Wednesday, October 30, 2013

TNB Perlu Sediakan Generator Standby Jika Berlaku Blackout Di Kuala Tahan



Ahad lepas selepas MB Pahang berlepas balik ke Kuantan lewat Maghrib dari Pesona Resort Kuala Tahan, WZWH terus merehatkan diri di Hotel Woodland. Oleh kerana keletihan kerana seharian mengikuti lawatan MB ke Kg Pagi melalui jalan darat yang belum lagi siap dan kemudian hilir ke ke Kuala Tahan dengan menaiki bot.

Di Hotel Woodland, WZWH berborak dengan kawan-kawan. Secara kebetulan topik perbincangan berkaitan protokol Istana dan gelaran bintang Dato-Dato, WZWH cakap suka cara pakaian orang besar Afrika yang colourful pakaiannya....dengan tidak semena-mena maka tiba-tiba blackout pada pukul 9:30 malam.

WZWH mula meyangka hanya fuse jatuh...tapi bila melihat ke tingkap hotel semua pemandangan Kuala Tahan menjadi gelap. Memang hujan turun dengan lebat. Lilin yang diberi oleh pihak pengurusan hotel digunakan.

WZWH makan malam di sebuah restoren dekat Agus Chalet. Oleh kerana lilin-lilin kedai tidak berapa terang terpaksa menggunakan lampu kereta bagi terang. 

Pada pukul 11.30 malam WZWH berlepas ke Jerantut. Sepanjang perjalanan memang banyak pokok-pokok tumbang di jalan raya. Tentu kuat ributnya.

WZWH dapat tahu baru pagi tadi (Rabu 30/10/2013) bekalan elektrik dipulihkan. Ini bermakna dari Malam Ahad hingga pagi Rabu baru TNB dapat menyelesaikan masalah blackout di Kuala Tahan.

WZWH faham mungkin ada kabel-kabel yang bermasalah di hutan kerana pokok-pokok tumbang dan sebagainya. Tapi perlu TNB beri perhatian Kuala Tahan adalah destinasi pelancong yang popular dari luar dan dalam negara.

Tentu blackout memberi kesulitan kepada bukan sahaja pelancong tapi juga penduduk Kuala Tahan dan kawasan sekitar. Perniagaan dan perkhidmatan tidak dapat diberikan kepada pelanggan dan pelancong dengan cekap dan berkesan.

Anak-anak yang sedang study untuk periksa SPM pun terjejas bila tiada bekalan elektrik selama berapa hari dan malam.

KPI prestasi TNB ditentukan oleh berapa cepat sesuatu blackout itu dapat diselesaikan:

Berapa minit?
Berapa jam?
Berapa hari?

WZWH mahu mencadangkan sebuah generator perlu disediakan standby jika berlaku blackout di Kuala Tahan. Kita tidak mahu ini menjejaskan imej dan reputasi Kuala Tahan dan Malaysia sebagai destinasi top 10 pelancongan dunia.

Begitu juga di 5 kampung di Ulu Tembeling iaitu Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling perlu disediakan sebuah generator standby kerana apa-apa yang berlaku kepada kabel elektrik di hutan dapat menjadi collateral buat sementara waktu.

Sebuah generator sudah cukup di Kg Bantal untuk menyalurkan elektrik ke semua kampung-kampung itu.

2 comments:

Anonymous said...

Memang generator patut disediakan. tapi oleh TNB atau pengusaha hotel/resort? Premis perniagaan swasta patutnya sendirilah sediakan generator. Untuk kampung2 pul, kerajaan negeri yg patutnya sediakan generator. TNB hanya bertanggungjawab menyediakan bekalan elektrik melalui sistem penjenaannya sendiri.

"sri hartamas"

Anonymous said...

Setuju dgn pendapat di atas.Tepat sekali hujah anda..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...