Nuffnang Ads

Pages

Sunday, June 23, 2013

Siapa Korporat Malaysia Terlibat Bakar Hutan Indonesia?



Balthasar Kambuaya Menteri Alam Sekitar Indonesia. Beliau menempelak Singapura menjerit bising macam kanak-kanak berikutan isu jerebu.


Bila Indonesia mendakwa ada korporat dari Singapura dan Malaysia yang terlibat membakar hutan Indonesia-ladang kelapa sawit maka Singapura dan Putrajaya memberi amaran akan ambil tindakan tegas kepada syarikat yang terlibat.

API @ IPU tertinggi dicatat 746 di Muar. 2 kali berganda tahap bahaya.


Bomba Indonesia sedang memadamkan kebakaran di ladang kelapa sawit kepunyaan korporat Singapura. Korporat Malaysia pun terlibat sama.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya mengenalpasti 8 syarikat ada hubungan dengan Malaysia sedang disiasat kerana membakar hutan di Riau dan Jambi.

Menteri berkata 8 syarikat dimiliki oleh pelabur Malaysia dan kebakaran didapati dikonsesi mereka.

8 Syarikat itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

Menteri menambah jika cukup bukti, kerajaan akan bawa kes mereka ke mahkamah. Penyiasat Indonesia masih lagi di lapangan menyiasat lebih lanjut.

Ada 14 lagi syarikat ladang kelapa sawit yang sedang disiasat.


Sinar Mas dan APRIL antara korporat Singapura yang dikatakan terlibat membakar hutan Indonesia.

Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap korporat dan pelabur dari Malaysia yang terlibat.

Kerajaan Malaysia juga menawarkan pembenihan awan bagi mengurangi jerebu jika Indonesia berminat.

1 comment:

Anonymous said...

kalau taknak jerubu pindah lah masuk ke dalam hutan kata jemapoh jemotak