Nuffnang Ads

Pages

Friday, June 21, 2013

Go Green: Inisiatif Tengku Temenggong Pahang


Tengku Temenggong Pahang Ikon Baru NGO Alam Sekitar Malaysia

Apa yang berlaku kebakaran hutan Indonesia menyebabkan jerebu choked haze menyerang Malaysia dan Singapura.

API index mencecah lebih 300  di Johor menyebabkan lebih 520 sekolah ditutup. Di Singapura pagi tadi API index mencapai lebih 400.

Betapa pentingnya sumbangan pokok-pokok hutan. Sebatang pokok hutan memberi oksigen dan menyumbang kepada sistem ekologi.

NEGERI PAHANG AMAN SENTOSA
KAYA DENGAN TUMBUH TUMBUHAN
NIAT DI HATI NAK BUAT JASA
MUDAH MUDAHAN TUHAN KABULKAN

1,000,000 pokok akan ditanam di Pahang dalam masa 10 tahun.

Sekarang yang sudah ditanam oleh Temenggong Initiative berjumlah lebih 5000 pokok.


Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 19 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers akan dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.

YAM Tengku Ariff Temenggong walaupun umur masih muda tapi telah menunjukkan contoh teladan yang baik bagi rakyat Pahang terutama golongan muda Pahang agar sayang dan menjaga alam sekitar. Rakyat Pahang perlu tahu fakta bahawa kalau tiada negeri Pahang yang bergunung ganang ini sudah tentu banyak sungai di negeri-negeri yang berjiran dengan Pahang kekeringan kerana punca-punca anak sungai banyak terletak di negeri Pahang.

Hutan tebal Pahang terutama di Taman Negara Jerantut Pahang banyak membekalkan oksigen menyegarkan Semenanjung Malaysia. Sudah sampai masanya Pahang patut mengenakan caj kepada Kerajaan Pusat kerana bekalan percuma oksigen yang segar dari hutan Pahang.

YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang merupakan ikon baru Pahang yang akan menjadi ikutan golongan muda bukan sahaja di Pahang bahkan seluruh Malaysia tidak lama lagi. Gerakan "Green Movement" dan NGO Alam Sekitar sudah tentu merasa bangga kerana mempunyai pemimpin muda yang baru yang akan memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Sesungguhnya YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah mewarisi bakat kepimpinan dari ayahandanya Tuanku Sultan Pahang.

6 comments:

Anonymous said...

Harap perhatian Tengku akan dialihkan pula kepada penebangan hutan secara "halal" dan "haram" di Cameron Highlands, semoga Tenku akan memaklumkan kpd DYMM Sultan Ahmad Shah untuk memerintahkan langkah2 segera memulihpelihara hutan Camerons yang telah di perkosa. Dan membawa ke muka pengadilan petualang2 yang telah memperkosa Camerons.

sri hartamas

Anonymous said...

Itu tanya DO Cameron Highlands, Mat Daud apa dia buat sebagai DO menghalang penebangan hutan dan penerokaan tanah haram.

Anonymous said...

MAT DAUD MANA BERANI.GANGSTER CINA DAH HANTAR PELURU KAT DIA.NANTI HILANG NYAWA.

Anonymous said...

susah juga nak buat kerja dengan jujur

usin gampang said...

sebab tu jangan ajar buat benda yang di larang tuhan.dah dapat kifarah!kat jerantut bolehlah jadi macam raja.kat cameron highland jangan buat main-main.

Anonymous said...

patut la dap nak sangat ke cameron helan ni, orang pas sokong semacam,