Friday, June 28, 2013

The Legend Of Wan Ali The Last Communist Freedom Fighter From Jerantut

The British viewed Wan Ali as a communit terrorist, the Pahang Malay bandit leader...as illustrated in The Straits Times 9 August 1949...


The Straits Times exclusively 10 August 1949 further elaborated...The End Of Wan Ali please click here.

The full account of how Wan Ali who claimed that only a silver bullet could kill him- 'king of invulnerable cult' fell shot by home guard villagers please click here.

The official blog of 10th Malay Communist Regiment otherwise praised Wan Ali as a brave warrior from Jerantut please click here.

16 Jun 1949 Penghulu Pulau Tawar Encik Kamaruddin bin Haji Akir telah ditembak mati di rumahnya . Pihak polis British menuduh Wan Ali yang membunuhnya. Walaubagaimana pun terdapat saksi yang berada ditempat kejadian (kini telah meninggal dunia) memaklumkan bahawa pembunuh sebenar bukan Wan Ali.

7 August 1949 - Wan Ali telah dibunuh oleh pasukan pengawal kampung yang pro polis British ( Ada dua pendapat . Pendapat pertama mengatakan Wan Ali adalah pejuang kemerdekaan dan satu lagi pendapat mengatakan Wan Ali adalah penganas komunis) . Anda bagaimana ? Salah seorang pengawal kampung yang berjaya membunuh Wan Ali dipercayai masih hidup dan kini menetap di Bentong)

Wan Ali Penderhaka atau Perjuang ?

Al Fatihah . Hari ini orang yang amat mengenali Wan Ali telah meninggal dunia di Bentong pada usia 87 tahun . Semoga roh beliau dan Wan Ali dicucuri rahmat dan diberkati Allah dan Allah ampunkan segala dosa mereka jika ada . Dan semoga anak cucu dan waris mereka juga mendapat keampunan Allah hendaknya . Amin

44 comments:

Anonymous said...

Kekacang berkata...
Al Fatihah, nama yang ku dengar sejak kecil. Baru ku tahu kebenarannya.

Anonymous said...

Musallam berkata...
Ini ialah tulisan pertama tentang Wan Ali yang dapat saya baca. Terima kasih.

Anonymous said...

Nama Wan Ali yang disebut sebut dikampong kampong tidak begitu baik. Sekarang saya faham itulah propaganda Penjajah kepada Rakyat Malaysia hingga kini terutamanya dikalangan pemerintah yang mesra penjajah.
Saudara mara Wan Ali mesti berbanga ... WAN ALI ADALAH PEJUANG SEBARIS DENGAN DATO BAHAMAN
...AlFatihah !

SemanTan

Anonymous said...

Anok Semantan berkata...
kisah kehandalan Wan Ali memang sampai ke hari ini jadi buah mulut orang. saye orang mude yang membeso di Temerloh. Pernoh di ceritakan kepada saya semasa British menawarkan upah bagi sesiapa yg dapat membunuh Wan Ali, datang seorang pemuda berbangsa Melayu ke Ulu Cheka berjumpa Tok 4 iaitu Hj. Nong Taib bin Santan (Pawang Nong) memintak dan memujuk Pawang Nong utk memberi petua dan cara utk membunuh orang tak lut peluru. Pawang Nong dikatakan handal ilmu peluru penunang ini menyuruh pemuda itu mencari beberapa butir peluru tembaga/perak dan di jampi serapah. Dengan kuasa Allah dan ajal Wan Ali sudah sampai, Wan Ali rebah ke tanah selepas di bedil pemuda tersebut. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

Wan ali adalah sahabat baik juga mempunyai pertalian keluarga dengan arwah aki saya.semasa jenazah wan ali hendak dibawa ke balai pasung d kuala lipis,arwah aki lah yg mengiringi jenazah beliau yg di ikat dan dibaringkan di atas bonet belakang kereta polis bila tiba dari seberang melalui feri di jerantut feri.setuju sejarah di'kelabu'kan dan benar bukan wan ali yg membunuh penghulu p.tawar trsebut sebaiknya cina komunis yang berbuat demikian.namun kerna beliau ketua regimen maka atas nama beliau dipertanggungjawabkan.beliau juga adalah dari galur mat kelubi salah satu sahabat mat kilau lima sekawan.

