Tuesday, October 22, 2013

Cabaran Dan Harapan Rakyat Jerantut Kepada "Jerantut Baru Berani Berubah"



YB Tn Hj Nazlan Idris @ Cikgu Nazlan ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru.

Sudah tentu YB Nazlan Idris punya visi dan misi tersendiri ditambah pula untuk menterjemahkan catch-phrase "Jerantut Baru Berani Berubah" sepanjang kempen pemilihan UMNO Bahagian Jerantut yang lalu.

WZWH tidak berkesempatan untuk memahami apa moto "Jerantut Baru Berani Berubah" walau Tn Hj Kamaruzaman Baria ada menyentuh dan mengupas tentangnya dalam ceramah kempennya.

WZWH selalu berpandangan positif dengan apa yang YB Nazlan Idris mahu bawa dengan style kepimpinannya.

Dalam posting ini WZWH cuba menulis cabaran dan harapan rakyat Jerantut kepada " Jerantut Baru Berani Berubah" mengikut perspektif blog WZWH terutama mengenai pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

WZWH akan biarkan pembangunan agama untuk YB Nazlan outlinekan program-program agama berkalanya.

WZWH pada posting ini menyentuh kepada 2 perkara:

  1. Pertama perpaduan parti.
  2. Pembangunan infrastruktur.

WZWH bersetuju dengan pandangan DSD Adnan Yaakob MB Pahang bahawa Kekalahan Ketua UMNO bahagian Jerantut ini adalah perkara biasa kerana perubahan dalam kepimpinan sedikit sebanyak pasti akan berlaku setiap kali proses pemilihan.

Perkara itu seharusnya diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk ahli kerana keputusan yang dibuat adalah kehendak para perwakilan yang mengundi.

Tokoh yang kalah ini, iaitu Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut) merupakan tokoh veteran. MB Pahang kata untuk Jerantut pertukaran yang berlaku nampak biasa dan tidak akan menggugat kedudukan parti.

WZWH percaya dan yakin Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri boleh berkompromi dan bekerjasama dengan YB Nazlan untuk perpaduan UMNO Bahagian Jerantut.

Itu juga bergantung kepada  gaya dan style kepimpinan YB Nazlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru dan bagaimana beliau boleh menarik sokongan. Beliau perlu bijaksana dan berhemah serta adil kepada semua pihak.

Mengenai pembangunan infrastruktur pula berdasarkan komen-komen pembaca blog WZWH rata-rata mereka orang Jerantut mengharapkan YB Nazlan dan ADUN-ADUN yang lain berusaha dengan lebih gigih dan bekerjasama untuk mendapatkan:

  • Jalan Jerantut Benta yang bukan sahaja diperbaiki-repair and mantainance tapi mahu jalan baru Jerantut Benta.
  • Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8-Maran perlu disiap dan diselenggara dengan baik.
  • Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis perlu dibaiki dan dibuat baru.
  • Jalan baru Jerantut-Kuala Tahan yang lebih besar dan lurus.
  • Memastikan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 yang sedang berjalan dan fasa 2 dibuat mengikut jadual.
  • Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu.
  • Projek Jalan Jerantut-Sungai Lembing.
  • Sebuah hospital Jerantut yang baru.
  • Sebuah universiti di Jerantut.
  • Sebuah IPD Polis yang baru segera dibina.
  • Mempercepatkan pembinaan 2 Flyover dan jalan lingkaran di bandar Jerantut yang telah diberi kelulusan merentas dua DUN.
  • Agro Park dipercepatkan.
  • IKS Park disegerakan.
  • Agropolitan dan pembukaan ladang getah oleh Felcra dan GLC.
  • Projek Hidroelektrik Sg Tekai berjalan mengikut jadual.
  • Pembangunan ECER di Kuala Tahan berjalan mengikut perancangan dan bajet.
  • Pembinaan rumah generasi ke dua dan baru berjalan mengikut perancangan.
  • Pembinaan rumah mampu milik untuk orang muda Jerantut dipertambah bilangan.
  • Projek Jelapang Padi Jerantut.

Demikianlah cabaran dan harapan rakyat Jerantut kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang baru. WZWH memberi sokongan kepada usaha untuk menjayakan apa yang dibentang di atas.

25 comments:

Anonymous said...

baguslah saudara WZWH, biduk lalu kiambang bertaut, perwakilan sudah memilih hj nazlan sebagai ketua bahagian,maka perlulah ahli umno jerantut menurutinya, ada sebab kenapa Allah meletakkan beliau ditempat tersebut, dan tidak tengku azlan. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cukuplah saudara menulis dn memberikan komentar yang pada hemat orang lain, amat tidak cocok dan dan ada udang disebalik mee.kalau nak kacau teh, biarlah sudu tak berbunyi, teh tak tumpah dan cawan tak pecah....

Anonymous said...

JANJI PERLU DI TEPATI.JANGAN SUKA BERJANJI TAPI MUNGKIRI.SELESAIKAN MANIFESTO YNG DI JAJA SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN!RAKYAT JERANTUT MENUNGGU PENUH TBH!

Anonymous said...

Masa Mat Lan jadi KB ni banyok pulok benda xsiap dan memerlukan tindakan.. berjela-jela..... masa demeh hari buat mende.... tidoooo aje ke?

Anonymous said...

Hahahahahaha......yg dulu x berjaya, yg baru kena jayakan lah.....rasanya bukan satu tekanan, tapi satu ingatan untuk laksanakan.....

usin gampang said...

BODOH ANON 6.31 NI!!!

DIA BUAT MANIFESTO KENALAH TUNAIKAN! JANGANLAH IKUT PERANGAI ORANG LAMA.SBB TU KITA TUKAR DENGAN YANG BARU.JADI BUKTIKANLAH SLOGAN BERANI BERUBAH.BERANI BERUBAH DARI PERANGAI LAMA KEPADA PERANGAI BARU.JADI YANG BARU NI BUATLAH DAN LAKSANAKAN MANIFESTO YANG DI JAJA SEPANJANG KEMPEN PRU 13!

JANGAN CAKAP AJE.BUKAN KAH KB YANG BARU INI AMAT WARAK.TENTU DIA AKAN TUNAIKAN JANJINYA!YANG AWOK NI KAITKAN DENGAN ORANG YANG TERDAHULU APA HAL?

Anonymous said...

Memang akan banyak kerja kerja yg perlu di buat oleh KB yg baru.aterutama kena buang taik taik yg tertinggal oleh oran lama dulu.Kesian jgk kalau semua kerja org baru yg kena buatkan?tapi itu tanggungjawab.kenalah jugak org baru selesaikan.

Anonymous said...

Pertamanya tahniah kepad semua yang menang... yang kalah bukan bermakna khidmat tuan/puan tidak diperlukan... Kepada yang berjaya berada dibarisan hadapan kepimpinan UMNO Jerantut elakkan dari perkara-perkara yang menimbulkan masalah kepada parti...yang rugi rakyat jerantut... jauhi amalan politik KERA.... Insyallah selamat...

Haji Semail said...

ADA GAYA BUAH MEMBODEK DAH BUDOK NIE BIMBANG JUGA KALAU JADI BENDE2 YAK HEHEHE....

Anonymous said...

usin gampang said...

BODOH ANON 6.31 NI!!!

projek triple couple terdahulu banyak tersembunyi dalam gerobok buruk. sebab itu tak pernah siap dan pernah diterjemahkan kepada rakyat. faham ker gampang...

afandi said...

"jerantut baru,berani berubah"
Apabila kita berani berubah, ianya akan menghasilkan sesuatu yg "baru".Perubahan yg paling penting tentulah perubahan dari segi sikap dn perspektif kita tentang UMNO..sekaligus merubah hala tuju, niat,dn zahirkan kesedaran kpd semua ahli dn pemimpin Umno tentang pentingnya Umno diperkasakan..dan lontarkan jauh2 sebarang niat dn tindakan yg hanya berasaskan kepentingan diri dn kumpulan.Jadikan Umno lebih dihormati dn menarik perhatian generasi naru.

Ini bukan mudah...tapi mesti dilakukan...!

Anonymous said...

Sokong sdr afandi....mari kita sama bekerjasama buat yang terbaik untuk membantu kumpulan yang berani berubah ini.... Kepada yang tidak mahu berubah....terserah lah, fakir fikrkan lah JERANTUT BARU BERANI UNTUK BERUBAH

sepupu husin gampang said...

sah menatang husin gampang ni pro tg lan sama mcam wzwh masa dia orang memerintah tak ada pun perancangan ttng projek tu hj lan baru jer mnang x smpai sebulan mcam benda nk sruh buat ingat hj lan malaikat ke bodohhhh

Anonymous said...

berubah banyak maksudnye,hj lan sudah buat perubahan awal pertama dia tidak mengamalkan politik wang pada pemilihan umno baru2 ni,berbanding dengan group lawanye habis berjuta,tapi allah menghendakinye mentadbir umno bahagian,hj lan bukan orang makan di bodek,dia bersikap terbuka dan berhati2 dia akan tunaikan janji dia pada pilihanraya insyaallah,kalau projek yang sedang berjalan teruskan,kalau dalam perancangan dia akan kaji dahulu untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan wakil rakyat,aku rasa lah tapi tengok la bagaimana berlakunye...insyaallah hj lan buat kerja yang terbaik untuk jerantut baru....

Anonymous said...

usin gampang said...

BODOH ANON 6.31 NI!!!

baru sehari dah paksa buat perubahan. dulu masa puak deme yang banyak ejes sana sini, befapa penggal jad KB dan AP dan ADUN haramjadah deme tak geger sbb manyak masyuuuk.

