Friday, June 21, 2013

Bakar Hutan Indonesia Isu Jerebu Menyakitkan Malaysia Dan Singapura



Indonesia negara besar. Hutan luas. Teknologi kelapa sawit Malaysia dan korporat Malaysia diikuti Singapura melabur tanam kelapa sawit. Korporat Indonesia pun JV.

Masalahnya teknik zero burning tidak diikuti. Semua hutan dibakar. Selama 16 tahun dari bulan Jun hingga September ini memberi masalah yang sama jerebu @ haze melanda Malaysia dan Singapura.

Setiap kali jerebu tinggi Air Pollutant Index mencecah paras bahaya  Singapura dan Malaysia sakit jiwa.

Biasanya Singapura bising. Malaysia mahu membantu.

Indonesia selalu kata, " itu syarikat ladang kelapa sawit dari Singapura dan Malaysia ada yang terlibat".



Bila jerebu paras bahaya kesihatan rakyat terjejas, pandangan terhad membahayakan kenderaan, airport dan port, sekolah tutup. Pelancong tidak suka datang. Semua orang moody sebab psikologi terganggu.

16 tahun ini tetap masalah yang sama melanda Indonesia melibatkan Malaysia dan Singapura.

Kenapa tidak boleh selesai?

Bapak SBY, Pak Najib dan Pak LHL perlu duduk semeja selesaikan isu regional ini jerebu celaka.

10 comments:

Anonymous said...

baler-baler la tu .......

Faizal Pajero said...


Pak Sudorno tinggal di Bengkalis, provinsi Riau, ada 1 bini & 6 anak.

kais pagi makan pagi, tiap2 hari kerja menebas & membakar hutan, utk tanam semula Kelapa sawit & sedikit sayuran dari kebun.
kalau ada sedikit rezeki hari tu, adalah sedikit makaann utk keluarga dia, selalunya tak cukup terpaksa berlapar sehingga ke sore.

Pak Sudorno tak ada handpong atau TV LCD 49", jauh sekali mengenal dunia Internet, social media facebook, apatah lagi Bapak Najib atau Bapak LHL, atau kereta Lamborghini/Porsche yg dimiliki oleh warlord2 UMNO.

Kerja dia adalah hidup dia, keperitan hidup dia adalah kerja dia, dia tidak bikin ambil peduli pasal satu Malaysia atau Singapura.

survival of the fittest in true sense, struggle to survive all day in out.

itu yg pemimpin Malaysia & Singapura tak akan paham2 sampai bila2 berkenaan jiran kita yg bernama Indonesia


Faizal Pajero

Hulubalang UMNO Jerantut



Unknown said...

Satu pendapat dan keterangan yg baik dari faizal pajero .

Anonymous said...

Singapore’s smog index hit the critical 400 level on Friday, making it potentially life-threatening to the ill and elderly people, according to a government monitoring site.

The record level was reached at 11:00 am after a rapid rise in the Pollutant Standards Index (PSI), which measures the haze crisis caused by Indonesian forest fires.

Indonesian and Singaporean officials have been holding emergency talks on how to extinguish the fires on farms and plantations on Sumatra island, which are also affecting Malaysia.

Anonymous said...

– Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengesahkan tiada syarikat Malaysia terlibat dengan aktiviti pembakaran hutan dan tanah pertanian di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Jakarta gagal menyenaraikan syarikat negara ini yang didakwa menjadi punca berlaku kebakaran dan jerebu sejak bulan lalu.

Menurutnya, sehingga hari ini tidak ada sebarang laporan dikemukakan oleh republik berkenaan walaupun permintaan mengenainya (senarai syarikat terlibat) telah dikemukakan beberapa kali.

‘‘Kita juga pernah minta (senarai syarikat terlibat) pada Mesyuarat Kerjasama Menangani Jerebu Peringkat Menteri Alam Sekitar baru- baru ini, tetapi mereka (Indonesia) tak mahu bagi.

‘‘Sebelum ini pun kita dah bagi tahu jika benar ada syarikat yang terlibat, tangkap dan bawa sahaja ke mahkamah. Tetapi sampai hari ini tidak ada satu pun syarikat dari negara ini yang didakwa,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelewatan negara jiran itu menyerahkan laporan siasatan berhubung pembabitan syarikat Malaysia dengan aktiviti pembersihan hutan, sekali gus menyebabkan jerebu.

Sebelum ini pemimpin ASEAN menyuarakan kekesalan dan mengkritik Indonesia kerana lambat bertindak mengatasi masalah pembakaran terbuka di beberapa wilayah di Indonesia khususnya di Sumatera dan Kalimantan.

Ini kerana jerebu yang dibawa dari negara sumber itu telah menimbulkan masalah kesihatan penduduk, mengganggu kelancaran pengangkutan udara dan laut di negara jirannya.

Azmi berkata, Indonesia tidak sepatutnya menyalahkan syarikat Malaysia semata-mata dalam isu jerebu, sebaliknya berfikiran lebih terbuka.

Ini kerana katanya, kebanyakan syarikat yang didakwa hanya menjadi rakan kongsi atau pemodal yang berkerjasama dengan syarikat di sana untuk memajukan sektor pertanian dan pembalakan.

‘‘Kebanyakan syarikat tempatan hanya menyumbang modal dan kalau ada (yang beroperasi di Indonesia) pun mereka wujud atas nama perkongsian dengan syarikat Indonesia bukannya menggunakan nama syarikat di Malaysia,’’ tambahnya.

Azmi turut mempertikaikan keberkesanan undang-undang berhubung pencemaran di negara itu yang gagal mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.

Ujar beliau, sekiranya pihak berkuasa negara itu benar-benar serius hendak menangani kejadian jerebu, soal penyenaraian syarikat Malaysia tidak perlu dibangkitkan kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi.

Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui yang dihubungi berkata, kelewatan Indonesia menyerahkan laporan siasatan berhubung kejadian jerebu menyukarkan kementeriannya.

Anonymous said...

Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.

“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.

“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

76 titik panas di Malaysia

Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura.

Kebakaran hutan di Sarawak dan Kelantan ini menambah masalah yang dihadapi negara kerana ketika ini berdepan dengan kabut asap yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera.

Kabut asap Sumatera mulai menyelimuti Johor dan Melaka minggu lalu.

Malaysia menyatakan kabut asap kian hari semakin menebal menyebabkan terpaksa menutup 200 sekolah di kawasan berkenaan.

Malaysia juga mengirim surat ke Indonesia meminta Jakarta segera mengatasi kebakaran hutan di Sumatera.

Anonymous said...

HOI dengar cerita wan mizan tak bertanding umno hahaaaaaaaaaaaaa

Unknown said...

Bertanding atau tak yang penting dia dah bagi perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk di dun tahan dan seluruh parlimen jerantut . Kami tetap di belakang dato wan mizan ..

Anonymous said...

kih kih kih kih kih kih kih kih.....

Anonymous said...

din cikgu temin kuat sgt sokong pas tapi dok himpit hj lan juga nak naik pangkat

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...