Rekod jerebu terburuk pernah dicatat IPU 839 di Kuching pada 1997 hingga darurat diistiharkan.
Jerebu memang memberi kesan kepada kualiti udara. Jerebu choked haze memang buat orang moody dan sakit jiwa psikologi. Kualiti udara contoh di Muar sangat bahaya catat IPU 453! Sekarang sudah jangkau IPU 746.
Sudah tentu Jerebu juga beri kesan kepada politik terutama yang suka perhimpunan terutama penyokong Pakatan Rakyat.
The Malaysian Insider estimate 20,000 di perhimpunan Padang Merbok. Free Malaysia Today estimate 30,000.
Perhimpunan Black 505 macam hilang steam. Anwar Ibrahim menyalahkan jerebu. Ramai peserta lepas 1 jam berhimpun terus belah seawal 3.30 pm.
Heat, haze and boring speeches. Tired and sick for the weather...
Ibu bapa yang bawa anak-anak terpaksa balik awal sebab cuaca jerebu buruk.
40 speaker berucap...tetapi orang ramai nampak tidak berminat mungkin sebab jerebu IPU bahaya dan cuaca jadi panas.
Sebab itu WZWH faham sekarang kenapa masa kat UK orang putih selalu cakap dan sembang pasal weather...
Keadaan jerebu yang bacaan IPU melepasi 453 memang buat kita tidak selesa.
Moral of the story posting WZWH kali ini ialah kita rakyat Malaysia tidak kira penyokong BN dan Pakatan Rakyat mesti memperjuangkan isu-isu alam sekitar kerana gagalnya kita mengurus sumber ekonomi dengan tidak cekap dan berkesan membuatkan musibah jerebu.
Bukan saja Malaysia malah negara-negara jiran mesti belajar dari apa yang berlaku. 16 tahun keadaan jerebu ini masih membelenggu kita.
Indonesia kata hutan terbakar, ladang terbakar dan kawasan hutan yang diterang untuk tanam kelapa sawit adalah punca jerebu. Jabatan Hutan Indonesia juga mendakwa syarikat Malaysia banyak terlibat.
Ini bukan soal jerebu sahaja tapi bagaimana Malaysia dan serantau mengekalkan hutan semulajadi. Pokok balak jangan banyak ditebang.
Sebatang pokok balak begitu banyak menyumbang kepada kegunaan sistem ekologi yang dikongsi bersama.
WZWH perlu menyatakan isu alam sekitar adalah agenda utama politik negara juga perlu melibatkan negara-negara jiran.
Jika perlu GREEN PARTY wajar ditubuhkan di Malaysia untuk mendesak...jika Kerajaan BN dan pembangkang Pakatan Rakyat gagal menguruskannya.
Anwar Ibrahim perlu rebranding politik dari memperjuangkan rasuah, PRU tipu, kerajaan BN incompetent, demonstrasi jalanan kepada isu-isu alam sekitar seperti mantan Naib Presiden Amerika Al Gore.
Anwar Ibrahim perlu rebranding politik dari memperjuangkan rasuah, PRU tipu, kerajaan BN incompetent, demonstrasi jalanan kepada isu-isu alam sekitar seperti mantan Naib Presiden Amerika Al Gore.
2 comments:
kesian ke nua
orang pas jadi pak turut belaka ngikut ke pak nuar ni
Post a Comment