Monday, October 28, 2013

MB Pahang Menjala Ikan Di Sungai Pengor Kg Pagi


DSD Adnan Yaakob MB Pahang sedang menebar jala di Sungai Pengor yang merupakan anak sungai Sungai Tembeling tempat sanctuari pembiakan ikan satu projek kemasyarakatan oleh PKNP di Kg Pagi Ulu Tembeling.


Sebelum itu MB Pahang menabur dedak buat umpan menarik perhatian ikan-ikan di Sg Pengor.


MB Pahang melepaskan benih anak-anak ikan ke dalam Sg Pengor sumbangan PKNP dan Jabatan Pertanian Pahang.


MB Pahang berlepas dari jeti Kg Pagi menghilir Sungai Tembeling ke Kuala Tahan. Di belakang Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Dato' Madiah Pengarah UPEN Pahang dan WZWH.

Semalam (Ahad, 27.10.2013) MB Besar Pahang DSD Adnan Yaakob telah mengadakan lawatan sehari ke Kg. Pagi dalam mukim Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang. Lawatan sehari beliau dipenuhi berbagai acara yang diatur bersama oleh masyarakat kampung berkenaan.

DSD Adnan Yaakob tiba di Persona Resort, Kuala Tahan dari Jerantut dan kemudiannya diiringi oleh YB Adun Tahan menaiki kendeaan pacuan 4 roda ke Kg. Pagi untuk meninjau kemajuan projek jalan berkenaan.

Setibanya di Kg Pagi, rombongan dijamu dengan makan tengahari oleh penduduk kampung. Beliau kemudiannya berucap kepada lebih 400 orang penduduk kampung serta jemputan diikuti dengan sidang akhbar.

DSD Adnan Yaakob dalam ucapannya mengumumkan bahawa 60% dari projek jalan dari Kg Tuit ke Kg Pagi siap dalam pembinaan. Beliau juga menyatakan rangkaian jalan dari Jerantut ke Sungai Lembing juga ada dalam perancangan kerajaan sila klik sini. Pembinaan itu kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan namun dalam masa sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan.

Selain itu MB juga mengumumkan projek pembinaan rumah PR1MA Pahang dan PR1MA Malaysia akan dibina ditapak yang sudah dikenalpasti bagi. Namun yang lebih menggembirakan penduduk Kg Pagi adalah pengumuman MB meluluskan seluas 450 ekar tanah untuk program tanah berkelompok kepada penduduk Kg Pagi dan sekitarnya.

DSD Adnan kemudiannya meresmikan bangunan 'Inap Desa' yang dibina oleh PKNP sebelum melawat kawasan perlindungan ikan di Sungai Pengau. Beliau sempat memberi makan ikan-ikan berkenaan dan menebar jalan serta melepaskan benih-benih ikan sebelum bertolak balik ke Kuala Tahan dengan menaiki bot.

Lawatan sehari MB Pahang ke Kampong Pagi ternyata sangat menggembirakan penduduk-penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya yang selama ini terasa dipinggirkan.


Selama satu jam dalam bot, MB Pahang santai tenang menikmati panorama keindahan hutan di Sungai Tembeling menghirup udara segar, melihat burung-burung berterbangan, kampung tradisional, penempatan Orang Asli, dan menuruni 7 jeram dekat Kuala Tahan.


MB Pahang sempat mengetih di restoran rakit Kuala Tahan sejurus tiba dari Kg Pagi. WZWH ucap jutaan terima kasih atas keperihatinan dan perhatian DSD Adnan Yaakob MB Pahang kepada nasib untung penduduk Ulu Tembeling.

3 comments:

usin malaun said...

syarat aje melepaskan benih ikan..dompok dgn kuncu2nya naik helikopter mengebom ikan di jeram perahu..porahhh dompok...

Anonymous said...

orang kampung terasa terpinggir selama ni?
ha ha ha
ayat tu kena tambah lagi
dah dasar orang ulu, ulu juga

usin malaun said...

nasib baik aku bkn ulu tp dompok dgn wan zuri asal ulu kot...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...