.belum masuk pbb sarawak yang islam.sabah sarawak sokong kita atas dasar sama2 bumiputera.

melayu bumiputera akan jadi kerajaan yang kuat dan boleh memerintah sendiri tanpa cina mata sepet hati busuk.

pas nak ke putra jaya tapi ikut jalan pusing kejohor dulu.tentulah jauh.jalan dekat direct ke putra jaya tak nak ikut.dah hilang kerusi yang ada.muhasabah diri sikit,jangan asyik nak kutuk orang,melabelkan orang.

Anonymous said...

Hmmmmmmm.........

Berhentilah bercerita pasal bangsa....
Aku melayu totok.....
Tapi tetap tak undi bn.....
Bukan hanya cina ye....
Sekian dimaklumkan....

Anonymous said...

Nabi Muhammad pun mementingkan bangsa, sebab tu permulaan dakwah baginda berdakwah kepada bangsanya dulu, takde pun Nabi Muhammad bila dapat wahyu terus baginda pergi berdakwah pada orang Cina ajak masuk Islam.

Orang-orang Pas juga sebenarnya sangat menyayangi bangsa Melayu tapi di hati lain,di mulut kata lain sebab nak jaga hati Dap yang majoriti Cina. Tabiat bercakap bolak balik begini ialah ciri-ciri orang munafik. Sudah-sudahlah ustaz Pas berkata sesuatu berdasarkan kepentingan politik, cuba satu hari nanti Pas tidak lagi berkerjasama dengan Dap, pasti lain pula bicara penyokong Pas ni, sebenarnya ini telah pun berlaku, dulu ustaz Pas bukan main lantang mengajak orang melayu supaya jangan mengundi calon cina Mca ketika mereka melawan Mca, kini bila mereka pula bersekongkol dengan cina Dap tiba2 mereka menggelar cina itu sebagai kafir Zimmi pula, sekadar alasan untuk menghalalkan cara mereka. Sebenarnya kafir harbi dan zimmi ni cuma wujud zaman rasulullah dulu, zaman sekarang ni kafir zimmi dah tak ada, semua harbi.

Anonymous said...

Anonymous said...

Hmmmmmmm.........

Berhentilah bercerita pasal bangsa....
Aku melayu totok.....
Tapi tetap tak undi bn.....
Bukan hanya cina ye....
Sekian dimaklumkan....

June 10, 2013 at 10:45 PM

- mu melayu dutreo @ bushmanhottentot

Anonymous said...

Anon 9:53 AM ialah contoh penyokong Pas, kita lihat nanti bila Pas tidak lagi bekerjasama dengan Dap, Anon ini akan hujah cara lain pula.

Penyokong Pas bersungguh mengatakan Islam lah perjuangan kita bukan bangsa, Islam lah perjuangan kita kata Penyokong Pas ni tapi diri sendiri kaki main terup, kaki porno, kaki mesin kuda, kaki ekor, kaki gaduh, dan macam2 jenis kaki lagi.

Anonymous said...

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Penyokong Pas tetap akan kata mereka lah kelompok yang paling baik walaupun kerja mereka ialah mengumpat 25 jam sehari.

Tapi bila ditegur sikap mereka yang suka mengumpat, mereka akan jawab bukan mengumpat tapi menceritakan kebenaran betapa jahatnya orang umno, ceh jahat orang je dia nampak.

Anonymous said...

Islam juga mementingkan bangsa. Sebab itu al-quran diturunkan dalam bahasa Arab. Bahasa menunjukkan bangsa. Hikmahnya ialah supaya bangsa Bani Israel tidak terus berlagak.

Malah dalam dakwah nabi, bukan saja mementingkan bangsa Arab tetapi juga mementingkan bani-bani tertentu.

Maka apa salahnya jika Melayu berbangga dengan bangsa Melayu? Kebetulan, Melayu di Malaysia majoriti ialah Islam. Orang Pas sering berkata bukan semua Melayu itu Islam, benar tapi kalau kita lihat di Malaysia ini cubalah cari disekeliling kamu, takkan jumpa satu orang pun Melayu yang bukan Islam. Itu lah uniknya kita Melayu di Malaysia ni.

Kalau satu hari kita susah, sedara Melayu kita InsyaAllah akan tolong kita, tapi sedara Islam kita dari Ghana atau dari Uruguay mustahil akan datang tolong kita, nah disitu saja sudah nampak pentingnya menyayangi bangsa.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...