Tuesday, October 29, 2013

Projek Agropolitan Kg Bantal Memberi Keselesaan Kepada Penduduk Ulu Tembeling



Projek Agropolitan Kg Bantal bernilai RM169 juta adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang dan dibantu oleh Felcra Berhad.

Menerusi projek itu, 639 unit rumah 3-bilik, 2-bilik air rumah dibina bagi menampung keperluan penduduk generasi kedua yang masih tinggal di rumah ibu bapa. Dengan adanya rumah ini kelak mampu dijadikan rumah mampu milik penduduk setempat yang tidak mahu meninggalkan kampung halaman masing-masing.

Turut tidak ketinggalan, kawasan tanah lapang yang belum dibangunkan, iaitu membabitkan keluasan sebesar 420 hektar sudah dikesan bagi dinaik taraf untuk projek penanaman getah yang sekali gus akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekeliling menerusi projek Agropolitan.

Pada masa sama, 1,000 hektar tanah juga akan dibangunkan bagi projek Ladang Rakyat yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 700 penduduk di kawasan sekeliling.

Ini tidak termasuk ladang getah 10,000 ekar yang diusahakan oleh Felcra Berhad secara berfasa dan ladang getah 16,000 ekar Yayasan Pahang juga diusaha secara berfasa.

Aktiviti perladangan oleh GLC ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ditambah pula saham Ladang Rakyat, saham Felcra, dan saham Yayasan Pahang (30% daripada keuntungan akan dipulangkan kembali kepada penduduk Ulu Tembeling) maka ini semua memberi keselesaan kepada penduduk Ulu Tembeling.

Terima kasih kepada Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang rajin berusaha menaiktaraf ekonomi penduduk di DUN Tahan khasnya Ulu Tembeling. Juga terima kasih kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang sangat perihatin kepada penduduk pedalaman.

Sudah tentu DS Najib PM yang mahu lihat orang Ulu Tembeling keluar dari belenggu kemiskinan, KKLW dan GLC yang punya corporate social responsibility untuk membantu dan membangunkan rakyat pedalaman.

4 comments:

usin malaun said...

yang penting nanti orang yang layak sepatutnya dapat..bukan kroni2 atau orang pejabat tanah aje yang dapat dan bkn org kampung buat syarat aje dapat..dulu di felcra tembeling tengah kuala tahan pun begitu orang jabatan perhilitan dan kroni2 yang dapat org kampung dipinggirkan..

Anonymous said...

Felcra Tembeling Tengah itu Dr Shukri yang pilih sebab itu jadi macam tue...ini era Wan Amizan lain sikit lebih adil.

usin malaun said...

sama aje tanah kelompok kg gol lek orang luar dengan pejabat tanah aje yang dapat..itu dah era dompok...

Anonymous said...

usin malaun mamalia kaki empat makan daun.mamalia apakah itu?

mamalia kaki empat hanya tahu komen hasil kerja orang aje. dia kerjakan tanah haram menghasilkan hasil haram!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...