Sunday, June 23, 2013

Anwar Ibrahim Perlu Perjuangkan Isu-Isu Alam Sekitar Global Macam Al Gore


Anwar Ibrahim sama nasibnya macam Al Gore. Dua orang ahli politik ini senasib pernah jadi Timbalan PM dan Naib Presiden.

Anwar tersingkir kerana dipecat manakala Al Gore kalah bertanding Presiden Amerika dengan Bush Junior. Ada penganalisis politik  Amerika yang mempersoalkan sistem kira undi PRP yang meragukan.

Tapi Al Gore tidak turun di jalanan menghasut rakyat Amerika berdemo suruh kira undi semula atau dakwa SPR Amerika menipu. Al Gore menerima kekalahan itu.

Itu bezanya ahli politik Barat dengan ahli politik dari Asia.

Di Asia ahli politik boleh jadi PM 3 kali. Menang...kalah...menang...kalah...menang...lepas tu kena bom.

Ada yang menang...kalah...lepas itu sponsor adik hingga menang jadi PM.

Di Asia semua keluarga berpolitik...suami...isteri, anak lelaki...anak perempuan...menantu boleh belaka.

Tetapi Al Gore seorang juru kempen isu alam sekitar yang baik. Boleh menyampaikan kepahaman isu-isu alam sekitar kepada dunia.


Tentu kita masih ingat mesej yang disampaikan Al Gore sangat jelas dan tajam ketika Jamuan Makan Malam pemimpin APEX di Kuala Lumpur 1998 dulu, tanpa menjamah makan dan belah majlis selepas Al-Gore memberi speech yang mengangkat Anwar Ibrahim-Reformasi!

Terkedu Mahathir dan melopong Lee Kuan Yew.

Anwar Ibrahim perlu ikut jejak Al Gore...

Dari memperjuangkan perhimpunan haram  dan demonstrasi jalanan menyemarakkan isu-isu SPR tipu, PRU tipu, kerajaan BN korupsi, popular vote BN, mempersoalkan sistem Westminster England yang telah diamalkan selepas 1957...adalah lebih baik:

  • Anwar Ibrahim memperjuangkan isu-isu alam sekitar global kalau tidak pun rantau ASEAN.
  • Anwar Ibrahim jurucakap dan jurukempen yang baik.
  • Anwar Ibrahim lebih noble kalau mengikut jejak Al Gore.


Ini makam politik tertinggi Anwar Ibrahim pernah capai...kesilapan Anwar mudah...beliau gagal jadi PM itu saja. Abdullah Bedawi jadi PM...Najib Razak jadi PM...

Itulah nasib politik Anwar Ibrahim sama dengan Ku Li.

1 comment:

Mahesh said...

Awesome guide, I am following almost many points and in your post I got some extra knowledge.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024