Friday, June 21, 2013

WZWH Prophesy: The Constitutional Monarchy Of Communist Malaysia


Politik apa yang terbaik untuk orang Melayu. Feudalism telah dicuba beribu-ribu tahun. Kolonisasi, globalisasi, free trade buat orang Melayu eksperimen dengan nasionalisma. Nasionalisma melalui demokrasi ala England buat Malaysia seperti hari ini.

Walau ada orang Melayu yang mahu ideologi sosialis, Islamis, namun nasionalisma masih berkuasa di Malaysia.

Gerakan liberal, demokrasi global mendesak buat perubahan melanda landskap politik negara. PRU-PRU terkini buat orang Melayu berfikir apa ideologi terbaik.

Demokrasi terbukti memecahbelahkan orang Melayu menjadi lemah. Demokrasi tidak boleh menguatkan orang Melayu. Islam agama terbaik dan lengkap tetapi oleh kerana majoriti orang Melayu adalah bangsa yang tidak memahami ajaran agama seperti bangsa Arab maka Islam dipersia-siakan.

Dalam keadaan orang Melayu  membentuk 60% daripada 28 juta penduduk Malaysia dan menguasai hanya tidak sampai 15% ekonomi negara maka apa bentuk ideologi yang sesuai demi kepentingan orang Melayu.

WZWH meramalkan akan lahir seorang pemimpin Melayu yang kuat, berkarisma, beriltizam mempengaruhi orang Melayu dan lain-lain supaya memilih ideologi komunis baru.

Oleh kerana orang Melayu tidak boleh dipisah dengan Raja maka ideologi baru ini dinamakan The Constitutional Monarcy Of Communist Malaysia.

Kekayaan negara akan diagihkan semula kepada semua masyarakat.

Tidak akan ada golongan yang terlalu kaya dan tidak ada golongan yang terlalu miskin.

Ketika itu China akan menjadi superpower no 1 dunia.  China negara Komunis tapi kaya.

Kenapa tidak Malaysia menjadi negara Komunis Beraja tapi kaya?

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...