Anonymous said...

Kutukan Dewata said...
SALAM SEMUA,

WAN ALI IBUNYA WAN CANTIK.BELIAU MENENTANG PENJAJAH PADA MULANYA BERSENDIRIAN.

PIHAK KOMUNIS CUBA MEMUJUKNYA PADA PERINGKAT AWAL.TAPI WAN ALI YANG KUAT PEGANGAN AGAMANYA MENOLAK.

PIHAK KOMUNIS MENCARI JALAN MEMERANGKAP WAN ALI AGAR DAPAT DITARIK MENYERTAI KOMUNIS.

MEREKA MELETAKKAN BEBERAPA LARAS SENAPANG DAN KARBAIN DICELAH LANTAI RUMAH WAN ALI.

MEREKA REPOT KE PIHAK BRITISH BAHAWA WAN ALI MENYIMPAN SENJATA BAGI PIHAK KOMUNIS.

POLIS MENYERBU RUMAH WAN ALI DAN MENDAPATI REPOT ITU BENAR.

POLIS BURU WAN ALI.WAN ALI TELAH MARAH DAN TERPAKSA BERSEKONGKOL DENGAN KOMUNIS.

NAMUN PEGANGAN ISLAMNYA TETAP UTUH.BUKTINYA BILA BELIAU BERTEMBUNG DENGAN AYAH SAYA YANG KETIKA ITU KETUA PLATUN HOME GUARD,BELIAU YANG MENGIMAMKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH MEREKA BERDUA.

WAN ALI ADALAH PAK SAUDARA DUA PUPU AYAH SAYA.

CERITA INI DATANG DARI MULUT AYAH SAYA SENDIRI.

Anonymous said...

Tani Yutaka ini sama macam Wan Ali (kerabat Wan yg berasal dri Pedah) Beliau telah diwarna kelabukan oleh British sebagai penjahat/pengganas disebabkan semangat 'radikal' mereka menentang penjajahan Mat Saleh dibumi Tanah Melayu ini.

Kalaulah Mat Inder atau Wan Ali ini berbangsa Jepun, saya percaya mereka (masyarakat Jepun) akan mengankat mereka (Wan Ali dan Mat Indera) sebagai wira...

Saya yg 'berbau2 macam' dgn Wan Ali ini berharap agar Wan Zurik dapat menulis kembali sejarah keberanian Wan Ali ini. Penulisan sejarah biarlah mengikut kacamata sebagai pejuang bukan sebagai pengganas yg telah dibunuh menggunakan sebiji peluru emas yg dihadiahkan oleh Tok awang Nong...


Mat Periba

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Mat Periba,
Wan Ali adalah sedara WZWH berasal dari Kampung Bukit Mat Daling Ulu Tembeling menetap di Kampong Pedah Jerantut.

Beliau berkahwin dengan orang Tebing Tinggi. Wan Ali begitu berpengaruh di Pulau Tawar dan Jerantut hilir.

Wan Ali dikatakan gagah, berani, punya kualiti ciri-ciri kepimpinan.

Komunis hanya satu wadah platform yang digunakan untuk menghalau Penjajah British.

Ketika itu parti KMM telah diharamkan. Termasuk API dan AWAS. Maka pilihan Wan Ali adalah melalui Komunis.

Wan Ali adalah Ketua Regimen 10 platoon Komunis di Jerantut. Mempunyai hubungan yang baik dengan Chin Peng Setiausaha Agong PKM.

Wan Ali bila datang ke Tembeling tidak boleh berkokok kerana ramai lagi sedara mara yang lebih gagah dari dia.

