Monday, June 10, 2013

Pembangkang Dan Orang Cina Mahu Najib Jadi Pemimpin UMNO Yang Kuat Demi Kestabilan Malaysia


DS Najib PM Malaysia. Kena ingat DS Najib bukan sahaja PM orang UMNO dan BN.

DS Najib juga PM bagi orang PKR, PAS dan DAP. DS Najib PM rakyat Malaysia.

DS Najib PM bagi urban dan luar bandar.

Dalam kemelut politik Malaysia pecah kepada urban dan luar bandar, polarisasi kaum, pepecahan orang Melayu dan cabaran ekonomi mendatang...semua pihak tidak kira pembangkang, orang Cina, orang Melayu dan rakyat Malaysia mahu DS Najib ditransformasi menjadi pemimpin UMNO yang kuat.

Pembangkang mahu DS Najib perlu membuktikan beliau seorang pemimpin yang kuat. Pemimpin yang menunjukkan ketegasan seperti Tun Mahathir. Kestabilan negara memerlukan pemimpin yang begini sifatnya.

DS Najib mesti menghapuskan polarisasi kaum dengan pendirian yang jelas, jangan biarkan Utusan Malaysia kerap memprovokasi orang Cina dan tunjukkan kesungguhan menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan.

DS Najib perlu menjadi seorang pemimpin yang orang Melayu boleh mempercayai dan tidak menghampakan orang Melayu walau selalu beliau menunjukkan kerangkuman dan keadilan kepada kaum-kaum lain.

UMNO tidak boleh berfungsi jika pemimpinnya lemah, juga negara tidak boleh mempunyai pemimpin yang lemah. Dengan banyak indoktrinasi termasuk peringatan bimbang kepada ancaman kaum-kaum lain memerlukan UMNO mempunyai pemimpin yang kuat.

Pemimpin yang tidak takut kepada keluarga sendiri. Tidak takut kepada warlord UMNO. Pemimpin yang boleh menggunakan kekuatan keyakinan sendiri dan kekuatan intelek untuk menjayakan agenda ekonomi dan sosial dengan berjaya.

Tun Mahathir sebagai contoh pemimpin yang kuat. Walau pernah buat beberapa kesilapan semasa eranya, beliau selalu mendapat kepercayaan orang UMNO.

Tun Mahathir tidak berkasar kepada orang Cina kerana beliau selalu mendapat sokongan dari mereka. Tun Mahathir adalah seorang pemimpin Melayu yang kuat juga diterima oleh kebanyakan orang bukan Melayu.

Tun Mahathir berani dan sangat berani membubarkan DEB dan mengantikan dengan DPN dan melontarkan Wawasan 2020 yang membayangkan masa depan negara bangsa pelbagai kaum.

Tun Mahathir juga membuat murid-murid sekolah belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Tiada siapa mahu memperlekeh dan menyerang Tun Mahathir dan dasar-dasarnya. Tiada bising-bising dari usahawan UMNO kerana Tun Mahathir mempunyai pandangan jauh mengagihkan kekayaan negara secara adil.

Itulah seorang pemimpin UMNO yang berkeupayaan.

DS Najib belum lagi fit dalam kerangka menjadi seorang pemimpin yang kuat.

Beliau seorang anak lelaki mantan PM Tun Razak yang dilahirkan dengan sudu perak dalam mulutnya dan hari ini hidup dalam kehidupan orang kaya dan mashor.

Beliau tidak gusar dengan perbelanjaan mewah keluarga beliau dimana ramai lagi orang Malaysia yang berpendapatan rendah.

Beliau tidak pernah menjadi pemimpin semulajadi yang bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan.

Itu sebab semua benda-benda yang dikatakan reform dan pelan transformasi nampak merbahaya kepada orang UMNO.

Beliau tidak ada sejarah buat yang cukup untuk orang UMNO jadi orang UMNO bimbang pelan transformasi beliau akan tidak memberi manfaat orang UMNO

Kunci cabaran DS Najib hari ini bergantung kepada kebolehan Presiden UMNO membuktikan keberanian, kehandalan, mengarahkan segenap tenaga, kecekalan dan menyakinkan orang Melayu dan orang UMNO yang pelan transformasi beliau tidak mengenepikan kepentingan mereka.

Sebarang bentuk transformasi jika dijalankan secara sembarangan oleh pemimpin yang lemah akan dilihat sebagai membelot dan akhirnya gagal.

Oleh kerana pemilihan UMNO semakin dekat, DS Najib perlu menyelesaikan masalah-masalah semasa dengan kesungguhan penuh keazaman untuk menguatkan kedudukan beliau tanpa menonjolkan ekstremism yang boleh menakutkan sokongan beliau dari bukan Melayu.

Seorang pemimpin yang kuat diperlukan oleh negara. Pemimpin yang kuat boleh mengawal dengan lebih baik politik negara yang melampau menganggu siapa-siapa.

Pembangkang dan orang Cina percaya seorang pemimpin yang kuat dalam UMNO mempunyai masa depan yang optimis membawa kestabilan kepada negara.

5 comments:

Unknown said...

Mintak share ke link sy donclubjerantut.blogspot.com zuri....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Donclub Jerantut,
Blog saudara tiada feed RRS. Saya sudah cuba link tapi tidak boleh.

