Thursday, October 17, 2013

Kenapa Tengku Azlan Masih Diperlukan UMNO Bahagian Jerantut?



Foto ini diambil pada 9 Julai 1998. Ketika itu Tengku Azlan @ Ku Lan belum jadi ahli parlimen Jerantut lagi. Inilah anak-anak muda Jerantut yang selalu memberi semangat dan peransang kepada Ku Lan untuk menjadi ahli parlimen Jerantut.

Dari belah kiri Abdullah Lebai Din (Dato'), Arwah Azizan Yaakob (Mantan ADUN Pulau Tawar), Blogger Sri Tri Buana, Tengku Azlan, Wan Amizan (Dato', ADUN Tahan). Di belakang berdiri WZWH.

Arwah Dato' Azizan Yaakob ketika itu berjawatan ADUN Pulau Tawar dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Selepas tidak menjadi wakil rakyat, Ku Lan pernah melantik Dato' Azizan menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Wan Amizan Wan Razak ketika itu berjawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Wan Amizan menjadi Ketua Pemuda dan akhirnya ADUN Tahan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Dolah menjadi Pegawai Khas ahli parlimen Jerantut semasa era Ku lan.

Sri Tri Buana dilantik oleh Ku Lan menjadi Pegawai Jasa parlimen Jerantut.

WZWH kini hanya mantan AJK Pemuda UMNO Jerantut yang paling senior dan blogger. 

Jika ada orang politik Jerantut tuduh WZWH ada agenda itu salah sebab orang politik Jerantut tidak tahu sejarah gambar di atas!

Inilah think-tank Ku Lan yang asal...Soal Ku Lan mahu pakai atau tidak sekarang itu cerita lain. Tapi jika Ku Lan perlu pertolongan dan sokongan serta sokongan moral ini dia think-tank yang beliau boleh percaya.

Ku Lan tahu yang mana intan yang mana kaca.

Kenapa Ku Lan masih diperlukan UMNO Bahagian Jerantut? WZWH dapati Jerantut tidak ada lagi seorang pemimpin yang boleh menyatukan ahli UMNO Jerantut seperti Ku Lan tanpa pilih kasih . Banyak orang politik mahu jadi pemimpin UMNO Bahagian tapi bolehkah mendapat sokongan?

UMNO tidak boleh ambil risiko letak calon lain selain Ku Lan bagi menerajui UMNO Bahagian Jerantut.

Apa pembangunan di Jerantut dan lambakan peruntukan di DUN Tahan adalah juga hasil dari recommendation dari Ku Lan semasa ahli parlimen Jerantut.


Dulu ini ialah team UMNO Jerantut yang kuat dan jitu. Ku Lan banyak menolong menaikan tokoh politik. Ku Lan lah yang recommend Dr Shukri jadi EXCO Pahang walau masih dipengggal pertama.

Ku Lan juga berjasa menaikkan Dato' Adnan Yaakob menjadi MB Pahang pada tahun 1999.

Ku Lan juga berjasa menaikkan Dato' Mohamad Hasan menjadi MB Negeri Sembilan pada 2004.

Ku Lan berjaya memujuk Tengku Razaleigh supaya membubarkan Parti Semangat 46 dan masuk UMNO menguatkan Mahathir pada pertengahan tahun 1990an.

Ku Lan berjaya memujuk Tengku Razaleigh lagi sekali supaya tidak mencabar Presiden UMNO 2013 membuatkan DS Najib berlapang dada.

Ku Lan juga melantik Nazlan Idris sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut yang sebelum itu 10 tahun menyepi dari politik dan akhirnya bernasib baik berjaya menjadi ahli parlimen Jerantut PRU 13.

Walau Ku Lan tidak berjawatan, ahli parlimen pembangkang dan kerajaan hormat kepadanya.


UMNO Bahagian Jerantut ada memiliki sebentuk permata menyinar seperti Ku Lan yang mahu berkhidmat dengan UMNO Bahagian Jerantut untuk penggal yang terakhir.

Kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri masih menaruh kepercayaan dan sokongan serta kesetiaan terhadap kepimpinan Ku lan.

679 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut turut berbangga dan membuka tangan yang luas untuk meletakkan Ku Lan ditempat yang sewajarnya dalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan 19 Oktober nanti.

Insyallah WZWH percaya dan yakin Ku Lan dapat mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut buat penggal yang terakhir.

Organ yang terpenting yang perlu untuk remaja ialah pemikiran dan jiwa. Organ-organ yang remaja serta jiwa yang sentiasa bersih dan mampu berfikir dan melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan negara itu merupakan pemimpin yang sentiasa remaja walaupun mereka sudah melampaui enam puluh tahun misalnya.

Ramai anak-anak muda masih dibuai dengan cara berfikir lama dan ini menyebabkan parti-parti yang mereka pimpin itu tidak remaja. Remaja atau sebaliknya kepimpinan itu terpulang kepada kemampuan organ-organ penting seperti otak dalam tubuh kita itu mampu berfungsi mengikut waktu dan zamannya.

Kalau disabitkan isu ini dengan UMNO, ia merupakan isu yang paling penting yang perlu ditangani oleh Pemudanya, kerana yang muda-muda dalam UMNO tidak mempunyai pemikiran untuk meremajakan partinya. Mereka lebih menumpukan bermain politik, aku orang ini, dia orang itu. Walaupun muda mereka masih tidak mampu meremajakan pemikiran mereka jauh sekali untuk meremajakan partinya.

Apa bila orang bercakap tentang kerajaan parti masing-masing bercakap tentang keremajaan parti, sedangkan baik dari pimpinan tertinggi sehinggalah kepada kepimpinan terendah mereka masih berfikiran dengan tindakan yang ‘outmoded’ yang tidak selari dengan kehendak rakyat dan negara yang mereka kelolakan.

Pendeknya yang banyak umurnya tidak semestinya tidak mampu meremajakan negara dan parti, dan yang muda pula tidak semestinya mempunyai nilai dan kemampuan untuk meremajakan partinya atau pun negaranya.

Jiwa yang remaja itu tidak semestinya dipunyai oleh mereka yang baru dan muda umurnya. 

4 comments:

wan zuri cium bontot tengku lan said...

sekarang org dah cerdik pandai nak pilih pemimpin..bukan org mcm dulu2 diperkotak katikan dan diperbodoh2kan oleh pemimpin sendiri..ni team yang nak menghabiskan harta rakyat tp bkn nak memikirkan masalah rakyat..masa dilantik dulu duduk kat KL dengan pekan..rakyat nak jumpa utk memyelesaikan masalah pun payah..jgn kita jd bongok sebab ditabur dengan duit..jangan kita jadi bangsat mcm wan zuri sebab cium bontot tengku lan dgn dompok..

JKK said...

Aok aje gamoknya memerlukan Tg Azlan sedang rakyat jerantut haram tak kisah ke dia ada kome kisoh? ada pun tak memberi makna !

usin malaun said...

WZWH bila nak buka tajuk "KENAPA TENGKU LAN NGOK NGEK BOLEH KALAH" atau "TENGKU LAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI DIJERANTUT" atau "WAN ZURI DAN TENGKU LAN BERKABUNG"...

Anonymous said...

ak pertikai lambakan peruntukan di dun tahan tu aku paling marah..x nameyer sikap pilih kasih..jumpe doloh kicap mintak peruntukan 1k..dolloh kicap rembat 5atus..cibai...jumpe wan amizan,,lulos dye kabo..haram x lulus...tgku lan da tue da...bg org lebih kelyakan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...