Wan Ali tidak boleh mempengaruhi keluarga Wan Tembeling yang mempunyai ideologi semangat cintakan Pahang dan kuat totok UMNO. Walau ada yang sokong PAS dan Sosialis tapi itu hanya segelintir.

Wan Ali adalah pejuang menentang penjajah

Kutukandewata said...

saudara mara wan ali penentang inggeris ramai di jerantut hilir,termasuklah di gintong,tebing tinggi dan bukit genting.

termasuklah pakcik mat taha,al-marhum harun gintong,dan yb hj nazlan idris.

tak heranlah kalau mereka jadi pemimpin umno jerantut kerana mereka adalah baka pemimpin yang berkorban untuk agama,bangsa dan negara!

al fatihah buat nendaku almarhum wan ali!

Anonymous said...

Dicatat ... Straits Times 9 August 1949 ... Wan Ali, who was shot dead by kampong guards near Jerantut, Pahang, yesterday ... bermaksud (yg saya faham lah) ... Wan Ali ditembak mati pada 08/08/1949.

Juga dicatatkan ... Wan Ali tidak boleh mempengaruhi keluarga Wan Tembeling yang mempunyai ideologi semangat cintakan Pahang dan kuat totok UMNO.

Rasanya UMNO lahir tahun 1946.

Nak tanya ... lepas 3 tahun UMNO lahir, semua org Melayu dah jadi penyokong TOTOK UMNO ke ?

Hebatnya UMNO tu ... tapi sampai sekarang masih tercari-cari pemimpin ygy berwibawa macam TMM.


Anonymous said...

napa wzwh ulangtulis(copy paste) komen saya semula ttg kisah jenazah wan ali dan arwah aki saya?dan juga 4-5 komen di atas yang di copypaste juga dari komen anon di blog lain yg dilinkkan??

Anonymous said...

Dia risau sbb dh brp postings dia takde org komen. Tak glamour la gitu.

Anonymous said...

Salam. Jgn sebut dan ulang2 cerita tentang keburukan kedua2 jenazah ini. Alfatihah utk kedua2 nya. Dua org yg berani, tp di laga2kan oleh British. Org Pulau Tawar takkan jd mcm Inggeris @ UMNO. Membunuh atau terbunuh. Kedua2nya adalah pahlawan bg org Pulau Tawar.

usin gampang said...

pahlawan pulau tawar semuanya berasal dari tembeling.wan ali org mat daling.mat kilau emaknya teh mahada orang tembeling.isteri mat kilau betul orag pulau tawar.jd tak perlulah nak membanggakan kampung sendiri.yang penting ialah pahlawan kita adalah orang pahang.orang pahang kebanyakannya bersaudara dari puncak air meleleh sampailah kelaut.

Anonymous said...

hai! , sejarah tetap fakta yang tepat walaupun egutu jugacuba dinodai oleh org-org yang jahat.
maaf, ibu mat kilau bukan org tembeling begitu juga wan ali. tulislah sejarah secara jujur. saya telah berjumpa dgn org yan mnyaksikan tok penghulu di tembak, bukan wan ali dan cina yang menembaknya. begitu juga dgn aki yang menembak wan ali dan baru meninggal dunia, saya tanya dia dan dia tidak pernah mengambil peluru daripada pawang nong.
wzwh selalu sebut kehebatan wan tembeling tp sejarah kehebatannya tiada cuma mengaku orang punya.

Anonymous said...

Anon 12:07,

Teh Mahada adik kepada Khatib Bahrain Imam Jenderal Perang Pahang berasal dari Tembeling sewaktu zaman Bendahara Tun Mutahir. Teh Mahada adalah bonda kepada Pahlawan Pahang Mat Kilau. Ini adalah hasil perkahwinan ke dua Teh Mahada dengan Imam Perang Rasu Tok Gajah.