Faizal Pajero said...

Berbanyak2 syukur hari ini...


nampaknye apa yg Wan cakap today , banyak make sense....apakah Wan telah mencapai tahap kesedaran tinggi & tahap IQ wan telah berjaya mencapai ke tahap maksima ?

walau pon Najib presiden umno, tapi dia adalah PM malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
Tak perlu lah Najib mengherdik kaum cina, nampak macam kebudak-budakan. malu saye.

bukan semua org cina sokong pembangkang, saya tahu ramai yg masih sokong BN, & juga org cina bayar income tax kpd kerajaan malaysia, bukan kpd umno.

ds najib perlu jua mengawal atau membuang terus semua warlord dari umno, warlord ialah kaki gangster & kepala samseng yg ada & masih ber maha raja lela dlm umno skrg.
pengalaman saya sendiri bersama warlord ini sgt menyedihkan, mereka ini kaya sakan banyak duit, suka balun projek rakyat,mempunyai banyak kuasa tapi ego, arrogant sombong tahap nak mampus. mereka ini lah yg selalu memberi nama busyuk & buruk kpd umno. Walaupon ds najib memang ada niat suci murni nak tolong rakyat, tapi di sebabkan mereka, semua habis begitu

saya teringat ada satu warlord dari Perak, yg menggelar org Kelantan sebagai tomyan ! amat lah kurang ajar.

akhir sekali, cukup2lah dgn legasi Mahadder yg berasal dr Kerala itu, bentuklah impian & iltizam kita sendiri utk membentuk satu generasi & satu malaysia yg lebih baik pd masa hadapan, mimpi yg kita yakini sendiri & bukan dari zaman pak kadok atau pak pandir.

Percayalah, kita boleh hidup tanpa legacy mahadder atau tanpa juga pengaruh kerala, kita ada keyakinan kita sendiri.

sekian ada nyee.


Faizal Pajero

Hulubalang Umno Jerantut

Kampong man said...

WZWH,

1.Ada juga hulubalang Umno di Jerantut yang tidak senang dengan Mahathir.Itu biasa ,ada yang suka dan ada yang tidak suka.

2.Oleh kerana ianya datang dari Sdra Faizal ( Orang Umno) boleh kah saudara bentangkan apa yang tidak kena pada Mahathir sedangkan beliau adalah Presiden dan PM kita selama 22 tahun.Ini satu jangka masa yang panjang,pasti beliau hebat.Adakah kita perlu mewarwarkan Tun dari Kerala ?.Sekadar bertanya.Terima kasih.

Anonymous said...

Pada PAU yg lalu UMNO dilihat cuba melangkah beberapa tapak kehadapan. Ini jelas melalui beberapa pindaan dalam perlembagaan UMNO sendiri. Namun apa yg kita lihat hari ini...UMNO yg cuba berwajah baru nampaknya tidak begerak kehadapan malah jika mengikut matematik seolah2 ia mengundur kebelakang....selangkah kehadapan kemudian diikutui dgn dua langkah kebelaknag...bermakna negatif 1 langkah. Siapa punya angkara, tidak lain melainkan veteran2 UMNO yg sudah 'mati kutu' tetapi merasakan mereka masih diperlukan.

Tun Abdullah telah mencuba untk melakukan refomasi dalam pentadbiran negara...mengemaskinikan fungsi institusi kehakiman, parlimen, kepolisan dan beberapa intitusi strategik agar negara kita dilihat lebih demoktarik. Usaha Abdullah dipandang remeh malah dihentam seadanya. Akhirnya Abdullah terpaksa mengalah.

Kini DS Najib cuma berubah, ingin membawa negara jauh kehadapan bukan dalam soal ekonomi semata2 malah cuba membawa rakya Malaysia kepemikiran bertaraf global. Pemikiran global bermakna menerima POLITIK BARU. Politik baru bermakna memperakui 'sistem dua pati'. Parti yg menang menjadi kerajaan manakala yg kalah berfungsi sebagai 'check and balance' kpd kerajaan. Ini hanya boleh berlaku jika PRU diadakan secara adil dan kelihatan adil..

Refimasi Najib juga tidak disenangi oleh ahli2 UMNO bergaris tegar. Dalam UMNO tak ramai orang macam KJ atau Saifuddin Abdullah. Yg masih ramai orang macam Zahid Hamidi dan Adnan Yaakob. Mereka ini mengamalakan politik 'balas dendam'. Keupayaan Najib untuk menyingkir mereka2 ini sebagaiman beliau berkebolhan menyingkir Noh Omar agak terbatas. Yg membatasi tidak lain kerana kelemahan beliau sendiri...tidak berupaya menyahlenyapkan pengaruh Mahathirsme dalam UMNO dan kerajaan.

Bagi saya sebagai pemerhati, Najib mesti membenarkan jawatan tertinggi dalam UMNO dipertandingkan dlm PAU akan datang. Beliau perlu menghimpun kekuatannya bagi mempastikan pesaing2aya yg bergaris tegar ini dapat disingkirkan. Jika beliau berjaya, saya percaya banyak perkara yg beliau merasa 'mengkelan' untuk melakukkan perubahan nasional selama ini akan boleh direalsasikan..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024