Friday, June 14, 2013

UMNO Jerantut Bahagian Pertama Mahu Calon Ku Li Cabar Najib?





Ku Li bersama Ku Lan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Prestasi UMNO dan BN Jerantut yang terbaik dalam PRU 13 bila:

  • Ahli parlimen menang
  • ADUN Damak menang
  • ADUN Pulau Tawar menang
  • ADUN Tahan menang.

Walau ramai meramalkan parlimen Jerantut dan 2 DUN bakal tumbang.

Tapi ahli dan jentera parti bekerja kuat bagi memenangkan UMNO dan BN.

Malangnya UMNO Bahagian Jerantut tidak dihargai bila:

  • Ahli parlimen biasa tiada jawatan dalam kerajaan
  • ADUN Damak tiada EXCO tapi silap dasar MCA sendiri
  • ADUN Pulau Tawar tidak dapat EXCO
  • ADUN Tahan pun tidak dapat EXCO

Jadi 25,000 ahli UMNO merasakan wakil rakyat mereka tidak diberi nilai dan dipandang enteng oleh Putrajaya mahu pun Kuantan.

Ada sebahagian ahli UMNO yang berpendapat adalah wajar 25,000 ahli UMNO Jerantut pun boleh memberi nilai kepada mana-mana pemimpin UMNO pusat yang mereka suka.

Rumours mengatakan ada gerakan mahu mencalonkan Ku Li mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Cakap-cakap kedai kopi begitulah...

WZWH berharap majoriti ahli UMNO Jerantut tidak terpengaruh dengan gerakan ini dan pertahankan Najib sebagai Presiden UMNO.

WZWH selalu tulis dalam blog WZWH supaya orang UMNO Jerantut kena banyak bersabar...

Tapi siapa WZWH seorang blogger Jerantut yang tidak bernilai!

Khabar Angin Ku Li Cuba Rayu Sokongan Pemimpin Sabah, Sarawak Untuk Cabar Najib Tersebar. Sila klik sini.

19 comments:

Anonymous said...

KETUA BAHAGIAN HJ NAZLAN VS WAN AMIZAN!!!!!!!!

Anonymous said...

Memang sepatutnya dalam mana2 parti,apa2 jawatan perlu dipertandingkan.ini akan dapat menyuburkan demokrasi.seandainya Ku Li hendak bertanding jawatan presiden,raikanlah hasratnya dengan perasaan terbuka.kesediaan ahli untuk menyokong atau tidak biarlah dibuat melalui pemilihan.

Anonymous said...

Suka lah orang kelantan kalau Ku Li jadi PM. Maka orang-orang Kelantan yang dah 3 generasi menumpang di kampung-kampung Kelantan dalam negeri Pahang, boleh la balik semula ke negeri asal datuk anda, kerana kami anak-anak jati Pahang ingin menuntut semula kawasan-kawasan yang dulunya datuk-datuk kami izinkan datuk-datuk anda tumpang bertani kerana kasihan, kini setelah tiga generasi tiba-tiba pula anda mengaku kawasan itu hak anda turun temurun, terus melupakan bagaimana keadaan datuk anda ketika datang dulu, betapa susah dan merayu dari datuk kami, hari ini anda langsung tidak menghormati kami selaku cucu kepada orang yang telah memberi datuk kamu tumpang bertani dulu?

Anonymous said...

memang betul, gedebe sangat kononnya, langsung tak hormat anak jati pahang

Anonymous said...

WZWH,

Mung Fokus kepada mengajar supaya anak didik terhasil yang baik berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

POLitik Jerantut tiada nilai kerana asek bergasak dan berdembor je.


serupa keadaan jerantut mundur dan termundur. dulu kini dan selama nya.... heeeehaaa. Geli geleman rase nya.


Wan Kelembai.

Anonymous said...

haji nzari ketua bahagian
labak timb ketua bahagian
nizam gemuruh naib ketua

ada siapa berani lawan selagi do yang nni ada?

Anonymous said...