Wan Ali dari ibu bapanya berasal dari Ulu Tembeling. Orang awal di Pulau Tawar dan Jerantut Hilir mana ada pakai title nama Wan. Kecuali kerana perkahwinan dan bersemenda.

Anonymous said...

Anon 12:07, bila awak tanya arwah aki kome tu? sebabnya aki kome tu yahu pekaknya, kalau kome hak anak cucu ni puas bertempik kalau nak bertanya, awak pulak senang-senang je boleh borak dgn dia ye, melainkan awak anak cucu juga maka dia akan bercerita, kalau orang entah datang dari mana biasanya dia buat-buat tak dengar je walaupun dia ada juga dengar sikit2 soalan sebab orang tu bertempik kuat tapi dia buat juga tak dengar sebab malas nak jawab

Anonymous said...

wzwh dah-dahlah bawa cerita mengarut tu, asyik mengaku org tembeling. kawan malu dgn org pulau tawar, sejarah kehebatan kebanyakannya bermula dgn mereka tp taklah heboh mengaku itu dan ini.
cuit panglima garang yusof.

Anonymous said...

takan nak cerita di sini satu satu dan masa memujuknya

Anonymous said...

panglima garang yusof bukan orang pulau tawar

Kutukandewata said...

kalau tak tahu susur galur atau salahsilah jangan nak menuduh orang mengaku saudara.

tngok sini biar aku buka nasab disini.

bukan aku nak menidakkan orang pulau tawar cuma nak terang fakta kerana mereka-reka nasab di larang rasulillah.

teh mahada dan imam perang khatib baharin adalah adik beradik.

mereka berdua adalah anak tok kaut burau.

tok kaut burau berkahwin dengan anak gadis tok muda bujal pembesar tembeling.

tok muda bujal menantu tun pedah yusuf@ tun da anak bendahara pahang.anaknya tun noriah lah yang kahwin dengan tok muda bujal.anak gadis tok muda bujal dan tun noriah berkahwin dengan tok kaut burau.

maknanya teh mahada tu anak tok kaut,cucu tun noriah,cicit tun pedahyusuf @ tun da,cuit bendahara pahang.

teh mahada kahwin dengan tok gajah dapat mat kilau.

bermakna dari segi sejarah dan fakta mat kilau adalah kacukan tembeling,budu dan pulau tawar(burau).yang penting dia pahlawan pahang.

wan ali anak wan cantik tembeling.kahwin dengan orang tebing tinggi.sebab tu keturunannya ramai di tembeling dan gintong serta tebing tinggi dan pulau tawar.yang penting dia pejuang pahang.sekianlah adanya.

Unknown said...

tu belum lagi cerita sejarah imam perang wan ahmad yang di hantar ke kepulauan borneo dan satu pulau di negeri china ..

Anonymous said...

kikikiki..semua nye tembeling je yg best..mat kilau je asal dr pulau tawar sebab lahir di kg. kedondong. Mat kilau mucul semula di masjid lama pulau tawar hanya utk isytiharkan diri sbg mat kilau. fakta sejarah wan zuri selalu bias kpd tembeling sbb nye org tembeling je yg best. tembeling+pedah+budu= dpt mat kilau..tembeling the best. meluat kas dgn org yg membanggakan keturunan ni. org tembeling asal dr mana? Nabi saw pun tak pakai gelaran Wan, khalifah yg 4 pun tak pakai Wan, tiba2 ramai pulak manusia dr tembeling yg pakai Wan.

Anonymous said...

kas tak kenal pun datuk nenek mat kilau drp tembeling @ burau. dgn tok gajah pon kas tak dan. tp sempat tgk aki omar anak mat kilau dan cucu cicit mat kilau di rumah mereka di kedondong pd thn 1969-70. wzwh pon takda masa tu kot..sempat tgk dgn mata sendiri. tp sayang, rumah aki kilau dah diroboh jadi balairaya kedondong..kerajaan BN la tu yg merobohnya, bkn nye nak dipelihara rumah2 pejuang melayu kita ni..semua tempat nak diroboh.

