Thursday, June 20, 2013

Apa Agenda Melayu Versi UMNO Post PRU 13?


UMNO parti orang Melayu plus ada sikit penglibatan Bumiputera lain. Sebagai parti Melayu adalah secara perlembagaan parti wajar bicara menyentuh Agenda Melayu.

Kalau UMNO tidak boleh bincang Agenda Melayu, atau pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO malu-malu atau segan mahu bincang Agenda Melayu baiklah dibubar terus UMNO atau pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO letak jawatan.

Apa Agenda Melayu versi UMNO post PRU 13?

Itu perlu dibincang dari sekarang dari peringkat cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri hingga Mesyuarat Agung hujung tahun ini.

Beberapa posting menarik mengenai mengenai Agenda Melayu dari tokoh Melayu lain selain UMNO elok dikaji oleh ahli-ahli UMNO.

Redefining the Malay Agenda - Zaid Ibrahim sila klik sini.

6 comments:

Anonymous said...

ketua bahgian hj lan

timblan wan amizan

Anonymous said...

ketua bahagian labak

timbalan nizam gemuruh

Unknown said...

Sapa2 jer lah , kami sukong jer ..ada aku kEsah..

Anonymous said...

Pertamanya, tak perlulah setiap kali PAU setiap kali itulah nak umum apa yang patut UMNO buat pada asas sokongan yang UMNO dapat dalam PRU13 yang lepas. Cukuplah pemimpin UMNO insaf dan segera utamakan asas sokongan ini. Curahlah segalanya pada mereka yang sokong. Bukan memberi susu pada kera di hutan. Tapi anak diberi tuba.

Keduanya, tak perlulah UMNO bersikap bodoh dengan asyik nak kaji apa yang dicadang pembangkang. Apa pemimpin UMNO yang dipilih tak reti nak fikir sendiri ke? Asyik-asyik nak kaji apa yang dicadang pembangkang. Nampak lemah sangat. Tak perlu dilayan apa yang dicadang pembangkang. UMNO buatlah apa yang sepatutnya perlu dibuat untuk kepentingan seluruh orang Melayu.

Ketiganya, pemimpin UMNO perlu muhasabah diri. Kalau sebelum PRU13 (2009 hingga 2013) Najib banyak turun padang dan naikkan semangat pemimpin dan ahli UMNO dan banyak buat kerja, kenapa pemimpin setempat masih lagi bersikap malas dan goyang kaki. Banyak masalah rakyat tak diselesai.

Anonymous said...

presiden ttp kena lawan...muktamad...najib jgn ingat awk hebat sgt

Anonymous said...

bagi can anwar bertanding presiden

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...