Monday, October 28, 2013

MB Pahang : 60% Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Siap



Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 sepanjang 22km dengan kos RM121 juta dari Kg Tuit ke Kg Pagi adalah usaha bersungguh Dato' Wan Amizan dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bagi membina infrastruktur yang dijangka siap pada 2014.

Semasa lawatan kerja MB Pahang ke Kampung Pagi Ulu Tembeling pada Ahad lepas, WZWH sempat mengambil beberapa foto untuk tatapan pembaca blog WZWH.


Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 bermula dari Kg Tuit Kuala Tahan ke Kg Pagi sejauh 22 km. Separuh dari jalan sudah ditabur batu kasran, beberapa layer jalan akan ditambah, beberapa bukit yang curam akan dileverage ditambun dengan tanah, empat jambatan sedang dibina.
























Ini Bukit 7 minit. Nama ini diberi oleh pekerja-pekerja projek jalan ini kerana bukit ini sungguh curam dan oleh kerana jalan menurunnya belum lagi siap kerana bukit ini mahu dileverage ditambun maka terpaksa melalui jalan balak lama yang sedia ada banyak corner ini mengambil masa 7 minit dari tempat foto ini diambil hingga ke hujung jalan dalam foto.


Ini foto setelah sampai ke hujung jalan dan kalau melihat kembali tempat foto diambil difoto diatas maka memang masa yang diambil ialah 7 minit. Perhatikan gaung yang dalam dan curam dan jentera sedang bekerja.


Simpang ke Kg Pagi, kalau terus jalan ke atas ialah jalan ke Kg Kuala Sat boleh dilalui oleh kenderaan 4WD sahaja. DS Najib telah meluluskan peruntukan RM280 juta bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 63 km melalui Kg Kuala Sat dan Kg Bantal.


WZWH di simpang Kg Pagi, Ulu Tembeling.

5 comments:

usin malaun said...

balak pon sama 60% dah gondol..yang kaya terus kaya rakyat yang miskin terus miskin..pembukaan tanah kelompok kg pagi nak dibuka dah tentu kroni2 dompok mcm usin gampang yang dapat..org luar dapat rakyat tempatan buat syarat aje ada dan orang2 pejabat tanah dah tentu ramai yang dapat..

Anonymous said...

MB pergi ke kg pagi perduduk dapat 450 ekar,MB pergi Ke kampung labu mana tanah nye yang lulus,ada buah labu je 2 biji hahaha cerdik tok 4 medan,mcmana nak tadbir umno bahagian sebagai AJK kalau kg labu pun lintang pukang,apa pasal x mintak tanah bg ke orang kg masa MB datang dulu....jgn pikir perut sendiri pikir perut orang kg juge la weh...

Anonymous said...

sudah ada tanah utk tanah kelompok Kg labu n jong berlaboh, tak tahu jgn main cakap je, tggal proses utk kemasukkan peserta

Anonymous said...

nak tanya peserta tu org labu n jong belaboh ke..aku takut kroni dompok yg duduk entah mana2 dgn org pejabat tanah aje yg banyak dapat..

Anonymous said...

Ambik lah deme tanah tu ...esok mati nya hempit di tanah...buat lah deme.....gun tau lah nnti...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024