Nuffnang Ads

Pages

Sunday, October 6, 2013

Tahniah Yohanis Ahmad Aneq Dipilih YDP PAS Jerantut Yang Baru



Yohanis Ahmad Aneq YDP PAS Jerantut yang baru.

PAS Jerantut yang telah mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober 2013 telah memilih Yohanis Ahmad Aneq, 35 tahun sebagai YDP PAS yang baru mengantikan Dr Hamzah Jaafar.

Tokoh muda PAS Yohanis Ahmad ini anak peneroka Felda Gelanggi 1 berasal dari Kg Kedondong Pulau Tawar. Ada hubungan persaudaraan keluarga dengan WZWH. Kalau ikut pangkat keluarga WZWH kena panggil Aki Yohanis!

Dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978). Graduan Universiti Al Azhar dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).

Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East Management & Consultant KL.

Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pahang, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK) dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.

Yohanis Ahmad Aneq adalah 'new blood' yang akan memberi nafas dan dimensi baru memberi kekuatan baru kepada PAS Jerantut.

Yohanis pernah bertanding di DUN Pulau Tawar PRU 13. Beliau adalah calon potensi PAS parlimen Jerantut pada PRU 14.

No comments: