Thursday, June 13, 2013

Ku Li - Nowhere Man, Najib Tidak Perlu Risau!...



Siapa bagi idea kepada Ku Li boleh kalahkan Najib?

Adakah Ku Li paling ideal mencabar dan gantikan Najib?

Jika sumber yang meransangkan Ku Li datang dari pembangkang dan gabungan dari beberapa MP BN yang tidak puas hati dengan PM, kemungkinan skema ini gagal.

Ku Li perlu minima 23 MP BN untuk bergabung dengan pembangkang menyokong beliau dalam usul undi tidak percaya membolehkan menjadi PM.

Kalau dari BN, mustahil boleh Ku Li jadi PM, tapi pembangkang mungkin menyokong Ku Li atas agenda tertentu.

Adakah Ku Li teruja dengan beberapa MP BN yang tidak puas hati...yang lebih memikirkan keuntungan peribadi dari kepentingan negara.

Ku Li boleh berjaya jika ada lebih 50% MP BN menyokong hasrat beliau...

Seperti Anwar Ibrahim yang berimpian mahu jadi PM selama-lamanya, Ku Li tahu keberangkalian agak sukar...



1 comment:

Anonymous said...

Pada PAU yg lalu UMNO dilihat cuba melangkah beberapa tapak kehadapan. Ini jelas melalui beberapa pindaan dalam perlembagaan parti UMNO sendiri. Namun apa yg kita lihat hari ini...UMNO yg cuba berwajah baru nampaknya tidak begerak kehadapan malah jika mengikut matematik seolah2 ia mengundur kebelakang....selangkah kehadapan kemudian diikutui dgn dua langkah kebelaknag...bermakna negatif 1 langkah. Siapa punya angkara, tidak lain melainkan veteran2 UMNO yg sudah 'mati kutu' tetapi merasakan mereka masih diperlukan.

Tun Abdullah telah mencuba untk melakukan refomasi dalam pentadbiran negara...mengemaskinikan fungsi institusi kehakiman, parlimen, kepolisan dan beberapa intitusi strategik agar negara kita dilihat lebih demoktarik. Usaha Abdullah dipandang remeh malah dihentam seadanya. Akhirnya Abdullah terpaksa mengalah.

Kini DS Najib cuma berubah, ingin membawa negara jauh kehadapan bukan dalam soal ekonomi semata2 malah cuba membawa rakya Malaysia kearah pemikiran bertaraf global. Pemikiran global bermakna menerima POLITIK BARU. Politik baru bermakna memperakui 'sistem dua pati'. Parti yg menang menjadi kerajaan manakala yg kalah berfungsi sebagai 'check and balance' kpd kerajaan. Bagi Najib, ini hanya boleh berlaku jika SPR menar2 bebas dan PRU diadakan secara adil dan juga kelihatan adil..

Refomasi Najib juga tidak disenangi oleh ahli2 UMNO bergaris tegar. Dalam UMNO tidak ramai orang macam KJ atau Saifuddin Abdullah. Yg masih ramai orang macam Zahid Hamidi dan Adnan Yaakob. Mereka ini mengamalakan politik 'balas dendam'. Keupayaan Najib untuk menyingkir mereka2 ini sebagaiman beliau berkebolehan menyingkir Noh Omar agak terbatas. Yg membatasi tidak lain kerana kelemahan beliau sendiri...tidak berupaya menyahlenyapkan pengaruh Mahathirsme dalam UMNO dan kerajaan.

Bagi saya sebagai pemerhati, Najib mesti membenarkan jawatan tertinggi dalam UMNO dipertandingkan dlm PAU akan datang. Beliau perlu menghimpun kekuatannya bagi mempastikan pesaing2aya yg bergaris tegar ini dapat disingkirkan. Jika beliau berjaya, saya percaya banyak perkara yg beliau merasa 'mengkelan' untuk melakukkan perubahan nasional selama ini akan boleh direalisasikan..

Namun jika Najib masih takut2 dan malu2....KAMI MEMPERSILAKAN KU LI kehadapan bagi menyah kemaraan kumpulan Mahathirsme dalam UMNO.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024