Anonymous said...

Kas keturunan lampor jer keh keh keh

Anonymous said...

Anon 11:54, balai raya tu ialah tapak sekolah, bukan tapak rumah mat kilau. Rumah mat kilau bukan BN yang robohkan. Rumah mat kilau tu hak anak cucu dia, Bn tiada kuasa nak robohkan dan bn tiada juga kuasa utk pelihara melainkan ada permohonan rasmi dari pemilik maka akan bn usaha majukan permohonan itu pada pihak berwajib. Anon,penyokong pas macam awak ni la yang menyebabkan orang jijik pada pas, semua benda nak kata salah Bn, beri fakta ikut sesedap mak bapak engkau je, itu lah orang kata pas bodo. Baik org lengik macam ko jgn dok kutuk2 bn la nanti pas juga yg dapat nama buruk. Ko jaga ko punya kedai sudah la.

Anonymous said...

Anon 11:33, Nabi Muhammad pun bangga akan keturunan dia sebab tu baginda selalu sebut dia keturunan nabi ibrahim bapa segala nabi katanya. Mat Kilau lahir di Budu la.

Anonymous said...

Jangan nak mengarut,mat kilau lahir di pulau tawar. Tok Moyang kawan lahir di budu. Kawan nak tanya wzwh... tok kaut dan teh mahde lahir di mana? begitu juga khatib baharin lahir di mana. jangan cerita setakat tembeling jea.
tak silap kas pawang nong,tengku abdul rahman,suharto, sukarno dan markos juga orang tembeling.
cuit pgy

Anonymous said...

mt klau lhr di budu

usin gampang said...

orang pulau tawar mana rajin membaca buku sejarah.sebab tu meroyan aje bila ada orang buka sejarah.malah susur galur dan salasilah yang di tulis oleh kutukan dewata di atas tu pun dia orang tak pernah jumpa kut.

mengaku aje yang boleh dia orang buat.kalau ikut sejarah pun mana ada orang pulau tawar yang jadi pemimpin.

untuk makluman orang pulau tawar yang angkuh dan sombong,orang pulau tawar berasal dari pesalah yang di buang negeri.

penjahat-penjahat ni di pulaukan setempat dan kemudian di tawarkan supaya jadi baik.sebab tu lekatnya nama pulau tawar.jangan kau orang tak tahu.

mana pahlawan yang berasal dari pulau tawar?tok gajah orang budu.mat kilau orang budu campur tembeling.lahir aje kat pulau tawar.mana ada?orang gila ramailah.

usin gampang said...

orang pulau tawar mana rajin membaca buku sejarah.sebab tu meroyan aje bila ada orang buka sejarah.malah susur galur dan salasilah yang di tulis oleh kutukan dewata di atas tu pun dia orang tak pernah jumpa kut.

mengaku aje yang boleh dia orang buat.kalau ikut sejarah pun mana ada orang pulau tawar yang jadi pemimpin.

untuk makluman orang pulau tawar yang angkuh dan sombong,orang pulau tawar berasal dari pesalah yang di buang negeri.

penjahat-penjahat ni di pulaukan setempat dan kemudian di tawarkan supaya jadi baik.sebab tu lekatnya nama pulau tawar.jangan kau orang tak tahu.

mana pahlawan yang berasal dari pulau tawar?tok gajah orang budu.mat kilau orang budu campur tembeling.lahir aje kat pulau tawar.mana ada?orang gila ramailah.

