Friday, June 7, 2013

Kepimpinan UMNO Jerantut 2013-2018




Tahun ini tahun pemilihan UMNO baik di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat. 3.4 juta ahli UMNO boleh memilih pemimpin dan barisan AJK, Ketua Bahagian dan AJK dan Presiden dan Majlis Tertinggi termasuk sayap-sayap.

3.4 juta ahli UMNO ghairah mahu memilih pemimpin-pemimpin.

Jika sebelum ini calon-calon parlimen dan DUN PRU 13 ditentukan oleh Presiden dan War-room serta committee dan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sekarang kepimpinan UMNO baik diperingkat Bahagian dan Mahlis Tertinggi ditentukan oleh ahli-ahli UMNO.

Mungkin Presiden dan Badan Perhubungan Negeri yang diketuai oleh MB dan KM tentu mempunyai tokoh-tokoh tertentu terutama jawatan Ketua UMNO Bahagian yang mereka suka namun KUASA memilih terletak kepada ahli-ahli UMNO.

WZWH mengakui kebiasaannya tokoh-tokoh yang menjadi pilihan Presiden dan Badan Perhubungan UMNO Negeri mempunyai advantage kerana bila tokoh-tokoh ini bukan sahaja akan disokong secara moral malah 'kekuatanan-kekuatan' lain akan dipakejkan.

Politik UMNO mudah kroni diutamakan.

Jika tokoh-tokoh kroni itu mempunyai merit dan kualiti kepimpinan maka UMNO beruntung namun amat malang bila tokoh-tokoh kroni itu hanya pemimpin UMNO mediocre yang dipilih kerana "disukai" atas-atas sebab tertentu.

WZWH percaya Presiden UMNO dan Badan Perhubungan UMNO Negeri boleh memilih kepimpinan yang betul dan tepat.

Amat malang jika pemimpin yang dipilih tidak boleh memberi prestasi yang baik bagi parti dan tidak boleh menarik minat masyarakat ramai menyokong parti.

Ini boleh menjejaskan persiapan UMNO bagi menghadapi PRU 14.

Samada kepimpinan yang disukai oleh pemimpin atasan UMNO atau pemimpin yang disukai oleh grassroot itu terletak kepada pilihan yang bakal dibuat oleh 3.4 juta ahli UMNO.

Bagaimana dengan kepimpinan UMNO Jerantut 2013-2018?

Pengalaman politik WZWH mudah panduannya:

Ahli parlimen Jerantut biasanya secara tradisi Ketua UMNO Bahagian. Sejarah politik Jerantut kalau ada sesiapa mahu lawan ahli parlimen merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian biasa tokoh itu selalu kalah.

Ahli parlimen memang sesuai jadi Ketua Bahagian sebab dia ada peruntukan RM500,000 setahun. Kadang-kadang tambahan RM1 atau 2 juta.

Ketua Bahagian bukan sahaja kena jaga Bahagian tapi juga kena tengok-tengok sayap-sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri. Disamping menjaga kebajikan ahli-ahli UMNO dan masyarakat Jerantut.

Ahli parlimen kena ada rasa tanggungjawab jangan mengelat tidak mahu pegang jawatan Ketua UMNO Bahagian. Jangan takut memimpin. Soal duit jangan bimbang, UMNO ada cara cari duit. Duit lebih PRU 13 banyak lagi buat apa simpan baik labur kepada UMNO.

Timbalan UMNO Bahagian kekal yang ada.

Naib Ketua beri wakil rakyat yang ada.

Maka ahli parlimen, ADUN Tahan, dan ADUN Pulau Tawar ada tempat.

Kalau hendak berlawan juga itu terpulang kepada pihak yang bercita-cita tinggi.

WZWH berpendapat jangan buang masa berlawan habis tenaga, masa dan duit.

Jawatan bukan jaminan anda boleh jadi wakil rakyat jika anda berminat mengikut "politik baru Pahang".

Pengalaman politik Jerantut yang lepas:


  • Yang selalu berlawan itu dua-dua kena buang.
  • Yang duduk diam lama 8 tahun sahaja boleh jadi calon.
  • Yang jadi wakil rakyat 3 tahun tidak balik kawasan boleh bertanding.
  • Yang wakil rakyat buat kerja bersungguh-sungguh tidak dihargai dan samada tidak naik pangkat atau digugurkan.
  • Yang wakil rakyat ada nasional stature pun dipinggirkan.
  • Yang penampilan nampak warak dan baik selalu ditonjolkan walaupun tidak competent.


Ahli-ahli UMNO Jerantut perlu ingat "politik baru Pahang" tidak reti mahu appreciate kerja baik seseorang tokoh politik.

Buktinya parlimen Jerantut dan 3 DUN menang PRU 13 tapi apa pengiktirafan, ganjaran dan hadiah yang diberi?

NOTHING....NOTHING...NOTHING...

WZWH telah beri gambaran kepimpinan UMNO Jerantut 2013-2018 terpulang kepada 25,000 ahli UMNO Jerantut mencorak kepimpinan.

