Tuesday, October 29, 2013

MB Pahang Mahu Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing Membangunkan Jerantut



DSD Adnan Yaakob dalam ucapannya mengumumkan bahawa 60% dari projek jalan dari Kg Tuit ke Kg Pagi siap dalam pembinaan. Beliau juga menyatakan rangkaian jalan dari Jerantut ke Sungai Lembing juga ada dalam perancangan kerajaan sila klik sini. Pembinaan itu kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan namun dalam masa sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan.



Perjalanan dari Jerantut ke Sungai Lembing yang memakan masa 3 jam akan dipendekkan ke 40 minit bila Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing yang telah diluluskan oleh KKLW dilaksanakan.

Jika sebelum ini perjalanan melalui jarak 180 km jika mahu ke destinasi dari Jerantut ke Sungai Lembing dengan terbina Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing bernilai RM300 juta akan menjadikan jarak perjalanan  40km sahaja.

Bandar Jerantut menjadi bandar transit dan sentral dengan kedudukan daerah Jerantut menjadi "ditengah-tengah Pahang".

Kelebihan Daerah Jerantut yang merupakan yang terbesar dalam Pahang dengan keluasaan tanahnya membolehkan beberapa projek-projek infrastruktur bertaraf negeri boleh dibina di Jerantut.

Dengan terbinanya projek jalan Sungai Lembing-Jerantut itu nanti ini bermakna orang Ipoh boleh terus ke Kuantan nanti tanpa lalu Karak highway. Ipoh-Cameron Highlands-Sungai Koyan-Lipis-Jerantut-Sungai Lembing-Kuantan dan kalaulah jalan Ulu Tembeling-Terengganu boleh dilaksanakan,orang Terengganu bolehlah ke Kuala Lumpur tanpa lalu Kuantan dan jika ada jalan Ulu Cheka-Bentong, lagilah mudah perhubungan Dungun-Jerantut-Ulu Cheka-Bentong-Kuala Lumpur. 

Secara tidak langsung Jerantut boleh jadi bandar transit yang penting menghubungkan timur dan barat.

Jalan dari Jerantut ke Pasir Raja,Terengganu dan Jerantut ke Sungai Lembing sangatlah penting. Kalau tengok kat peta memang patut sangat dibuat sebab dapat memudahkan perhubungan. Orang Pahang Barat senang nak ke Kuantan dan Terengganu. Lagi satu dapat majukan ekonomi Jerantut. 

Potensi Jerantut sangat besar sebab terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Harap semoga projek-projek jalan ini disegerakan perlaksanaannya menjadi kenyataan.

3 comments:

usin malaun said...

dompok juga yg untung projek balak dia yg sapu dulu..

usin gampang said...

fitnah memang kerja awk sejak dari datuk turun ke ayah dan turun ke awak!bagus juga.awak akan sentiasa berdosa dengan dompok.di akhirat nati awok akan muflis.sebab apa? sebab segala pahala awok bg ke dia.habis dah pahala awok kena terima dosa diaa.muflislah lu!banyak2 lah belajar agama ye.kesian usin mamalia ni!

usin malaun said...

awok aje usin gampang bongok spm pon x pass mcm dompok..aku tau la sedara aku keja dengan forest bg tau..ko aje yg gila sebab tengku lan dah kalah baru ni..dah la bodo otak mereng...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...