Anonymous said...

mat kilau tak lahir di pulau tawar pun, fakta itu direka dalam peristiwa kemunculan mat siam sebagai mat kilau pada 1969 dulu, didaftarkan mat kilau sebagai lahir di pulau tawar sebab mat siam tu yang kata dia lahir di pulau tawar, sebenarnya mat kilau bukan lahir di pulau tawar dan mat siam tu bukannya mat kilau, kisah mat siam jadi mat kilau ini telah diusahakan oleh beberapa orang pulau tawar ketika itu untuk tujuan populariti saja

Anonymous said...

orang-orang pulau tawar tidak lah sejahat seperti yang tuan-tuan semua katakan

Anonymous said...

memang jahat pun, geng2 pas paleh la jahat, berlagak samseng

Anonymous said...

keturunan tampak je yang perasan samseng ni

Anonymous said...

tampak tu bukan samseng tapi bodoh

Anonymous said...

Usin npa awk benci sgt org p.tawa diaorg ni slalu mntk duit ngn awk ke

usin gampang said...

aku tak benci orang pulau tawar sbb saudara mara aku belaka.aku benci perangai sombong dan angkuh orang pulau tawar.terutama yang ada dalam umno bahagian jerantut.mereka nilah parasit dalam umno jerantut.

orang pulau tawar yang baik-baik aku hormat dan tabik.yang buruk perangai aku jebik.tak heran langsung!

Anonymous said...

yang dalam umno tu angkuh sebab dia kaya biasalah, tapi yang dalam pas tu pun sama angkuh tapi tak kaya mana nak asu nak juga angkuh, bodoh orang dah bagi jadi tok imam awak tetap nak kata orang salah, awak punya salah tak nampak?

Anonymous said...

salam, xkisah mat kilau asal mana sekalipun, tapi yang menjadi persoalan sekarang ni adalah ... kenapa pahlawan pahlawan ni semua nak bangkit kan semangat orang pulau tawar.... kenapa xbangkit kan semangat orang kg budu dan tembeling...kenapa sultan pahang pernah buka pemerintahan dekat pulau tawar kalau betul pulau tawar tempat orang buang negeri (orang jahat). sultan xtakut duduk dengan orng jahat ke, musykil hamba....kenapa dato bahaman datang dari jauh ke pulau tawar untuk menentang inggeris.... kenapa wan ali datang dan menaikkan semangat orang pulau tawar untuk menentang british balik, kenapa dia xnaikkan semangat orang kampung budu dan tembeling....kenapa laaaa pulau tawar jugak tempat dia nak mendapat sokongan moral.....keturunan dia takut berjuang ke....jangan marahh (pendapat sahaja).Lagi satu kalau betul orang pulau tawar xboleh jadi pemimpin dek kerana sumpahan ulamak2 yang telah dihalau dari pulau tawar seketika dulu, Abis siapa najib razak, tun razak,tun hussien onn.... adakah mereka ini diberi kelebihan untuk mengelak sumpah.... macam dalam cerita harry potter tu, Bagi saya, kehebatan orang pulau tawar terletak pada orang pulau tawar tu sendiri.kalau tidak kenapa allah memilih mereka bagi platform jihad dan transit terakhir pejuangan mereka. sekian terima kasih,

Anonymous said...

DIMANA ORANG BUDU DAN TEMBELING TATKALA MAT KILAU WAN ALI DATO BAHAMAN TOK GAJAH DAN LAIN2 MEMERLUKAN KALIAN... DIMANA KALIAN SEMUA WEHHH DIMANA... DUDUK DIRUMAH MELAYAN ANAK BINI ATAU MEMBERI BURUNG WAK2 MAKAN, DIMANA KALIAN SEDANG MEREKA MEMRLUKAN KAMU KETIKA ITU, KENAPA KORANG SEMUA XIKUT PERJUANGAN MEREKA KENAPA KAMI (PULAU TAWAR) YANG MENGIKUT MEREKA.... KENAPA KAMI....KENAPA KAMI YANG MENJADI MACAI MEREKA KENAPA TIDAK KALIAN HAAA....KENAPA KAMI YANG MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA MEREKA MEMBERI MAKAN DAN SEGALANYA KENAPA TIDAK KALIAN... KENAPA TIDAK KALIAN KALAU BETUL MEREKA INI SUSUR JALUR KALIAN, KENAPA KALIAN BUAT BODOH ATAU SEMEMANGNYA BANGANG....(ORANG BUDU DAN TEMBELING DAN ORANG YANG SEUMPAMANYA TAK UBAH SEPERTI ORANG SULU MENUNTUT SABAH DARI KERAJAAN MALAYSIA.... SABAH DAH MAJU BARU NAK TUNTUT MASA SABAH XDE POTENSI UNTUK DIMAJUKAN DIORANG JUAL (PAJAK SEUMUR HIDUP) DENGAN MALAYSIA...SEKARANG NI NK TUNTUT PULAK (CAKAP TAK SERUPA BIKIN)KORANG KAN BIJAK SO PIKIR SENDIRI ASSALMUALAUKUM