Nazlan jgn nk berangan nk k.bahagian..bercakap takhbur dlm ceramah. Kedekut pulak. Kesian deme

Anonymous said...

Anon 8.36 pm dan 9.31 pm,
Angkuhnya kata-kata kamu.saya doakan kamu akan dikurniakan menantu,adik ipar atau keluarga di kalangan orang Kelantan.mungkin tatkala kamu tua,orang itu akan menjaga kamu.semoga Allah limpahkan rahmat kepada kamu.

Anonymous said...

Anon 7:47, saya setuju dgn Anon 8:36, itu bukan angkuh tapi realiti. Kalau Anon 7:47 juga termasuk dalam golongan tersebut, ingatlah dari mana dan mengapa anda berada di bumi Pahang ini. Kami orang-orang Pahang tidak pula membuat perkara yang sama di negeri anda. Dah tiga generasi hidup di Phg tapi tak reti cakap lorat Phg, tak reti hormat anak-anak asal Phg, merebut pelbagai peluang yang sepatutnya jadi milik anak Phg, bersikap samseng tak sedar diri mendatang, berniaga di kedai-kedai makan mengharap pelanggan dari anak Phg tapi masakan tidak senonoh kotor dan tidak menghormati pelanggan yg dalam tubuhnya mengalir darah Kesultanan sebenar negeri ini...

mulut jahat said...

jom joli duit umno.

labok said...

jom sokong pas

kbk k,tahan said...

sokong pas makin bayak kerja majlis daerah aku dapat,kenapa perlu sokong umno.yb2 umno bukan ada power.

Anonymous said...

sokong pas makin bayak kerja majlis daerah machang aku dapat,kenapa perlu sokong umno.yb2 umno bukan ada power.

Anonymous said...

ada sorang yang kuat pas tu, sebelum pru13 dulu dia bukan main kerek dgn orang umno sebab yakin pas akan menang dan dia akan mudah dapat projek, tengok-tengok pas terbungkam lagi, maka dia pun mula la terhegeh-hegeh pegi menginding pada orang umno mengharapkan dapat projek sebab poket dah kering macam badan dia juga kering, kerja tak ada projek tak ada duit tak ada macam mana nak kawin tamatkan zaman bujang, nak harapkan rakan-rakan pas tawar jadi menantu lambat lagi la, deme pun nak yang berduit juga buat menantu awak apa ada, nak kata warak pun tak juga menyokong pas je lentung lentang, otak kosong

Anonymous said...

kito orghe kelate jugok duk tanjung betong,kito buat mugo melok ja,kadang2 la kito belit jugok la ko kontraktor orghe pehe yang budo tuh.

Anonymous said...

orang-orang kelantan kelahiran tanjung betong, paya garuk, besul, batu balai, kampung pisang, paya rajin, gong halt, kampung congo, kampung sempadan, paya teh, pulau mansok, cek awas, sungai mai, damak, dan lain-lain, kami orang-orang pahang tidak pernah menerima anda sebagai anak pahang, anda tetap pendatang tolong hormati kami warisan anak pahang turun temurun

Anonymous said...

sesiapa orang pahang yang berkunjung ke pasar khadijah, kalau masa membeli tu bercakap loghat pahang jangan harap nak dapat harga murah, silap-silap dia cas dua kali ganda harga, macam itu dia layan kalau tak reti cakap negeri dia

Anonymous said...

bodo anon kat atas ni, tapi ada betul juga apa dia kata

Anonymous said...

Alaa kecoh lah orang Pahang yang terlebih semangat kenegerian ni... Aku yang lahir KL dan duduk KL ni boleh je terima orang dari negeri lain masuk duduk dan cari rezeki. Sekurang kurangnya orang Kelanatan tu warganegara Malaysia jugak. Kalau betul nak pertahankan sangat negeri tu, halau semua pendatang asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh tu. Terutamanya dari Aceh, diorang ni yang banyak rampas peluang perniagaan dan pekerjaan rakyat Malaysia.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...