Anonymous said...


Jalan Jerantut Benta yang bukan sahaja diperbaiki-repair and mantainance tapi mahu jalan baru Jerantut Benta.
Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8-Maran perlu disiap dan diselenggara dengan baik.
Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis perlu dibaiki dan dibuat baru.
Jalan baru Jerantut-Kuala Tahan yang lebih besar dan lurus.
Memastikan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 yang sedang berjalan dan fasa 2 dibuat mengikut jadual.
Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu.
Sebuah hospital Jerantut yang baru.
Sebuah universiti di Jerantut.
Sebuah IPD Polis yang baru segera dibina.
Mempercepatkan pembinaan 2 Flyover dan jalan lingkaran di bandar Jerantut yang telah diberi kelulusan merentas dua DUN.
Agro Park dipercepatkan.
IKS Park disegerakan.
Agropolitan dan pembukaan ladang getah oleh Felcra dan GLC.
Projek Hidroelektrik Sg Tekai berjalan mengikut jadual.
Pembangunan ECER di Kuala Tahan berjalan mengikut perancangan dan bajet.
Pembinaan rumah generasi ke dua dan baru berjalan mengikut perancangan.
Pembinaan rumah mampu milik untuk orang muda Jerantut dipertambah bilangan.
Projek Jelapang Padi Jerantut.

- amboi banyak sungguh projek terbengkalai. yang memang kerja ketua bahagian yang baharu. nampaknya kena beli sosok baru, jentera berat baru, lori baru dan EJUST KENA BARU juga.

usin malaun said...

wahai usin gampang gila meroyan..nampak sangat wan zuri nie nak tunjuk yang KB dulu2 x buat keja dan nak memenuhkan pokek sendiri,x pun main betina mcm usin gampang..tahniah zuri betapa banyaknya projek2 rakyat terbengkalai..

Anonymous said...

Kita patut TQVM WZWH yang banyak menuliskan dalam blog pasal pembangunan Jerantut. Apa yang disenaraikan oleh WZWH itu memang orang Jerantut dambakan tidak kira siapa KB.

usin gampang said...

usin malaun kata dulang paku serpih! berhenti dah ke gi rumah urut???

hj lan tak main duit? ye la tu!!!habis ipar dia cikgu mezah komunis bagi 200rm kpd perwakilan tu bukan duit?tk percaya tanyalah perwakilan ulu tembeling!

biar jelas dalam perbuatan,jangan jadi hipokrit.tuduh orang main duit,dia main duit tak apa.

hipokrit,depan nampak warak,belakng curang terang benderang!!!

tunggu aje lah pembalasan allah seperti idola dia anwar ibrahim.bertopengkn agama!!!

Anonymous said...

mana lah hospital ni? tapaknya pun tak nampak! manalah balai polis baru ni?
pecah tanah pun tak buat lagi!manalah universiti ni?janji nak buat universiti masa kempen pru 13 dulu!!

kuat sungguh yb umno ni menipu,cit poooraaahhh!

Anonymous said...

perwakilan ulu tmbling duit minyak sbb jauh sangat,setakat 200 menda la sangat,hj lan kesian kt perwakilan ulu tmbling belanja tinggi nak sampai jrtut,lain pada ulu tmbling dia x bagi pun...tp sampai jtut ada pihak lain bg beribu2 setiap pwkilan,pwakilan dah cerdik duit dia amik undi x dapat,tahniah perwakilan cerdik amalkan selalu...hahaha...

usin gampang said...

ya la tu,hj lan awok tu maksum.semua dia buat betul.orang lain buat benda yang sama tak boleh!bagi seposen,bagi 200, atau bagi 500 sama aje.kalau niat nak beli undi tetap rasuah!sbb tu curi sabun kena hukum 3 tahun penjara sama je dengan yang curi 1000.janganlah taksub sangat,punah mat lan nanti buat de awok!!!nanti jadi lupa diri pulak dia nya.

Anonymous said...

usin gampang memang otak buruk.Kenelah pikir orang ulu tembeling nak pegi bersidang perlukan tambang bot,belanja nhotel, belanja makan baru hati senang nak mengundi.Perwakilan lain CIKGU LAN tak bagi pun tapi kami undi juga kerana paham situasi orang di ulu tembeling.Usin gampang pegi cuci rambut yang banyak kelimumur tu kat salon.

usin malaun said...

nak cuci rambut apa usin gampang kepala botak...cuci telinga boleh la hahaha...

Anonymous said...

Usin gampang ni sepupu sepapat Kutukan Dewata ke? Otak sama sakit je.

usin malaun said...

bukan sepupu tp sekentut dah la bodo lg bangang..bukan otak sakit tp dah mereng sebab org pujaan dia tersembam kebumi sebab tersampuk kaki usin gampang..bila dompok nak letak jawatan ek..janji diketupati...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...