Anonymous said...

Sedikit Info : Ayah Tok Gajah bernama Tok Shahrom adalah berketurunan Rawa.Ibunya Tok Dinar (Wan Siti Hajar Bt Sheik Ali) beliau berasal dari Kg Chengkuas,Kuala Kenong,Kuala Lipis. Adik beradik Tok Gajah seramai 5 orang, 1. Khatib Mohd Arif 9 org anak 7L 2P, 2.Hj Mohd Amin 9 anak 3L 6P,3. Khatib Rasu Ab -Salam 23 anak,4. Hjh Maimunah 2anak 2L 1P dan kelima Ranting Mas tiada anak(mati ditembak oleh Tok Zainal sepupu beliau, kerana berebut emas mentah, mati bersama anak dlm kandungan berusia 7 bulan (kuburnya ada di
Hulu,Temau bersama kubur ibu/bapanya.Tok Gajah dilahirkan di Hulu Temau pada 1845.Isteri Tok Gajah seramai 7 orang. 1. Cik Siti(Kuala Kenong)2. Jebah bt Ibrahim(Budu) 3. Teh Mahda (Burau P/Tawar. 4. Bedah (P.Tawar)5.Mah(tiada anak)6.Cik (Pekan Sentul/mati) 7. Tijah. Disini di perturunkan nama anak2 Tok Gajah dengan Jebah bt Ibrahim orang Budu, masih ada lagi keluarga adik beradik Jebah di Budu,Anak Tok Gajah di Budu dengan isterinya Jebah org Budu ialah 1. Ahmad Pilus,2. Teh Da (ayah kepada Aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, anaknya Hj Safari,3. Saripah, 4. Nadiah, 5. Abd Rahman (aki Dato Mazlan Jamaluddin/penasihat, Dato Nazri Tan Sri Abd Aziz, Menteri di JPM (cicit kepada Abd Rahman anak Tok Gajah) Abd Rahman juga Aki kepada Aruah Cikgu Azharuddin(cicit Tok Gajah), Untuk makluman : Keturunan Tok Gajah ini masih belum mencapai 7-8 keturunan, baru mencapai 6 keturunan yg masih kecil, saya sudah menyemak dengan semua keturunan yg ada, Ramai yg mengaku berketurunan dengan Tok Gajah, tetapi harus di ingat Tok Gajah bukannya anak jati Kg Budu, dia berasal dari Hulu Temau dimana ayahnya adalah orang Rawa dan emaknya org Kg Chengkuas, Kuala Kenong, Kuala Lipis. Tok Gajah hanya berkahwin dengan orang Budu sahaja,(masih ada lagi terdapat keluarga adik beradik Jebah ini di Budu,ramai org2 tua otai yg mengetahuinya)keluarga yg ada di Budu masih dalam 2 pupu/bapak sdra 2 pupu/anak saudara 2 pupu. Mat Kilau bukannya orang Budu,Mat Kilau di lahirkan di Kg Masjid Pulau Tawar pada 1865,(Mat Kilau adalah Aki kepada Cikgu(Pak Wa) Abu Bakar Bin Hassan), ibu Mat Kilau orang Burau/Pulau Tawar, ibunya Teh Mahda anak kepada Tok Kaut, (adik beradik Mat Kilau, Teh Ibrahim, Yang Chek). Yang Chek adalah ibu kepada Dato Setia Amar Senggara Sallehuddin Bin Mat Lela Bin Dato Bahamam, dimana anak Dato Sallehuddin ini ialah Dato Norihan,Datin Sallehatun, Sufian dll. dimana Dato Bahaman berkahwin dengan anak Tok Gajah. Salasilah keturunan Tok Gajah/Mat Kilau boleh disemak dengan (Abg Din) En Zainuddin Sg Isap, Dato Khairuddin Kawi,(Dato Zulkifli Ahmad, Tan Sri Rahim, Dato Shamsiah bt Dato Abdul Hamid (Ibu Dato Tengku Asmawi)mereka ini dari keturunan Khatib Mohd Amin adik beradik Tok Gajah) Dato Jamaluddin, keluarga Tok Muda Nong di Jerantut dan kelaurga aruah Tok Empat Nong di Tualang Padang.(keturunan Isteri Tok Gajah di Budu iaitu Jebah Bt Ibrahim.(masih dalam 2 pupu/bapak sdra 2 pupu. sedikit maklumat : Tok Gajah (Khatib Rasu Abd Salam berkahwin dengan Jebah Bt Ibrahim dapat anak + Abdul Rahman + Hadijah + Puan Sri Hamidah + Dato Seri Nazri(Menteri di JPM) + anak Dato Nazri (baru 5 keturunan Tok Gajah), begitu juga keturunan Teh Da.belum mencapai 7 -8 keturunan lagi. semoga jelas dengan penerangan ini.