Ingat UMNO dan BN menang PRU 13 bukan kerana UMNO itu kuat tetapi kerana orang Melayu dan Bumiputera terutamanya tiada pilihan untuk memangkah selain UMNO!

UMNO perlu lebih appreciate sokongan yang beri oleh rakyat.

13 comments:

adrianiamri said...

Salam.

Nampaknya dengan Ku Lan sudah mengundur diri, maka UMNO Jerantut akan mendapat ketua bahagian baru. Persoalan sekarang samada ada pertandingan atau tidak?..

Adakah tradisi terus berjalan ikut alirannya?.. Atau orang lama melihat peluang..

Hj Nazlan ternanti-nanti samada 2 lawan lain punya pendirian. Menyokong atau melawan?.

Dato' Wan Amizan atau Dato' Shukri?

Team mana akan mengalah? Atau pengerusi UMNO Pahang sekali lagi akan campur tangan settle kerumitan yang melanda..

Dato' Shukri dirasakan akan bermati-matian untuk memenangi jawatan Ketua Bahagian setelah tewas alam pemilihan lalu.
Tetapi kenalah faham, pemilihan tahun ini agak berbeza. Percaturannya lebih pemilihan peringkat pusat. Kita lihat siapa akan menjadi proksi mereka.

Anonymous said...

Dato' Shukri dirasakan akan bermati-matian untuk memenangi jawatan Ketua Bahagian setelah tewas alam pemilihan lalu.

Tetapi kenalah faham, pemilihan tahun ini agak berbeza. Percaturannya lebih pemilihan peringkat pusat. Kita lihat siapa akan menjadi proksi mereka.

Siapa proksi Presiden Najib di Jerantut? Dato' Dr Shukri atau Dato' Wan Amizan? Presiden Najib tidak kenal Haji Lan!

Anonymous said...

Anon 8:00 suruh saja mana-mana three stooges bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Pilih salah satu:

1) Dato' Bazin nyanyok
2) Haji Kamaruzaman Barua
3) Dato' Wan Bakar gila nak jadi YB

Ini tiga orang yang merosakkan UMNO Jerantut selama ini.

Anonymous said...

Saper tak nak jdi Ketua Bahagian. Semua peruntukan dia boleh kebas. RM500,000/= - RM1 juta, peruntukan tahunan. Itulah yang menjadikan mereka sanggup keluarkan rmjuta2, demi mencapai hasrat dan cita2 prujit. Maka berlakulah sebatang pencil harga RM0.50/= c : atas lo RM5.00/=. Bila kena siasat macam2 dalih. Setiausaha silap taip, bendahari bahagian dah lulus. Semua komsen2 komsen komsen. Hiduplah ama no...

Anonymous said...

Kehkehkeh......

Pemilihan bahagian lagi menyeksakan berbanding bertanding PRU



..........
Kuikuikui.... pakcik kayo...

Anonymous said...

org jentet xbudur cam dulu2 lagi daa, asik kena tipu dgn ppmpin pulitik, kroni, makan ditangan. tahu dah kepala kome ni kena gadai jualan lelong deme jer.

usin gampang said...

anon 9.08 am,
nampok sangat awak kaki fitnah.ketua bahagian tak ada peruntukan.ahli parlimen ye ada.

duit sumbangan umno perhubungan negeri akan di salurkan ke akaun bahagian bila ada majlis aje.

duit ni bendahari jaga.kalau habis duit tu kena tanya bendaharilah mana pergi duit.mungkin pergi kekocek sape2.

Anonymous said...


usin gmpg jgn, tak tau tapi menegak benang yg bsh. duit jota2 sapa kontrol. ahli parlimen dia ada peruntukan ahli parlime, tapi duit bhg di kontrol oleh ketua bhg. itu dua peruntukan berbeda. itulah kena arif berpolitik, kena tahu juga hidupan seperti tebu ditanam dijadikan bahan sajian, teberau juga boleh dimakan, tapi tumbuh melata, tapi dimakan oleh tikus dan tupai. faham ke!!!

Anonymous said...

banyak cakap.awok layak duduk dalam ladang sawit macam indon atau duduk ulu sg sepia kawan dengan orang saye.

Anonymous said...

Mujor ado ladang sawit kijo mace indon jiko tarok indon puok aok tak dapat nak goyang telo masok pitis senalar. Cam make darah sedaro sendiri.

Unknown said...

A.B.U= ALLAH BERSAMAMU UMNO .. Ketepikan dan jangan peduli apa yg diaorg nk kata , nk fitnah bkn kita yg dpt dosa kering pun . Lakukan yg terbaik demi kebaikan , pembangunan dan mantap kan ekonomi untuk rakyat dalam parlimen jerantut dan dun tahan khusus nya . Insyaallah mereka2 tu akan kembali kepada kita ..

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Usin tu ghodong kas

usin gampang said...

kehkehkeh...hehehe..
wa cayang lu.wa umno lu pas tapi kita adik beladik.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...