Thursday, October 24, 2013

Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang




Pada 24 Oktober 2013 ini, genaplah usia KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang ke 83. Patik WZWH pacal yang hina merafak sembah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang semoga Allah lanjutkan usia dan pemerintahan Tuanku yang berjiwa rakyat. Semoga Tuanku sihat sejahtera hendaknya diberi Allah kekuatan memerintah negeri Pahang Darulmakmur ini.



Sesungguhnya Tuanku Sultan Pahang amat berjasa membangunkan pembangunan di DUN Tahan, Jerantut. Apa yang ADUN Tahan bawa semua peruntukan pembangunan DUN Tahan itu adalah jua kerana pertolongan dan keprihatinan Tuanku Sultan Pahang.

Bukan saja DUN Tahan, Tuanku Sultan Pahang juga bertanggungjawab mempercepatkan pembangunan infrastruktur Negeri Pahang dan amat kasih dan rapat dengan rakyat Pahang.

Tuanku Sultan Pahang Raja berjiwa rakyat. Berpisah Raja dengan rakyat tiada.

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku.



Tuanku Sultan Pahang raja berjiwa rakyat disayangi dan dikasihi rakyat Pahang. Tuanku Sultan Pahang sangat mengambil berat dan perihatin kepada rakyat baginda.

Kanak-kanak di Pahang sejak kecil diasuh menyayangi dan mengasihi Tuanku Sultan Pahang. Sememangnya rakyat Pahang sangat taat kepada pemerintah dan pemimpin. Ini adalah kerana secara tradisional struktur masyarakat Pahang telah disusun dan dibentuk sebagai satu akarumbi yang kukuh dan jalinan Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja adalah payung dan pelindung Rakyat jelata.




Jasa-jasa KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang bertanggungjawab membantu demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat di pedalaman Pahang. Patik WZWH amat menyanjung tinggi usaha murni Tuanku.

Patik mendoakan kepada Allah yang maha besar semoga Tuanku dapat melihat Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling selamat disiapkan. Sementelah pula Orang Tua Tuanku- Orang Kaya Indera Shahbandar DS Najib bin Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia maka patik amat merasa sangat bertuah berakyat dibawah kekuasaan dan pengaruh Tuanku dan Orang Tua Tuanku, DS Najib. Amin.




Tuanku Sultan Pahang yang berusia 83 tahun masih gagah memandu sendiri. Semoga Allah memanjang usia Tuanku semoga sihat walafiat boleh memerintah Pahang dan jajahan takluknya memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Ampun Tuanku, patik WZWH tiada apa mahu dipersembahkan melainkan coretan blog kerana itu tugas patik sebagai blogger Diraja Pahang. Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...

Malaysia adalah negara demokrasi raja berpelembagaan. Ini yang kita dokong. Kita rakyat terutama golongan muda perlu mempertahankan sistem yang kita ada. Raja adalah payung rakyat. Raja adalah ketua agama. Raja adalah pelindung rakyat. Raja adalah Ketuanan Melayu. Ini yang kita golongan muda mesti pertahankan dari anasir-anasir asing yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Pertahankan warisan kita.

3 comments:

Anonymous said...

Sayang tuanku

Anonymous said...

Patik juga mengucapkan, "Selamat Menyambut Hari Keputeraan KBDTuanku Yg Ke83". Semoga KBDTanku sentiasa dilimpah dgn kesihatan serta kesejahtera drp Allah SWT. Tuanku, sempena dgn hari keputeraan Tanku hari ini, patik ingin mencadang kpd KBDTuanku agar Tuanku dpt berperanan agar undang2 jenayah syariah dapat dikanun serta dilaksanakan dibumi yg bertuah ini. Ini selaras dgn kapasiti Tuanku sebagi payung kpd agama Islam dan selari dgn hasyrat kebanyakkan umat Islam di M'sia. Dalam hal ini Tuanku bolehlah merujuk kpd KBD Tanku Sultan Berunai bagaimana proses undang2 ini dapat diwatrakan...
Ampun Tuanku. Dan daulat Tanku..
Allahuakbar!!

Anonymous said...

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024