Monday, October 14, 2013

Kenapa Kamaruzaman Baria Menyokong Tengku Azlan?



Kamaruzaman Baria adik abang dengan Tengku Azlan sekarang.

Tuan Haji Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria adalah mantan ahli parlimen Jerantut (1995-1999). Posting WZWH kali ini mengenai kenapa Kamaruzaman Baria menyokong Tengku Azlan mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.



Kamaruzaman Baria bila bercakap politik ramai pemimpin UMNO Jerantut dengar...

Kamaruzaman Baria adalah ahli politik yang cerdik, berpesonaliti tinggi, mempunyai high sosial network yang tinggi, berwawasan dan tegas. Beliau berkelulusan Ijazah dari Canada dan MBA dari Scotland, UK. Seorang pemimpin berketurunan dari Pahlawan Tok Gajah @ Imam Rasu.

Kamaruzaman Baria adalah kawan rapat DS Najib. Menjadi Setiausaha Parlimen MITI di bawah Rafidah Aziz yang jawatan beliau setaraf dengan Timbalan Menteri kerana pada era itu tiada jawatan Timbalan Menteri MITI. DS Najib dan Rafidah Aziz mahu mempertahankan Kamaruzaman Baria namun Mahathir lebih mendengar penasihat yang takut kepada DS Anwar Ibrahim membuatkan Kamaruzaman Baria tidak bertanding PRU 1999.

Semasa Kamaruzaman Baria menjadi ahli parlimen dan Ketua Bahagian UMNO Jerantut beliaulah yang mendidik ahli parlimen Jerantut yang sekarang. Kamaruzaman Baria bukan seorang yang senang dipengaruhi kecuali anda memberi  hujah dan fakta yang betul. No nonsense, kalau beliau kata boleh...maka bolehlah. Kalau tidak boleh...maka tidak bolehlah.

Mengenai pertandingan Ketua Bahagian UMNO Jerantut pada 19 Oktober ini, Kamaruzaman Baria telah berikrar menyokong Tengku Azlan mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. WZWH perhatikan Kamaruzaman Baria komited dengan Tengku Azlan sering hadir dalam program bersama Tengku Azlan.

Kenapa Kamaruzaman Baria tidak menyokong ahli parlimen sekarang yang merupakan anak didiknya? Ini menimbulkan persoalan dikalangan orang Jerantut yang profesional, dikalangan cerdik pandai Jerantut bahkan para penyokong akarumbi.

Secara ringkasnya WZWH boleh menjawab bagi pihak Kamaruzaman Baria:

  • Kamaruzaman Baria mahu Tengku Azlan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut demi perpaduan dan kestabilan UMNO Bahagian Jerantut. Tengku Azlan masih boleh memimpin UMNO Bahagian Jerantut.
  • Beliau menghargai peranan Tengku Azlan memujuk Tengku Razaleigh dari melawan DS Najib Presiden UMNO. Beliau tahu DS Najib meminta pertolongan dari Tengku Azlan. Kiranya Tengku Azlan telah menyelamat UMNO Malaysia dan terutamanya DS Najib dari tercalar dicabar Tengku Razaleigh.
  • Kamaruzaman tidak suka kepada orang yang tidak tahu berterimakasih, tidak mengenang budi dan tidak mahu mendengar nasihat dari orang tua.
  • Beliau merasakan tidak dihargai dan dipedulikan malah seperti dianggap sebagai orang melukut di tepi gantang.

WZWH faham sangat perasaan dan hati mantan-mantan ini terutama Kamaruzaman Baria dan Dato' Wan Abu Bakar. Dato' Wan Abu Bakar juga menyokong Tengku Azlan.



Dato' Wan Abu Bakar sebagai wakil calon Tengku Azlan mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Dato' Wan Abu Bakar adalah mantan parlimen Jerantut tiga penggal 1982-1995.

Sebab itu bila WZWH berhadapan dengan dua orang mantan ahli parlimen ini, WZWH suka merendah diri. WZWH lebih banyak mendengar dari bercakap.

Demikianlah kenapa Kamaruzaman Baria menyokong Tengku Azlan mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober ini.


Kamaruzaman Baria sebagai mantan ahli parlimen dan orang tua politik Jerantut pun merasa tidak tahan hati dengan orang yang tidak mendengar nasihat dan sombong...

12 comments:

Anonymous said...

wz.... puak demeh ni bila tak sehaluan teruk ngat....weeeeeh

Anonymous said...

Weh, begini gaya nya.....Kamaruzaman Baria harus membuat penjelasan sendiri bukan WZWH, kerana wzwh putar fakta natijah nya dia kata KW dan Kputeri adalah pro Ku Lan, pada hal tidak begitu.

Orang Jerantut masih ingat adik kamaruzaman telah report duti sebagai SDO Pahang, yang pencen jawatan terakhirnya Setiausaha SPR? kena pusing balik?... ingat ke ..sape punya kerja itu.



Wzwh dah melampau. Apa hasil nya kau tak suka Nazlan AP sekarang. kan mereka dalam parti alf ba taa.

Ini gaya nya terok sekali orang jerantut berpolitik ye.... asyik berpolitik sepanjang masa . mana masa berfikir untuk memajukan jerantut.


Aku feed up betul dengan Uorang UMNO JErantut nie.....

Anonymous said...

Ku Lan sebenarnya bukan nak bertanding sebagai Ketua UMNO bahagian dah.Tetapinya dia kena cucuk dgn dompok dan haji nazri.Sebobnya kalau Ku Lan masih jadi ketua bahagian adalah dema dapat projek prokej dlm jerantut ni masuk ke poket demanya.Tu aje.Bukan sebab dema suka ke Ku Lan juga sebenornya.Cuma untuk servival kontrek dalam daerah jerantut ni aje dema jolok Ku Lan bertanding.Yang wokame menyokong lagi buat mendanya.Habislah tanah jerantut ni esok bantai de dompok tu.

Anonymous said...

Ku Lan sebenarnya bukan nak bertanding sebagai Ketua UMNO bahagian dah.Tetapinya dia kena cucuk dgn dompok dan haji nazri.Sebobnya kalau Ku Lan masih jadi ketua bahagian adalah dema dapat projek prokej dlm jerantut ni masuk ke poket demanya.Tu aje.Bukan sebab dema suka ke Ku Lan juga sebenornya.Cuma untuk servival kontrek dalam daerah jerantut ni aje dema jolok Ku Lan bertanding.Yang wokame menyokong lagi buat mendanya.Habislah tanah jerantut ni esok bantai de dompok tu.

usin gampang said...

apalah bodoh sangat budak ni.segala projek bukan KB yang kontrol,AP yang kontrol.kalau nak projek dah tentu dia orang sokong AP.bodoh melantun-lantun jgnlah campur.buat malu aje!

Anonymous said...

Ko lagi la bodoh ...sebab dua ekor ni tak dpt nak boneka kan cikgu lan spt tengku lan pasal tu la mereka cucuk tg lan bertanding...deme ni bkn hanya bolot projek tapi hasil bumi jtut yg di kawal oleh ....paham2 je la...jgn serlahkan kebodohan

Anonymous said...

Kehkehkeh....

Moh undi pas weh

Islam sebenar

usin gampang said...

mat lan tak pernah berkorban untuk umno.bagi jawatan pun tak boleh buat kejetau pakai songkok tinggi aje buat alim.dia korbankan cikgu halim sampai meninggal dunia arwah tu.kempen kerat cikgu halim dulu tu dia lah kepala alang.aku ada saksi yang terlibat.kalau nak bukti saksi hidup masa ada.

mat lan hanya tau lobi agensi untuk tunjukkan dia bersih segalanya.sedang kan hakikat sebenarnya dia tidaklah sebaik yang kau orang sangka.tapi apa bleh buat kerana kebulurkan projek kerajaan terpaksalah kau orang jilat jubur dia!

Anonymous said...

bru lg kas dgo citer..hangat!!li ah chap bgi 2.5m pada WM..siap la pewakilan bahgian..li ah x mintak pulang 2.5m,tp nk tanah org melayu pada WM...pemimpin UMNO camni yg deme nok..klu bg tanoh kt org melayu xpe..ni ke cine anjing tula..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

JIka Orang Membenci Kita Bermakna orang itu perihatin pada kita,
Jika Orang itu cemburu dengan kita bermakna orang itu bangga dengan pencapaian kita
Bila orang menagis kerna kita bermakna orang itu sayang pada kita
oleh itu bersangka baik lah kerana Allah SWT itu Maha mengetahui..

Anonymous said...

Bodoh nye ayat

usin malaun said...

bkn ayat yg bodoh tp wan zuri yang bodoh..kenapa la kau delate aku punya pos wan zuri..apa yg kamaruzaman barua yang buat masa dia jd ahli parlimen jerantut..projek lama dah tak jalan apa lg megipas la bontot tengku lan...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024