Nuffnang Ads

Pages

Monday, June 24, 2013

Kuantan Catat IPU 140 Sekolah Cuti

WZWH terima call pukul 3.30 pm dari rakan kerja kata semua sekolah di Kuantan cuti esok 24 Jun 2013 sebab jerebu teruk melanda. 

Kalau ikut bacaan IPU 140. Itu sebab MB Pahang arah cuti. Kuantan tidak seteruk Muar catat IPU 746.

Pada mulanya WZWH ingat IPU Kuantan antara 300 ke 400. Pada sebelah petang WZWH ke luar ke bandar Kuantan untuk meninjau keadaan jerebu.


Ini pemandangan dari atas Hotel Zenith nampak East Coast Mall dan seluruh bandar Kuantan jerebu teruk.




















Ini bukan gadget baca IPU cuma kebetulan bacaan radioaktif 140 nSv /hr sama dengan catatan IPU 140. Alat pengukur ini dibina Lynas Corp untuk membuktikan operasi Kilang Lynas di Gebeng selamat.



















Bangunan mercu tanda MPK memang nampak berjerebu di horizon penglihatan.



















Bangunan kedai di Jalan Mahkota.



















Hospital Besar Kuantan nampak kabur.

Bila berjerebu, udara kotor dan tidak sihat. Sesak bernafas. Mata pedih berair dan mula sakit tekak. Rasa moody semacam. Cuaca panas, kering dan berjerebu.

Pada masa inilah WZWH ingat my hometown Jerantut especially Tembeling.

Hutan Tembeling, sungai, anak-anak sungai, air terjun, jeram, flora dan fauna.

Inilah musibahnya jika kita tak cakna ke alam sekitar. 

Bila korporat mengejar untung semata-mata tanpa mempedulikan alam sekitar yang menyumbang kepada sistem ekologi untuk kehidupan.

No comments: