Tuesday, October 8, 2013

Tengku Azlan Dan Wan Amizan Pemimpin Yang Mengangkat Martabat Pengajian Tinggi Jerantut


YM TENGKU AZLAN DI PROGRAM MESRA KOMUNITI JERANTUT


YM Tengku Azlan memberikan ucapan 

Kolej Komuniti Jerantut mengadakan program 'Mesra Komuniti' bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut di Kg Pedah, Jerantut Pahang pada pukul 11-.00 pagi tadi. Program tersebut disamping ramah mesra diantara pelajar dan tenaga pengajar dengan ahli masyarakat juga turut memberi penerangan berkenaan kursus-kursus yang disediakan serta berpotensi diikuti oleh masyarakat setempat.

Dalam ucapannya, YM Tan Sri Tengku Azlan memohon agar peluang yang ada dan terbuka luas di kolej ini diambil dengan baik oleh masyarakat terutama golongan muda bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Katanya lagi, Sungai Pahang sudah terkenal dengan penghasil ternakan ikan sangkar di daerah Jerantut yang menghasilkan ikan yan berkualiti dan menepati citarasa ramai. Bidang penternakan ikan sangkar boleh dimajukan lagi dengan mempertingkatkan hasil pengeluaran. Kolej Komuniti Jerantut menawarkan banyak kursus-kursus yang berkaitan termasuk bidang penternakan ikan serta penghasilan benih-benih ikan berkualiti.

Golongan muda yang belum mempunyai pekerjaan tetap serta pesara-ppesara kerajaan disarankan agar menyertai program berkenaan yang terbukti memberikan pulangan hasil yang lumayan.


Menerima sumbangan cenderamata dari pihak Kolej Komuniti


Bergambar kenangan bersama pihak Kolej


Ucapan aluan


YM Tengku Azlan beramah mesra dengan pengurusan dan kakitangan kolej

Imbas Kembali Karnival Pendidikan Parlimen Jerantut
Dato' Wan Amizan Wan Razak percaya agenda pendidikan adalah elemen fundamental mentransformasi tahap rakyat Jerantut kepada standard of living yang lebih baik.

WZWH sebagai Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Jerantut telah menyokong penuh usaha Dato' Wan Amizan.

Karnival Pendidikan Jerantut dari 22-24 Februari 2013 adalah satu medium pendedahan kepada anak-anak muda Jerantut dengan kerjasama dan penglibatan Kolej Komuniti Jerantut, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, PPD Jerantut, agensi kerajaan, dan swasta serta NGO.


Dato' Wan Amizan tokoh politik yang gigih memperjuangkan Kolej Komuniti dan ADTEC di Jerantut. Beliau juga sedang memperjuangkan sebuah politeknik dan universiti didirikan di Jerantut.


Ucapan teks Menteri Pengajian Tinggi dibaca oleh Ketua Pengarah Pengajian Tinggi. Dato' Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi menjanjikan satu karnival pendidikan yang lebih besar akan di adakan di Jerantut dengan lebih awal dirancang bersama.

Pada sama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalan kempen "Moh Gi Universiti" di setiap zon seluruh negara. KPT juga merancang Kempen "Moh Gi Universiti" di Kuantan Pahang pada bulan Mac 2013.

Tapi... Jerantut sudah buat dulu karnival pendidikan selama 3 hari.


Para hadirin yang datang. Perhatikan booth-booth pameran di belakang.


Para hadirin yang hadir.


Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan Jerantut.


WZWH berharap lebih ramai anak-anak muda Jerantut berjaya belajar ke universiti baik di dalam dan luar negara dengan memilih bidang dan kerjaya yang sesuai.

Biar lebih ramai anak-anak muda Jerantut menjadi orang yang berguna dan berjasa kepada negara. 

YM Tengku Azlan dan Dato' Wan Amizan adalah pemimpin yang mengangkat martabat pengajian tinggi Jerantut.

16 comments:

Anonymous said...

Zamzuri Wan,

SEbenornya ADTEC tu bukan usaha DOmpok, tapi pemimpin sebelum dia begitu juga dengan kolej komuniti itu adalah dasar kerajaan BN persekutuan bagi menubuhkan satu parlimen satu kolej komuniti, masa idea dan perancangan iini dompok masih lagi politik peringkat pemuda, belum pun wakil rakyat atau TKB. Jadi zuri tolong betul kan fakta ini jangan mengaku. seamk fakta dan tanya Dr. sakeri, karuzaman Baria, ustaz Mat jaafar,


Tak baik mengaku begitu zuri, jangan nak tipu orang Jerantut lah.


Nazlan.....hati2 dan jaga orang seperti zuri ini dan dompok ini. ingatkan saja.

Anonymous said...

WZWH,
"Dato' Wan Amizan adalah pemimpin yang mengangkat martabat pengajian tinggi Jerantut."

SAJA NAK TANYA WZWH. BAGAIMANA SEORANG YANG TAK HABIS TINGKATAN 3...TIADA SRP BOLEH MELAKUKAN NYA?. DIMANA LEADARSHIP BY EXAMPLE?, ADAKAH MACAM KETAM NGAJOR ANAKNYE BERJALAN BETOL.? ADA BETOL KAH ADA BOTOL? CUBA JAWAP wzwh.


tAK KERWAN.

Anonymous said...

Gayenya penyokong Mat Lan sudah panas punggung dan telinge..heheheheh...tidak mahu akui ketokohan WAN AMIZAN hehehehe

Anonymous said...

Kolej komuniti dan kolej ADTEC bukti kepimpinan Wan Amizan mendapatkan peruntukan dari Kementerian dan dari ADTEC dibawa ke Pekan.

Anonymous said...

Amende aok pelik ANON 5:16...GHAFFAR BABA tu cikgu sekolah melayu lama tapi boleh jadi Timbalan Perdana Menteri siap ada 2 BA lagi....hehehehehe

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

ANON 5:09 dan 5:16,

KOLEJ KOMUNITI DAN KOLEJ ADTEC:

IPTA hasil dari usaha Pemuda UMNO Bahagian Jerantut membawa satu lagi kolej ke Jerantut mendidik anak tempatan menjadi manusia berilmu pengetahuan.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sewaktu Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada 2006 di SMK Padang Saujana Jerantut telah mencadangkan kepada Dato' Mustapha Mohamed Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu yang merasmi mesyuarat Pemuda itu supaya sabuah Kolej Komuniti dibina di Jerantut.

Tahniah kepada Dato' Wan Amizan Wan Razak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang bertungkus lumus menjaya Kolej Komuniti Jerantut yang bernilai RM10 juta menjadi realiti di Jerantut.

Kolej Komuniti Jerantut mula beroperasi pada 2013.

Pusat Latihan Teknologi Lanjutan Tinggi (ADTEC) Jerantut juga satu usaha murni Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bagi melahirkan anak-anak tempatan Jerantut yang berkemahiran tinggi memenuhi keperluan industri.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut melalui Dato' Wan Amizan Wan Razak telah mencadangkan pada 2002 agar sebuah ADTEC iaitu Pusat Latihan Teknologi Lanjutan Tinggi dibina di Jerantut atas sebidang tanah di Kg Temin kepada Perdana Menteri Tun Mahathir ketika itu.

Tun Mahathir mengarahkan Kementerian Sumber Manusia dibawah Dato' Dr. Fong Chan Onn supaya meluluskan pembinaan ADTEC Jerantut.

ADTEC yang mula dibina pada 2007 siap pada 2011 dengan belanja RM100 juta diatas sebidang tanah seluas 24 ekar boleh menampung hingga 1200 pelajar.

ADTEC Jerantut akan mula beroperasi pada 2014.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut boleh menyelesaikan dan memudahkan kehendak orang Jerantut.

WZWH boleh secara ringkas merumuskan:

ADTEC Jerantut dapat semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Kolej Komuniti Jerantut dapat semasa Perdana Menteri Tun Abdullah
Sekarang apa kolej @ universiti akan dapat kalau Pemuda UMNO Bahagian Jerantut minta dari DS Najib PM orang Pahang?

WZWH mahu sebuah universiti iaitu Universiti Felda didirikan di Jerantut

Anonymous said...

Syabas WZWH, ini baru betul jawapan orang cerdek...tahniah memang WZWH penasihat ekonomi dan politik DUN Tahan yg hebat...

Anonymous said...

WZWH belajor Universiti mane? Apa kelulusan WZWH?

Anonymous said...

Mampus kuat amat membodek WZWH nie agok2lah jasa org lain sikit weh... apa? bila sebut Jerantut nie aok nampok azlan ngan dompok aje ker?

Anonymous said...

kalau dah group pemungkau, turun menurunlh anak buah memungar, hak orang, jadi hak dia, mengaku ajehlah.., tak apa di akhirat sok dia tak dapat memungkar dah..

Dr Sukri mesti tau siapa saya said...

Rakyat tak pedulikan apa pungkor orang2 politik, yg penting bagi mereka adalah bantuan yg orang politik berikan kepada mereka, dalam hal ini Wan Amizan nampaknya lebih banyak membantu rakyat kalau dibandingkan dengan Dr Shukri yg membuncitkan perut sedara-maranya dan penasihat politiknya @ derebarnya saja

nadi utama said...

Satu usaha yg baik tp utk ekpnomi sosial kita perlukan lebih dr itu. sekiranya pemimpin jerantut melihat perikanan ikan sungai boleh dimajukan mohon utk dapat dibina cawangan UPM sepertimana UIA di kuantan utk medical course. so kita boleh mengkaji lebih dalam tentang ikan sungai dan secara tak langsung keperluan pelajar boleh dijadikan sumber pendapatan rakyat jerantut. lihat sahaja bmdr jengka yg ekonomi rakyat yg boleh hidup dengan adanya 5000 pelajar uitm

usin malaun.. said...

yg penting itu semua duit rakyat bkn duit dompok, wan zuri apatah lg duit mangkuk usin gampang..rakyat mahu U bkn setakat kolej aje..kolej kat mana2 pun berlambak..aku sebagai rakyat jerantut malu pada jengka yang ada UITM dan lipis ada MRSM & UPTAA..yang jerantut ada PUSPEN dgn Tunas Bakti hebat pemimpin jerantut..

Anonymous said...

wan mizan pelik ape,kalau dia mintak projek dgn menteri tak dapat dia terus talipon barak obama mengadu hahahaha....pungkoo... dapat bajet dari menteri dia rompok separuh sebagai bayaran upti hahaha...

Anonymous said...

WZWH,

Awok hanya agak-agak saja, Hanya EPE, Treasury dan Kementerian Sumber Manusia Dan KPT yang tahu kedudukan perkara sebenar, bagaimana projek itu di rancang. Cuma lokasi nya di tentukan berdasarkan faktor, contoh ADTEC , lokasi nya adalah daya usaha MCA, lihat tapah siapa jadi tapak nya, kan tanah pengambilan tanah tokeh Cina, Jadi Dompok tu tumpang tewi je?. Kolej komuniti memang dasar kerajaan, asalny di Batu Satu atau Di Bukit Rang, tapi UMno bertelinkah pasal tapak itu punca lamabt di laksanakan, akhirnya sewa banguunan kedai. Jelas WZWH.

Tak percaya tanya Mat Daud bini dua dan Dato Zokipli MPK?. Mereka mungkis boleh buat pencerahan dari kekaburan. WZWH faka ialah fakta.

usin malaun said...

WZWH apa tau PBS kat sekolah pun x siap2 sebuk berpolitik aje..kalau x percaya cuba tengok..baik letak jawatan mcm cigu Wan Tarmizi jd tokey org pun x marah...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024