Rakyat Malaysia, majoriti mahu lihat BN yang menang simple majoriti memerintah. Orang UMNO mahu lihat kepimpinan yang kuat.
Biar pun apa-apa spekulasi politik...UMNO amat menghormati kuasa dan pemimpin yang kuat.
Jika Najib tunjuk kekuatan dan kepimpinan memerintah Malaysia tanpa takut, pada masa yang sama bergerak ke depan bersama team yang berpengaruh dalam UMNO, Najib boleh menghadapi cabaran terhadap kepimpinan beliau dengan yakin.
Sebagai Presiden UMNO, PM, Najib ada banyak kuasa boleh diguna untuk kekal berkuasa dan melawan sebarang cabaran serta memerintah negara secara berkesan.
Jika setiap hari menghabiskan masa berfikir apa yang akan berlaku ianya adalah membazir mandat yang diberi oleh rakyat.
Jika musuh itu boleh digosok, belailah.
Jika musuh itu selalu diberi muka tapi degil juga maka sepak dan terajang terus...
Rakyat mahu lihat apa yang Najib mahu cakap tentang arah masa depan ekonomi Malaysia itu yang lebih penting.
No comments:
Post a Comment