Mengenali Sultan Jawa Menerusi Perkahwinan Puteri Sri Sultan Hamengkubuwono X



Di Malaysia, orang Jawa tidak ada raja atau sultan Jawa. Yang ada adalah Raja-Raja Melayu yang digelar Sultan.

Kalau ada hanyalah Raden Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO yang mungkin menjadi Perdana Menteri dari keturunan Jawa pertama Malaysia. Insyallah.

Melalui pernikahan puteri keempat Sri Sultan Hamengkubuwono X, baru kita tahu bahawa masih ada raja atau sultan Jawa. Ini hanya bagi wilayah istimewa Yogyakarta yang penuh adat istiadat dan seni klasik Jawa sila klik sini.

Dari sudut sejarah raja Jawa yang terkenal ialah Ken Arok (1222-1227) dari Kerajaan Singhasari dan Hayam Wuruk (1350-1389) dari Empayar Majapahit bersama Perdana Menteri Pateh Gajah Mada.

Dinasti Hamengkubuwono adalah dari Kerajaan Kesultanan Islam Mataram abad ke 16. Lain-lain dinasti yang juga bersama memerintah Yogjakarta hingga sekarang ialah Dinasti Paku Alam.

Kerajaan Hindu Mataram lebih lama pada abad ke 8 hingga ke 10.

Terdapat juga Dinasti Pakubuwana dan Dinasti Mangkunagara yang memerintah wilayah Surakarta.



Lima orang puteri Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita "Orang Liar" Pahang

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Badak Pahang Terakhir