Anonymous said...

wan ali dibunuh di pulau tawar dan diheret dari pulau tawar ke lipis (kg budu) tak kan orang kg budu tgok je mayat member kena bodoh2 mcm tu.....xberjuang balik ke... or penakut.....Tun Abd Razak lahir di pulau tawar. rujukan boleh dapatkan di muzium pahang... suruh budak baru lahir baca...kalau xreti baca...Lebih dari 200 orang diperkirakan mati di pulau tawar sewaktu bermulanya penentangan hebat dikalangan pahlawan pahang....(orang pulau tawar ok yang di cop jahat orang buangan dan gila) kami yang berjuang sampai mati tau....org tembeling masa tu tgh kena buli dgn british suruh cari timah dan emas dan org kg budu i have no idea....istana sultan pahang ade di dilir di pulau tawar... dan kg bandar adalah pusat pertama perekonomian bermula di pulau tawar. (weh org kg budu dan tembeling, org gila tak berniaga weh... diorang tahu makan berak tidur dan memutar belit sejarah je wehh...)Kalau desperate sgt nak mengaku mat kilau dan yang lain2 lagi dari kg budu dan tembeling amik laaa... kami xdesperate bro... bagi kami faktor utama yang menyebabkan mat kilau dan lain2 berjuang adalah disebabkan pengikut bukan leader. leader mightly important but tanpa pengikut siapalah ketua, betul x....maaf kan saya kalau saya cakap yang org kg budu mengalami porak peranda sewaktu inggeris masuk ke kawasan situ.... dari sudut psikologi terbukti korang semua tidak bersatu...pasal dengan mudah british menewaskan kg korang....mudah bro tak macam pulau tawar bro.....sampai sultan kena bayar ganti rugi broo.

Anonymous said...

masa perang saudara pahang.....bendahara wan ahmad vs bendahara tun mutahir dirancang di pulau tawar....orang pulau tawar jemput bendahara wan ahmad kat hulu dungun terengganu...wan ahmad bersemayam kat p. tawar untuk menyerang kubu wan mutahir...perancangan dibuat di p. tawar...masa perang british pun melibatkan kampung pulau tawar dan sokongan org pulau tawar diperlukan untuk menyerang british...kisah wan ali pun melibatkan kg pulau tawar jugak....hebat betul orng pulau tawar ni.....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...